92 kepada saya. Akhirnya, semua saudara mara dan sahabat saya pun bersurai. Saya naik keretapi waktu pagi agar saya sempat sampai ke Ismailiah ketika waktu Zohor. Inilah kali pertama saya menghadapi perjuangan hidup. Keretapi pun bertolak ke tempat tujuannya. Saya bertemu dengan beberapa orang yang telah mendapat kerja yang serupa dengan saya. Mereka juga dilantik sebagai guru di sekolah yang sama dengan saya. Kalau tak salah saya nama-nama mereka ialah Muhammad Bahiuddin Afandi, Ahmad Hafiz Afandi, Abdul Majeed Izzat Afandi dan Mahmood Abdul Nabi Afandi. Saya bertemu seorang rakan yang merupakan seorang guru Sekolah Rendah Suez. Dia seorang ahli Tariqat Hamidiyah Syazlijah. Saya menceritakan kepadanya cita-cita hidup saya iaitu berjuang untuk menyebarkan Islam. Saya mencatitkan ingatan saya mengenainya ke dalam buku harian (diari) saya seperti berikut: ‘Waktu yang singkat ini tidak cukup untuk menyelami pemikiran dan jiwa orang ini. Setakat yang saya tahu, dia hidup untuk menjaga kehidupannya dengan amalannya. Dia bangga dengan keyakinannya kepada Allah, Islam dan Syeikhya. Dia suka melihat para sahabatnya berada di sekelilingnya. Dia tidak mahu atas tindakan semata-mata. Dia tidak ingin fahamannya terhad kepada dirinya seorang saja. Dia tidak suka menonjolkan kebanggaan yang dilahirkan oleh para sahabatnya terhadap dirinya. Ada perkara lain lagi yang dari penghormatan kawannya kepadanya. Keretapi pun tibalah ke stesen Ismailiah. Para penumpang pun bersurai untuk menuju ke matlamat masing masing. Saya merenung bandaraya yang indah itu. Ia begitu cantik sekali jika dilihat dari jambatan stesen keretapi. Saya tertarik dan terpegun dengan kecantikan bandaraya Ismailiah. Saya menunggu sebentar di situ sambil mula berfikir dengan mendalam. Saya tertanya tanya apakah nasib masa depan saya di bandaraya suci ini, Saya pun berdo’a kepada Allah: ‘Ya Allah, berilah saya segala yang baik dan selamatkan saya dari segala kemungkaran.’ Di sebelah hotel saya tiba ke sebuah hotel dan menyerahkan beg saya kepada pengurusnya. Hanya beg itulah saja barang yang saya bawa. Saya pergi bertemu Pengetua dan guru-guru sekolah yang saya ditugaskan mengajar. Saya berbual dengan mereka mengenai berbagai perkara. Kemudian saya telah bertemu dengan seorang sahabat lama yang menjadi guru di sekolah tersebut. Beliau bernama Syeikh Ibrahim al-Bonhawi Afandi. Saya ingin berkongsi tempat tinggal dengannya di Bansiyun. Oleh itu, saya pun mengajaknya tinggal di sebuah hotel biasa. Dia bersetuju dengan cadangan saya itu. Kami pun tinggal bersama-sama di dalam sebuah bilik. Pada mulanya kami menyewa sebuah bilik di rumah seorang wanita Inggeris yang bernama Puan Jeemy. Kemudian kami berpindah pula ke rumah seorang wanita Itali yang bernama Puan Babina. Antara sekolah dan masjid. Saya menghabiskan masa saya di masjid, sekolah dan di dalam bilik penginapan saya. Saya tidak pun bergaul dengan sesiapa. Saya tidak berkenalan dengan orang baru kecuali rakan-rakan sekerja. Ketika masa lapang, saya sibuk dengan berbagai kerja tertentu. Saya mengkaji rupa bentuk bandaraya Ismailiah, para penduduknya, suasana dan pemandangannya. Saya juga mengkaji Al-Quran dan buku-buku pengetahuan lain. Hanya itulah kegiatan saya untuk selama empat puluh hari. Kata-kata sahabat saya masih lagi bergema di telinga saya, ‘Ke mana saja 93 seorang soleh pergi, dia meninggalkan kesan yang baik. Kami harap sahabat kami ini juga meninggalkan kesan-kesan yang baik di Ismailiah.’ Perselisihan agama Kebanyakan maklumat mengenai keadaan agama dan masyarakat di Ismailiah saya dapati di dalam masjid. Saya lihat kebudayaan Eropah sangat ketara di Ismailiah. Tempat tinggal orang-orang British berada di Baratnya dan masyarakat pekerjapekerja Terusan Suez berada di Timurnya pula. Bandaraya Ismailiah dilingkungi oleh mereka. Kebanyakan penduduk bandaraya ini menjalankan perniagaan mereka dengan kedua tempat tadi. Hubungan mereka dengan cara hidup Eropah begitu rapat sekali kerana di mana-mana saja terdapat contoh kebudayaan Barat di hadapan mereka. Namun begitu, kecintaan rakyat Ismailiah kepada Islam masih jelas walaupun kebudayaan Eropah begitu ketara sekali. Mereka berkumpul di sekeliling para ulamak untuk mendengar kuliah dengan penuh minat. Saya juga mendapat tahu bahawa seorang ulamak yang cintakan Islam telah memberi pendapat-pendapat yang ganjil mengenai Islam. Pandangannya ini telah ditentang oleh beberapa orang ulamak lain. Berikutan itu orang ramai pun terbahagi kepada dua kumpulan. Pendapat pendapat yang memecah belahkan umat Islam tidak ada penghujungnya. Di kedai kopi. Saya pun mula memikirkan cara-cara untuk menghadapi pertikaian yang sedang berlaku di kalangan orang ramai itu. Saya sedar bahawa sesiapa yang cuba bercakap mengenai Islam akan menghadapi tindak balas dari berbagai kumpulan. Setiap kumpulan akan cuba menariknya masuk ke dalam kumpulan masing-masing atau sekurang-kurangnya mereka ingin menganggap dia sebagai termasuk di dalam sesuatu kumpulan tertentu sama ada pihaknya atau musuhnya. Walaupun orang itu cuba menghubungi semua kumpulan untuk menyatukan mereka, namun begitu mereka tetap tidak menyukainya. Saya memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya. Akhirnya saya mengambil keputusan menjauhkan diri dari semua kumpulan dan jika boleh, menjauhkan diri dari berbincang dengan orang-orang di dalam masjid. Saya berpendapat orang-orang di masjid suka bercakap dan berbincang mengenai perkara-perkara khilafiah di dalam agama. Apabila ada saja peluang, mereka akan mengapi-apikan perkara itu. Saya mengambil keputusan tidak menjadikan mereka ini sasaran dakwah saya. Saya mula memikirkan cara-cara lain untuk menghubungi orang ramai dalam rangka usaha dakwah saya. Kemudian terlintas satu soalan di flkiran saya, ‘Mengapa kedai-kedai kopi tidak dijadikan sasaran dakwah saya?’ Pendapat ini menghantui fikiran saya untuk tempoh waktu yang agak lama juga. Akhirnya, saya pun melaksanakan pendapat itu. Saya memilih tiga kedai kopi utama yang selalu melimpah ruah dengan beribu para pelanggan. Saya mengatur rancangan ceramah untuk kedai kedai kopi tersebut. Saya memberi dua ceramah di setiap kedai kopi pada setiap minggu. Saya menyampaikan ceramah di kedai-kedai kopi ini mengikut jadual. Pada mulanya orang ramai terpegun dengan cara saya berdakwah itu. Lama kelamaan, mereka pun menjadi biasa dengan cara itu dan terus meminatinya. Saya menjalankan dakwah dengan uslub (cara) yang tersendiri. Saya terpaksa bersusah payah 94 menyiapkan ceramah-ceramah tersebut. Saya memilih tajuk-tajuk ceramah yang mampu saya sampaikan dengan baik. Saya tidak melewati sempadan-sempadan tajuktajuk dakwah yang berbentuk nasihat umum. Oleh itu, saya menghadkan diri saya kepada tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Allah, Hari Perhitungan, amalan-amalan soleh dan larangan-larangan melakukan perbuatan mungkar. Saya tidak tegur (mengkritik) atau mempekatakan sesuatu yang boleh menyinggung perasaan mereka. Saya hanya mencuit pemikiran mereka. Bentuk ceramah yang saya sampaikan itu adalah mudah tetapi berkesan. Saya juga menggunakan bahasa harian untuk ceramah. Saya menghiasi ceramah saya dengan peribahasa dan cerita. Dengan cara ini, saya telah berusaha sedaya upaya untuk menarik hati orang ramai kepada saya. Saya mengelak diri dari menyampaikan ceramah yang panjang kerana hal ini biasanya membosankan para pendengar. Ceramah saya memakan masa kurang sepuluh hingga lima belas minit (10-15 min.). Saya cuba menyentuh semua perkara-perkara penting di dalam masa yang singkat agar ceramah saya itu meninggalkan kesan kepada para pendengar. Saya memilih ayat ayat Al-Quran dan hadith yang sesuai dengan keadaan di situ. Saya membaca ayat-ayat dan hadith-hadith tadi dan kemudian menghurai isinya dengan ringkas kepada mereka dan memberi kesimpulannya. Orang ramai di Ismailiah suka dengan cara saya berdakwah dan mereka mula berbincang mengenai ceramah-ceramah yang telah saya sampaikan. Jiwa mereka telah tercuit dan mereka pun memenuhi kedai-kedai kopi kerana hendak mendengar ceramah. Saya dapati kesedaran mula meresapi para pendengar yang kerap pergi ke situ. Segala nasihat dan pendapat saya diamati oleh mereka dengan bersungguh sungguh. Lama kelamaan, mereka pun menerima pendapat-pendapat dan nasihat nasihat yang saya berikan. Timbullah keinginan di dalam diri mereka untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan kepada Allah; kepada akidah Islam dan kepada umat Muslimin agar selamatlah mereka di Akhirat kelak. Saya menjawab segala soalan mereka dengan cara yang tidak berterus terang. Saya sengaja berbuat begitu kerana hendak menghidupkan minat mereka agar mereka mahu berfikir mengenai masalah-masalah yang sedang mereka hadapi. Ajaran Amali Para pendengar menghujani saya dengan soalan demi soalan. Jawapanjawapan saya tidak memuaskan mereka sepenuhnya. Beberapa orang sahabat mengesyorkan agar saya merancangkan satu tindakan yang boleh meniadikan orangorang yang didakwah itu Muslim sejati. Dengan demikian, mereka akan memiliki jiwa dan semangat Islam yang tulin. Kecintaan mereka kepada Islam telah mengukuhkan lagi keinginan mereka untuk mempelajari hukum-hukum Islam. Saya menasihati mereka supaya mencari tempat yang sesuai untuk tujuan itu. Mereka boleh berkumpul di tempat tersebut sebelum atau selepas ceramah di kedai kopi untuk sama sama mempelajari hukum hukum Islam secara mendalam. Mereka pun menemui satu sudut di sebuah bangunan yang boleh digunakan jika diperbaiki. Syukur kepada Allah! Betapa suci dan bersihnya hati umat Muslimin ini! Betapa mudah sekali mereka tertarik dengan ketakwaan dan kebaikan. Yang mereka perlu ialah seorang pemimpin yang bertakwa dan ikhlas. 95 Para sahabat, termasuklah beberapa orang yang mahir di dalam kejuruteraan awam segera memperbaiki bangunan yang kami pilih untuk kegiatan kami. Mereka sendiri mencari dan mengumpul bahan yang perlu untuk memperbaiki rumah tersebut. Rumah siap diperbaiki di dalam tempoh dua malam dan kami pun mengadakan perjumpaan yang pertama di dalam rumah tersebut. Orang-orang yang hadir di dalam perjumpaan itu terdiri dari muka muka baru di dalam kumpulan kami. Saya menggunakan cara yang betul-betul berbentuk amali dengan mereka ini. Saya tidak menggunakan ibarat-ibarat lagi. Saya juga tidak bersyarah mengenai masalah-masalah yang berkaitan dengan aliran-aliran fahaman (ideological problems). Saya membawa mereka ke pancur air dan menyuruh mereka duduk di dalam satu barisan. Saya berperanan sebagai guru mereka. Saya mengajar mereka cara-cara mengambil wudhuk (air sembahyang) dengan terperinci. Selepas kumpulan pertama habis mengambil wudu’, saya mengajar kumpulan kedua pula dan kemudian kumpulan ketiga dan begitulah seterusnya. Latihan amali begini membolehkan mereka memahami asas wuduk sepenuhnya. Lepas itu saya menerangkan pula faedah-faedah wuduk dari segi rohani, jasmani dan keduniaan (duniawi). Saya menyebut hadith-hadith yang berkaitan dengan wudu’ agar mereka berminat mencari ganjaran yang dijanjikan Allah. Di antara hadith-hadith yang saya sebut ialah: i) Maksudnya: “Barangsiapa menyempurnakan wudhu’nya maka terkeluarlah dosa-dosa daripada jasadnya walaupun yang terdapat di bawah kukunya (iaitu yang kecil sekali).” ii) Maksudnya: “Barangsiapa yang menyempurnakan wudhu’nya lalu bersembahyang dua rakaat dengan penuh perhatian akan dimasukkan ke dalam syurga,” Beginilah caranya saya melatih saudara-saudara Islam saya untuk mencintai dan menjalani corak hidup Islam. Selepas itu saya membawa mereka ke tempat solah dan memberi huraian terperinci mengenai solah. Saya menyuruh mereka bersolah di hadapan saya agar saya dapat melihat sebarang kesilapan yang mereka lakukan. Saya juga menerangkan kepentingan dan faedah solah. Saya memperingatkan mereka kepada hukuman yang bakal diterima oleh orang-orang yang lalai di dalam solahnya. Saya membaca berulang ulang kali surah Al-Fatihah dan surah-surah pendek di hadapan setiap orang dari mereka. Kemudian saya pula mendengar setiap orang dari mereka membaca surah-surah tadi berulang kali dan memperbaiki mereka jika perlu. Saya menghadkan penyampaian saya kepada isi-isi yang boleh menimbulkan rasa takut dan harapan di dalam diri mereka. Dengan mereka ini, saya tidak menghuraikan segala permasalahan dengan secara terperinci. Mereka pun mula berminat kepada Islam kerana mereka telah memahami dengan jelas mengenainya. Pendekatan dari sudut fiqh semata-mata ini nampaknya tidak membosankan mereka. Penumpuan kepada akidah (Iman) 96 Ketika menyampaikan ceramah atau kuliah, saya juga menyentuh mengenai Iman dan membetulkan akidah. Di samping itu, saya juga menguatkan dengan ayat ayat Al-Quran dan hadith-hadith yang berkaitan dengan perkara tadi. Saya juga tidak ketinggalan menyebut contoh-contoh dari riwayat hidup para wali dan orang-orang soleh. Saya tidak menggunakan pendekatan yang berciri falsafah. Saya hanya membawa perhatian orang kepada keagungan Allah; kepada kebesaran sifat-sifat-Nya yang ada di alam sejagat ini; dan kepada Hari Perhitungan kelak. Saya menghadkan diri saya kepada isi-isi yang menampakkan kegemilangan Al-Quran. Selepas menyemai gambaran Islam yang sebenar di dalam pemikiran para pendengar, saya pun terus membidas fahaman-fahaman palsu yang ada pada mereka. Fahamanfahaman palsu ini saya gantikan dengan fahaman Islam yang sebenar. Cara ini, pada umumnya tidak dipedulikan oleh para pendakwah Islam kerana ia tidak begitu mudah sebelum menempuhinya. Di rumah Haji Mustafa Kami ada sebuah rumah lagi untuk kegiatan kami. Haji Mustafa membina rumah itu untuk mencari keredaan Allah. Para pencinta Islam berkumpul di rumah itu untuk mengkaji Al-Quran dalam suasana penuh persaudaraan. Dalam masa yang singkat saja, berita perhimpunan ini telah tersebar luas. Biasanya, kami menyampaikan ceramah antara solah Maghrib dan Isya’. Manusia dari berbagai golongan berhimpun di situ. Selepas itu barulah saya pergi ke kedai-kedai kopi untuk memberi ceramah. Satu malam, saya merasakan ada satu perkara anih berlaku. Saya dapati para pendengar berada di dalam keadaan kelam kabut. Mereka telah berpecah kepada beberapa kumpulan berlainan. Sebaik saja saya mula berceramah, satu soalan telah dikemukakan oleh salah seorang pendengar. Dia menyoal, ‘Apakah pendapat tuan mengenai at-tawasul?’ Saya menjawab, ‘Saya agak bukan perkara ini saja yang awak ingin tahu. Awak akan bertanya begitu dalam sembahyang dan salam selepas azan. Awak akan bertanya sama ada surah Al-Kahfi dibenarkan dibaca pada hari Jumaat atau tidak. Awak juga akan bertanya sama ada perkataan ‘Saidina’ patut disatukan dengan nama Rasulullah s.a.w. atau tidak. Awak akan bertanya di manakah ibu bapa Rasulullah s.a.w. ditempatkan selepas mereka mati dan dimanakah mereka berada sekarang. Awak akan bertanya sama ada pahala membaca Al-Quran sampai kepada orang mati atau tidak. Awak akan bertanya sama ada perhimpunan ahli-ahli sufi dan ahli-ahli Syariah merupakan satu dosa atau satu jalan menuju Allah.’ Kata-kata saya itu merangkumi semua persoalan-persoalan yang telah memecah-belahkan mereka selama ini. Orang yang bertanya terpegun mendengar kata-kata saya itu. Dia berkata, ‘Ya, saya tahu jawapan kepada semua persoalan itu.’ Saya menjawab, ‘Saudaraku, saya bukanlah seorang ulamak. saya hanya seorang guru. Saya telah mempelajari beberapa ayat Al-Quran dan juga hadith.. Saya juga mengkaji beberapa tajuk yang menyentuh Islam dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai Syariat Islam. Saya menjalankan dakwah Islamiah secara sukarela. Apabila kamu keluar (meninggalkan) dari perbincangan ini, sesungguhnya kamu telah melukakan saya. Silalah memberi perhatian andainya awak suka 97 mendengar ceramah saya dan menganggapnya berfaedah. Jika awak ingin mengetahui lebih banyak, awak bebas berjumpa para ulamak lain. Awak akan mendapat jawapan kepada soalan-soalan tadi dari para ulamak yang mampu menolong awak. Saya telah menyampaikan segala yang saya tahu kepada awak. Awak memberi tanggungjawab kepada seseorang menurut kemampuannya.’ Orang yang menyoal saya tadi kagum dengan kata-kata saya itu. Sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutnya. Dengan cara ini, saya telah berupaya mengelak kekecohan dari berlaku. Kebanyakan para hadirin berpuas hati dengan penjelasan saya. Tanpa melepaskan peluang, saya pun berkata kepada mereka: “Saudara-saudara ku yang dikasihi. Saya sedar penyoal tadi dan kebanyakan awak semua ingin tahu saya menyebelahi aliran yang mana satu. Awak semua ingin tahu sama ada saya menyebelahi aliran Syeikh Moosa atau aliran Syeikh Abdus-Sami. Pertanyaan begini tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. Awak semua telah mensia-siakan lapan tahun di dalam pertikaian dan politik kepartian. Sekarang awak semua perlu berhenti dari kegiatan tersebut. Orang-orang Islam berbeza pendapat di dalam perkara-perkara tadi selama berabad abad dan perbezaan-perbezaan itu masih berterusan. Allah suka kita semua berkasih sayang dan bersatu. Allah tidak suka semua bertikai dan berselisih. Saya berharap awak semua sekarang sanggup berjanji kepada Allah untuk menjauhkan diri dari perbincangan-perbincangan yang merosakkan. Berusahalah mempelajari dasar-dasar Islam. Kemudian ikutilah dasardasar itu dengan cara yang sebenar benarnya. Ambillah dasar-dasar Islam dan laksanakanlah. Tinggalkanlah amalan-amalan yang bertentangan dengan Islam dan ikutilah kitab suci Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. agar hati awak semua menjadi terang dan jernih. Tujuan kita yang sepatutnya ialah mengikuti dasar-dasar Islam. Kita tidak menekankan kepada sesuatu aliran pemikiran tertentu.” “Kita akan berupaya menyuarakan pendapat-pendapat kita di dalam suasana yang penuh keyakinan dan persefahaman jika terpupuk sifat kasih sayang dan amanah di kalangan kita. Saya yakin awak semua akan menerima dan berpegang dengan nasihat saya ini.” Rayuan saya ini sangat berkesan. Kami bersurai setelah berikrar untuk bekerjasama antara satu sama lain di dalam usaha menyebarkan Islam dan di dalam usaha menjauhi perkara perkara khilafiah. Setiap orang bebas berpegang dengan pendapat masing-masing schinggalah Allah yang Maha Besar sendiri memberi keputusan muktamad. Selepas perbincangan tersebut, kami pun meneruskan usaha dakwah Islamiah dengan aman. Kini saya menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan persaudaraan dan kerjasama di kalangan orang-orang beriman. Saya berusaha memupuk ciri-ciri persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiah) di kalangan mereka. Kadang kala saya menyentuh perkara perkara khilafiah yang tidak menjadi punca perbalahan di kalangan mereka. Saya bertindak begitu untuk menunjukkan kepada mereka cara orang-orang bertakwa di zaman dahulu bertolak ansur di antara satu sama lain walau pun mereka berbeza pendapat. Satu contoh Teringat saya kepada satu peristiwa yang berkaitan dengan masalah khilafiah. Masalah itu saya bentangkan kepada para hadirin. Saya bertanya mereka, ‘Siapakah di antara kamu ini bermazhab Hanafi?’ Seorang lelaki pun bangun dan mendekati saya. 98 Kemudian saya bertanya lagi, ‘Siapakah di antara kamu ini bermazhab Syafi’e?’ Bangun lagi seorang lelaki dan mendekati saya setelah mendengar soalan itu. Kemudian saya memberitahu para hadirin bahawa kedua orang lelaki tadi akan bersolah dengan berimamkan saya sendiri. Kemudian saya menyoal lelaki Hanafi tadi, ‘Wahai Hanafi, apakah amalan awak mengenai pembacaan surah Al- Fatihah?’ Lelaki Hanafi itu menjawab, ‘Saya berdiam diri dan tidak membaca Al-Fatihah’. Seterusnya saya bertanya lelaki Syafi’e pula, ‘Wahai Syafi’e, apa pula yang kamu buat?’ Jawabnya, ‘Saya membacanya.’ Seterusnya saya bertanya, ‘Apakah pendapat awak mengenai solah yang dilakukan oleh saudara yang bermazhab Hanafi itu?’ Dia menjawab, ‘Solahnya tidak sah kerana dia tidak membaca Fatihah bersama Imam. Membaca Fatihah ialah salah satu rukun solah.’ Kemudian saya menyoal lelaki Hanafi pula, ‘Apakah pendapat awak mengenai saudara awak yang bermazhab Syafi’e tadi?’ Dia menjawab, ‘Dia telah melakukan satu perkara yang Makrooh-i-Tahrim. Membaca Fatihah bersama Imam adalah perbuatan Makrooh-i-Tahrim’. Seterusnya saya bertanya mereka berdua, ‘Sanggupkah awak memusnahkan akidah masing-masing lantaran perbezaan taddi?’ Kedua mereka menjawab serentak, ‘Sudah tentu tidak’. Kemudian saya bertanya para hadirin, ‘Adakah awak semua akan menegur (mengkritik) mereka?’ Mereka menjawab, ‘Tidak’. Saya menyambung, ‘Puji-pujian bagi Allah. Awak semua kini boleh berdiam diri di dalam persoalan penting mengenai sah atau tidak sahnya solah seseorang. Tetapi awak tidak boleh bertolak ansur apabila seseorang ahli solah mengucap Allahumma Salli A’la Muhammadin atau Allahumma Salli A’1a Sayyidina Muhammadin. Perkara kecil ini awak jadikan punca pertikaian sehingga menyebabkan kekecohan besar.’ Cara saya berdakwah ini terbukti berkesan. Orang ramai mula memperbaiki sikap mereka terhadap satu sama lain. Mereka telah sedar bahawa Islam itu mudah dan luas. Dalam Islam, seseorang tidak boleh mengongkong seseorang lain. Pusat penumpuan di dalam Islam ialah Allah dan Rasul-Nya. Kemudian para anggota Ummah dan para pemimpinnya pula menjadi tumpuan. Masyarakat Ismalliah Separuh dari tempoh tahun akademik di Ismailiah (iaitu dari akhir tahun 1927 sehingga permulaan tahun 1928) saya telah habiskan di dalam kegiatan-kegiatan yang telah saya sebutkan sebelum ini. Saya memang bertujuan hendak mengkaji bandaraya ini (yakni bandaraya Ismailiah) dan para penduduknya secara mendalam agar saya berupaya mengetahui ciri-ciri yang mempengaruhi kehidupan mereka. Setelah mengkaji, saya membuat kesimpulan bahawa ada empat ciri yang mempengaruhi kehidupan di bandaraya Ismailiah. Iaitu: i) para ulamak; ii) para Syeikh Tariqat (para pemimpin kumpulan Tariqat Sufi); iii) golongan atasan (elite); iv) dan kelab-kelab. 99 Saya mengambil sikap menghormati para ulamak di situ dan mengelak diri saya dari bertelingkah dengan mereka ketika saya menyampaikan ceramah atau syarahan. Jika seseorang ulamak muncul ketika saya menyampaikan ceramah, saya akan berundur diri dan memperkenalkannya kepada para hadirin. Sikap saya ini membawa kesan yang baik kepada para ulamak tersebut sehingga mereka selalu memuji saya. Teringat saya kepada satu peristiwa yang berkaitan dengan perkara ini. Ada seorang Syeikh Al-Azhar (yang bernama Syeikh Abdus Salaam) yang telah menghabiskan banyak tahun di dalam sistem pengajian Al-Azhar yang lama. Dia gemar berbincang dan selalu memberi masalah kepada para penceramah dengan menimbulkan persoalan-persoalan luar biasa. Dia gemar berbincang tajuk-tajuk dan huraian-huraian yang diambil dari bahan-bahan rujukan lama. Satu hari dia cuba melibatkan saya di dalam perbincangannya itu. Ketika itu saya sedang menceritakan kisah Nabi Ibrahim a.s. kepada para hadirin. Dia bertanya kepada saya nama bapa Nabi Ibrahim a.s. Saya senyum dan menjawab, “Maulana Syeikh Abdus Salaam. Adalah dipercayai nama bapanya ialah Tarikh dan nama bapa saudaranya ialah Azar. Tetapi di dalam Al-Quran, nama bapa Nabi Ibrahim disebut Azar. Tidak salah jika Azar dianggap bapa saudaranya kerana di dalam kamus Arab, bapa saudara kerap kali dianggap bapa. Setengah pentafsir berpendapat bahawa Azar adalah nama berhala. Yakni Azar bukanlah nama bapanya atau bapa saudaranya. Huraian ayat Al-Quran: (s. An-An’aam .74) Maksudnya: “Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya Azar. Mengapakah engkau mengambil berhala-hala sebagai tuhan-tuhan?” Yang di mana ayat ini boleh membawa erti ‘Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya tinggalkan Azar. Mengapakah engkau mengambil berhala berhala sebagai tuhan-tuhan?”. Syeikh itu tidak ingin perkara itu berakhir begitu saja. Dia berkata, ‘Nama bapa Nabi Ibrahim ialah Tarukh, tetapi awak menyebut Tarikh.’ Saya membalas, ‘Namanya mungkin juga Tarukh. Walau bagaimanapun, nama itu bukanlah nama Arab. Sebutan nama yang betul tertakluk kepada sejauh mana kita mengetahui bahasa itu. Apa yang penting ceramah ini bertujuan memberikan nasibat dan gambaran.’ Syeikh itu terus mengganggu saya dengan cara itu setiap kali saya memberi ceramah. Tujuannya ialah hendak menyuraikan para hadirin dengan tajuk-tajuk perbincangan yang beku agar medan dakwah terletak di tangan para ulamak saja. Saya pun menyusun satu rancangan untuk menyekat kegiatan Syeikh itu. Saya menjemput dia ke rumah dan mengalu-alukan kedatangannya. Saya menghadiahkan dua buah buku mengenai ilmu Fiqh dan ilmu Tasawwuf. Saya memberitahunya saya sedia menghadiahkan sebarang buku yang dia suka. Dia sangat gembira mendengar katakata saya itu. Semenjak itu dia menghadiri majlis ceramah saya dan mendengar dengan penuh perhatian. Di samping itu, dia juga menasihati orang ramai supaya 100 datang mendengar ceramah saya. Betapa indahnya sabda baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Hendaklah kamu bertukar-tukar hadiah antara satu sama lain kerana hal ini akan mewujudkan kasih sayang di antara kamu.” Cara ini begitu berkesan untuk tempoh waktu yang agak lama juga. Tetapi perangai manusia berterusan mengalami perubahan. Lihatlah contoh para Syeikh dan kumpulan Tariqat Sufi mereka. Di dalam bandaraya Ismailiah, jumlah mereka agak banyak juga. Sejumlah dari mereka melawat Ismailiah berulang kali. Saya tidak akan lupa majlis-majlis perjumpaan Syeikh Hasan Abdullah Al-Muslimi, Syeikh Abood As-Syazli, Syeikh Abdul Wahab ad-Dandrawi dan lain-lain lagi. Waktu inilah Syeikh Abdur-Rahman Saad melawat Ismailiah. Dia ialah salah seorang Khalifah Tariqat Hasafiyah. Caranya ialah dengan memberi ceramah dahulu kemudian baru mengepalai majlis zikir. Dia datang ke masjid. Kami tidak mengenali antara satu sama lain. Mula-mula dia berceramah, kemudian dia menjemput para hadirin menyertai majlis zikirnya. Saya dapati caranya itu bertepatan dengan peraturan Tariqat Hasafiyah. Akhirnya saya memperkenalkan diri saya kepadanya. Sebenarnya saya tidak tertarik dengan mana-mana cara (sistem) tertentu untuk menyebarkan Islam. Saya ada berbagai alasan kerana bersikap demikian. Sebab utama ialah saya tidak mahu mewujudkan perselisihan di kalangan orang-orang yang mengikuti cara-cara lain. Saya juga tidak.terkongkong kepada sesuatu golongan Muslimin tertentu saja atau menumpukan kegiatan saya kepada salah satu sudut Islam saja. Sebaliknya, saya berusaha sedaya upaya agar dakwah saya sampai kepada rakyat biasa berdasarkan ilmu, pengalaman, latihan dan usaha-usaha yang berterusan. Ini merupakan rukun dakwah. Orang ramai patut diberi kebebasan memilih cara yang mereka suka. Namun begitu, saya mengalu-alukan kedatangan Syeikh Abdur-Rahman Saad walaupun saya tidak terikat secara langsung dengan kumpulannya. Dia juga menasihati orang ramai supaya mendengar ceramah saya dengan penuh minat. Selepas beberapa hari, Syeikh Abdur-Rahman pun meninggalkan Ismailiah. Ketika ini juga saya bertemu dengan Syed Muhammad Al-Hafiz At-Tijani. Tujuannya datang ke Ismailiah kerana hendak memberi amaran kepada orang ramai mengenai rancangan jahat golongan yang menganut fahaman Bahai. Waktu itu, penyokong-penyokong Bahai sangat giat menjalankan dakyah mereka di Ismailiah. Syed Muhammad Al-Hafiz memainkan peranan penting dalam menyedarkan orang ramai kepada komplot orang Bahai. Dia mendedahkan kepalsuan dan penipuan orang Bahai terhadap agama. Saya begitu tertarik kepada Syed Muhammad Al-Hafiz di segi ilmu; di segi kemuliaan dan kealimannya terhadap Islam. Saya mengemukakan kepadanya segala pandangan yang pernah disuarakan oleh masyarakat terhadap amalan Tariqatnya yang bergelar Tijaniyah itu. Banyak malam telah saya habiskan untuk perbincangan-perbincangan ini. Syed Al-Hafiz menerangkan pendapatnya mengenai Tariqat sufinya itu. Namun begitu, dia menolak pendapat-pendapat yang bertentangan dengan Islam. Memang menjadi dasar saya untuk menurut ragam dan bahasa mereka setiap kali saya menghadiri majlis-mailis Syeikh Tariqat Sufi. Tetapi, apabila saya bertemu mereka secara berasingan, saya pun menceritakan kepada mereka nasib umat Islam yang begitu menyedihkan sekali sehingga dasar-dasar Islam yang paling asasi pun 101 tidak dikenali. Saya menceritakan kepada mereka bahawa rakyat telah berpecah kepada berbagai kumpulan dan hal ini telah melemahkan perpaduan ummah. Mereka lalai terhadap, kepentingan mereka untuk ukhrawi (agama) dan duniawi mereka. Agama mereka sedang berada di dalam tahap bahaya kerana diancam oleh fahaman Atheis (Mulhid) dan pemikiran bebas (free thinking). Dunia kebendaan mereka pun turut musnah kerana orang-orang asing sedang merampas sumber kekayaan negeri mereka. Saya memberitahu ahli-ahli Tariqat Sufi tadi bahawa perkhemahan tentera British berada di barat Ismailiah dan pejabat Syarikat Suez pula terletak dipersisiran timur Ismailiah. Saya memperingatkan mereka kepada pengaruh yang mereka ada terhadap para pengikut mereka. Pengikut mereka menaruh keyakinan sepenuhnya kepada mereka. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan mereka untuk memimpin para pengikut mereka kepada jalan sebenar yang telah ditetapkan Allah. Mereka bertanggungjawab memimpin para pengikut mereka kepada kebahagiaan duniawi dan juga ukhrawi. Mereka sepatutnya memperkayakan pemikiran para pengikut mereka dengan ilmu yang ada pada mereka. Mereka mestilah bersatu demi untuk kegemilangan Islam dan umat Islam. Saya masih ingat pertemuan saya dengan Syeikh Abdul Wahab ad-Dandrawi. Dia adalah seorang pemuda yang sebaya umur dengan saya. Dia mungkin berumur dua puluh atau dua puluh satu waktu itu. Saya dapati beliau termasuk di kalangan orang-orang yang benar dan berakhlak mulia. Saya menghadiri majlisnya dengan penuh tertib. Apabila majlisnya itu berakhir, saya memohon berjumpa dengannya secara tertutup di dalam sebuah bilik. Sebaik saja saya masuk ke dalam biliknya, saya pun menanggalkan tarbus saya dan meletakkannya di atas sebuah kerusi. Lantas saya pun menanggalkan serbannya dan meletakkannya berdekatan dengan tarbus tadi. Dia terkejut metihat perbuatan saya itu. Belum pernah dia mengalami peristiwa seperti itu. Saya berkata kepadanya, ‘Saudara, janganlah menegur sikap saya.ini. Saya lakukan ini untuk menghilangkan perbezaan antara kita berdua. Saya ingin bercakap dengan seorang pemuda Islam yang bernama Abdul Wahab ad-Dandrawi. Saya telah pun meninggalkan Syeikh Abdul Wahab di majlis tadi. Saudara, umur awak baru menjangkau dua puluh tahun. Dengan rahmat Allah, awak kini berada di kemuncak keremajaan hidup. Perhimpunan-perhimpunan manusia berada di hadapan awak. Orang ramai mengerumuni awak kerana Allah inginkan demikian. Mereka menghabiskan malam mereka di dalam ibadat dan zikir tanpa melakukan kegiatankegiatan lain. Kebanyakan mereka juga turut jahil mengenai dasar-dasar Islam. Mereka juga tidak sedar tentang keagungan dan kegemilangan Islam. Adakah awak sanggup membiarkan perkara ini berlaku?’ Dia menjawab, ‘Apa yang boleh saya buat?’ Saya pun terus berkata, ‘Cubalah awak sedarkan mereka melalui ilmu, penyusunan dan pengawasan dan satukan mereka. Semaikan ke dalam diri mereka kesedaran bahawa mereka akan dihisabkan oleh Allah kelak. Ceritakan kepada mereka sejarah para Mujahidin Islam dan kisah riwayat hidup tokoh-tokoh Islam terkemuka yang wara’ dan bertakwa.’ Syeikh ad- Dandrawi berbincang mengenai perkara-perkara ini dengan saya agak lama juga. Behau tertarik dengan percakapan saya. Akhirnya kami berdua pun berjanji untuk bekerjasama dalam kegiatan dakwah Islamiah. Sesungguhnya, kami telah menjadi saudara di dalam Islam dan sama-sama berazam untuk berkhidmat kepada Islam. Kami mengambil keputusan bahawa setiap orang dari kami akan bergiat di bidang masing-masing dan menyampaikan Risalah Islamiah kepada rakyat. Saya 102 menjadi saksi kepada keputusan ini. Setiap kali Syeikh Abdul Wahab melawat Ismailiah, beliau bertemu dengan saya dan menyakinkan saya bahawa beliau masih berpegang kepada janjinya. Syeikh Abdul Wahab ad-Dandrawi meneruskan usahanya itu sehingga dia meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. Bersama para penduduk Ismailiah yang berpengaruh Golongan atasan (atau golongan berpengaruh) di Ismailiah mewakili dua aliran pemikiran. Terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara agama. Hal ini adalah hasil perbezaan pendapat yang wujud di kalangan berbagai kumpulan ulamak. Keluarga dan orang perseorangan memainkan peranan yang sangat penting di dalam menghangatkan lagi perbezaan ini. Hal ini adalah perkara biasa di dalam masyarakat Mesir. Apabila ada saja pegawai kerajaan dari luar datang ke Ismailiah, maka perlulah baginya menziarahi rumah-rumah para penduduk berpengaruh di situ. Lantaran, itu para pegawai kerajaan yang bergaul dengan golongan atasan di Ismailiah terbahagi kepada dua kumpulan. Setiap pegawai kerajaan ada hubungan dengan salah satu dari kumpulan orang atasan tersebut. Saya mengambil keputusan menghubungi kedua dua kumpulan tersebut demi kepentingan dan tujuan dakwah Islamiah yang sedang saya jalankan dengan menyeluruh. Saya juga ingin mengekalkan hubungan dengan keduadua kumpulan tersebut. Apabila saya menziarahi rumah pemimpin salah satu kumpulan tersebut, saya menyebut beberapa perkara yang ada kaitan dengan kumpulan yang bertentangan dengannya. Dalam perbualan saya itu, saya memberi gambaran bahawa kumpulan yang bertentangan dengannya itu tidak menaruh sebarang sangkaan buruk terhadap diri dan kumpulannya. Saya juga memberitahunya bahawa kumpulannya dan kumpulan yang menyainginya itu patut bekerjasama antara satu sama lain demi untuk kebaikan penduduk Ismailiah. Saya memperingatkannya bahawa Islam menekankan kerjasama yang boleh memberi faedah yang lebih besar kepada ummah. Begitulah tindakan saya. Saya selalu berbincang perkara-perkara yang boleh mewujudkan kesefahaman dan kasih sayang di kalangan orang-orang yang mempunyai perbezaan pendapat antara satu sama lain. Jika saya dapati ada orang mengecam kumpulan lain, saya melarangnya berbuat demikian. Saya terus menasihatinya supaya bercakap mengenai perpaduan seluruh umat Islam. Sepatutnya mereka menjauhkan diri dari mengecam antara satu sama lain kerana amalan ini tidak mendatangkan faedah bahkan ia menyemai sikap permusuhan di kalangan saudara saudara se-Islam. Ini adalah satu dosa besar. Hendaknya mereka berusaha menjadi orang-orang yang memupuk kasih sayang dan keamanan. Mereka perlu berelak dari mengumpat kerana dalam Islam, amalan itu mendatangkan dosa besar. Jelas sekali apa saja yang saya cakap kepada kumpulan tadi telah sampai kepada kumpulan yang satu lagi dan hal ini terbukti memuaskan hati mereka. Dengan cara ini saya telah berjaya mendapat sokongan dari kedua dua kumpulan tadi. Apabila ‘Al-Ikhwanul Muslimin’ ditubuhkan, saya terus mengamalkan cara tadi. Dunia kelab-kelab Di waktu itu ada sebuah Kelab Buruh yang ditubuhkan oleh Persatuan Kerjasama. Ia menjalankan kegiatannya di kawasan buruh. Di situ ada sekumpulan pemuda terpelajar yang terpilih. Para pemuda tersebut sedia mendengar dan 103 mempelajari perkara-perkara yang baik untuk kehidupan mereka. Terdapat juga cawangan Persatuan Mencegah Dadah di Ismailiah. Persatuan ini mengadakan ceramah dan perbinangan mengenai dadah beracun. Saya mengambil peluang menghubungi kedua-dua persatuan tersebut. Saya mula menyampaikan ceramah ceramah mengenai agama, ilmu kemasyarakatan dan sejarah. Ceramah-ceramah itu terbukti berguna sebagai pembuka jalan bagi usaha dakwah saya di masa depan. Kembah ke Kaherah Saya menumpukan perhatian kepada usaha membentuk pemikiran orang ramai di Ismailiah. Saya juga berusaha memenangi hati mereka agar mahu menyokong kegiatan dakwah saya. Walau bagaimanapun saya masih tidak mengetahui mengenai perkembangan kebangkitan Islam di Kaherah. Saya selalu berhubung dengan majalah ‘Al-Fatah’ dan saya berusaha sedaya upaya menambahkan bilangan pelanggannya di Ismailiah. Majalah tersebut merupakan cahaya harapan yang pertama bagi para pemimpin gerakan Islam yang ingin melancarkan kegiatannya. Jam'iat-us Syubban Al-Muslimin Saya ada hubungan dengan sekumpulan pemuda yang saya pernah temui di Kaherah dan kami telah berazam untuk bekerjasama antara satu sama lain dalam memperjuangkan Islam. Saya merasa gembira apabila mendapat tahu dari akhbar bahawa mesyuarat pertama telah diadakan untuk menubuhkan sebuah persatuan yang bernama ‘Syubban Al-Muslimin’. Abdul Hamid Bik Sa’id telah dipilih sebagai Yang Dipertua persatuan tersebut. Ini semua adalah hasil usaha para pemuda yang saya sebutkan tadi. Saya menulis surat kepada Abdul Hamid Bik Sa’id dan menyatakan hasrat saya hendak menjadi ahli persatuan tersebut. Selepas diterima menjadi ahli, saya selalu menghantar yuran keahlian kepada Abdul Hamid Bik Sa’id. Saya sentiasa mengambil tahu segala kegiatan persatuan itu. Saya memerhati dengan penuh minat segala kemajuan dan kemunduran yang dihadapi oleh persatuan tadi dari semasa ke semasa. Saya menyampaikan ceramah pertama saya di kelab Syubban Al-Muslimin di Jalan Majlisun Nawab. Tajuk ceramah saya ialah ‘Perbandingan Antara Dua Kebudayaan’. Saya sentiasa menghargai sumbangan kepada Islam yang diberikan oleh para pengasas dan ahli ‘Syubban Al-Muslimin’. Saya masih ingat nama-nama seperti Dr Yahya ad-Darderi, Mahmood Ali Fadli, Muhammad Al-Ghamrowi dan Syed Muhibuddin Al-Khateeb. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka semua. Kami terpaksa menghadapi satu keadaan yang sukar. Kami telah habiskan empat puluh hari di Ismailiah. Kami dapati sukar untuk terus tinggal di hotel-hotel kecil yang kami gelar ‘Benseunat’. Bilik kami berada di tingkat yang paling atas di bangunan tersebut. Tingkat tengah bangunan itu didiami oleh orang-orang Kristian Mesir. Mereka telah menubuhkan sebuah kelab dan sebuah gereja di situ. Tingkat yang paling bawah pula didiami oleh orang-orang Yahudi. Mereka juga menubuhkan sebuah kelab dan tempat ibadat mereka. Ya, kami berada di tingkat paling atas di bangunan tersebut. Kami juga menyediakan sebuah tempat sebagai surau dan selalulah kami menunaikan solah di situ. Bangunan tersebut mewakili tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Saya masih ingat kepada wanita tua Yahudi yang menjaga tempat ibadat mereka di tingkat 104 bawah bangunan itu. Namanya Ummi Syaloom. Setiap malam Sabtu, dia meminta kami menolongnya menutup lampu dan memasang dapur gas kerana orang-orang Yahudi tidak suka melakukan sebarang kerja pada malam Sabtu. Kami selalu mengusiknya dengan berkata, ‘Berapa lama lagi awak hendak berpura-pura dan menipu kami? Perbuatan ini tidak akan di terima Allah. Awak yakin Allah mengharamkan awak menggunakan cahaya dan api pada hari Sabtu. Adakah Allah juga mengharamkan awak mengambil faedah dari cahaya dan api.’ Sampai di peringkat ini, dia selalu meminta maaf dan perbincangan itu pun berakhir dengan baik. Kenangan di Ismailiah Ismailiah mencetuskan perasaan aneh di dalam hati saya. Perkhemahan tentera British di barat Ismailiah mempengaruhi bandaraya itu. Setiap umat Islam yang mempunyai harga diri berasa sedih dengan keadaan ini. Keadaan ini menyedarkannya kepada latar belakang sejarah Ismailiah. Keadaan ini juga menyedarkannya kepada kegiatan kegiatan untuk menyekat orang-orang Islam dari mendapat pelajaran tinggi dan keuntungan kebendaan yang sedang berjalan di Ismailiah. Hal ini menghalang kemajuan Mesir dan juga menyekat umat Islam dari bersatu dan bersaudara selama lebih dan enam puluh tahun. Bangunan cantik bagi pejabat Syarikat Terusan Suez masih lagi tertegak di situ. Orang-orang Mesir bekerja di dalam pejabat Syarikat itu. Mereka dilayan seperti hamba. Orang-orang asing diberi penghormatan dan taraf sebagai para pegawai serta pemerintah. Pejabat Syarikat Terusan Suez menguasai hal ehwal kehidupan rakyat Islamiah. Biasanya, Majlis Perbandaran Ismailiah menguruskan bekalan air, kesihatan dan kebersihan dan tugas-tugas lain. Tetapi tugas-tugas itu telah diambil alih oleh Syarikat Terusan Suez. Pengurusan jalan raya yang menghubungi Ismailiah ke Mesir juga terletak di tangan Syarikat tersebut. Sesiapa pun tidak boleh masuk atau keluar dari bandaraya Ismailiah tanpa mendapat permit dari Syarikat itu. Penginapan orang-orang asing terdiri dari bangunan-bangunan jenis banglo yang cantik. Para pekerja asing Syarikat itu tinggal di dalam rumah rumah banglo itu. Di hadapan perkampungan orang-orang asing ialah pondok-pondok buruh Arab yang sempit dan gelap. Kesemua papan-papan tanda di jalan jalan ditulis di dalam bahasabahasa Eropah. Bahkan nama Jalan Masjid pun ditulis ‘Rue De Le Mosque’. Nama nama Eropah telah dimasyhurkan oleh papan-papan tanda tadi. Kesemua perkara ini mencuit hati saya. Kesannya lebih hebat lagi jika saya memikirkan perkara ini di taman-taman atau di hutan atau di tebing Tasik At-Tamsah. Suasana di Ismailiah memberi kesan mendalam kepada pemikiran saya. Segala kenangan ini banyak membantu saya di dalam menentukan corak gerakan saya dan juga tugas saya sebagai seorang pendakwah. Al-Ikhwanul Muslimin Pada bulan Zulkaedah, 1347, bersamaan bulan Mac 1927, enam orang sahabat telah datang menemui saya. Mereka itu ialah Hafiz Abdul Hamid, Ahmad Al-Husari, Fuad Ibrahim, Abdur-Rahman Hasabullah, Ismail Izz dan Zaki Al-Maghribi. Mereka 105 begitu terpengaruh sekali dengan ceramah-ceramah yang saya berikan di Ismailiah. Mereka mula berbincang mengenai cara-cara menjalankan dakwah Islamiah. Wajah mereka yang berseri-seri itu menunjukkan keazaman yang sedang bersemadi di dalam diri mereka. Mata mereka bersinar-sinar dan suara mereka begitu bertenaga sekali. Mereka berkata: “Kami telah mendengar ceramah awak, Kami telah berfikir mengenainya dengan begitu mendalam sekali. Kami sangat tertarik dengannya. Tetapi kami tidak tahu bertindak secara berkesan. Kami benci dengan cara hidup yang ada sekarang. Cara hidup sekarang seperti kehidupan orang tawanan yang penuh kehinaan. Awak telah melihat bahawa orang-orang Arab dan orang-orang Islam tidak ada kehormatan lagi di negara ini. Mereka hanyalah khadam-khadam yang sangat patuh kepada orang orang asing. Darah yang mengalir di dalam urat saraf kami ialah darah yang panas. Kami memiliki Iman dan maruah. Kami membawa dirham-dirham yang sedikit ini kepada awak setelah kami mengurangkan perbelanjaan keluarga kami. Awaklah yang lebih tahu cara yang paling baik untuk kami memberi sumbangan kepada Islam, umat Islam dan negara. Kami datang kepada awak untuk menyerahkan segala milik kami agar kewajipan kami kepada Allah terlaksana. Awaklah yang akan memimpin kami. Kumpulan yang berjuang untuk Islam dan umat Islam, bertindak semata-mata kerana hendak mencari keredhaan Allah saja. Kumpulan begini layak menerima kejayaan walaupun ia kecil dan kelengkapannya kurang.” Kata-kata mereka yang ikhlas itu menarik hati saya. Saya tidak dapat melepaskan diri dari tanggungjawab yang telah diletakkan di atas bahu saya. Tanggungjawab ini samalah dengan tanggungjawab yang sedang saya perjuangkan selama ini. Saya berkata kepada mereka dengan suara yang terharu, ‘Allah amat berterima kasih kepada kamu. Semoga Allah memberkati niat baik awak semua. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk melakukan amal soleh. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mencari keredhaan-Nya dan juga untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam. Kewajipan kita ialah untuk berusaha dan bekerja dan hasilnya terpulanglah kepada Allah. Marilah kita bersumpah di hadapan Allah bahawasanya kita akan menjadi pejuang-pejuang Islam. Kebahagiaan negara kita terletak kepada kejayaan kita melaksanakan tugas ini.’ Kami semua berbai’ah (bersumpah setia) bahawa kami akan hidup sebagai saudara antara satu sama lain; bekerja untuk mengembalikan kegemilangan Islam dan melancarkan jihad untuk mencapai tujuan itu. Salah seorang sahabat pun bangun dan bertanya, ‘Apakah nama yang hendak kita berikan kepada kumpulan kita ini? Adakah nama itu hendak kita tentukan menurut nama mana-mana persatuan, kelab, mazhab agama atau pertubuhan agama? Marilah kita tentukan namanya sebagai pengenalan rasmi.’ Saya menjawab, ‘Kita tidak akan menjadi seperti mereka. Adalah lebih baik kita menjauhkan diri dari sikap riyak dan sikap kolot. Fahaman (fikrah) dan Iman serta amali menjadi asas perpaduan dan pertubuhan kita. Kita bersatu untuk memperjuangkan Islam dan kita semua adalah bersaudara. Justeru itu kita akan mengambil nama ‘Al-Ikhwanul Muslimin’. Maka wujudlah pertubuhan ‘Al-Ikhwanul Muslimin’ dengan kerjasama enam sahabat tadi. Kemunculannya begitu senang dan mengejutkan sekali dan atas dasar fikrah dan gambaran yang sesuai dengan nama tersebut. 106 Madrasah At-Tahzib (sekolah pembentukan) Selepas penubuhan Al-Ikhwanul Muslimin, kami pun mula menyusun rancangan dan mencari tempat untuk mengadakan mesyuarat. Akhirnya kami mengambil keputusan menyewa sebuah bilik di Perpustakaan Syeikh Alias Syarif di Jalan Syare Farooq dengan kadar sewa 60 Qursh sebulan. Kami juga mengambil keputusan menyimpan semua rekod-rekod yang perlu dan mengadakan mesyuarat di dalam bilik tersebut. Kami berpeluang menggunakan tempat itu sebagai sekolah daripada waktu asar sehingga lewat malam setelah para penuntut (yang menggunakan Perpustakaan itu) sudah pulang ke rumah. Kami menamakan sekolah kami sebagai ‘Madrasah al Tahzib’. Susunan pengajian di situ melibatkan pendidikan Islam dan ditekankan pembacaan Al-Quran yang betul. Setiap anggota Madrasah ini diminta membaca Al Quran menurut hukum tajwid yang betul. Dia akan berusaha menghafal beberapa potong ayat Al Quran beserta dengan tafsirannya sekali. Para anggota sekolah ini diajar ilmu Hadith. Mereka dikehendaki menghafal beberapa hadith dan juga maknanya serta huraiannya sekali. Mereka juga diajar sunnah dan sejarah Islam. Di samping itu mereka juga diajar perkara perkara berikut: 1) cara menunaikan ibadat dengan betul; 2) keimanan yang sebenar; 3) kajian mengenai susunan dan sifat sesuatu masyarakat Islam; 4) dan sejarah hidup para wali Allah dan orang-orang soleh. Dia ada sebuah kedai runcit. Seorang anggota Ikhwan lain yang bernama Mustafa Yusuf telah membeli sebotol minyak wangi dari Syed Abu Sa’id dan membayar sepuluh Qursh. Tetapi Syed Abu Sa'ud enggan menerima wang yang berjumlah lebih dari lapan Qursh. Kedua belah pihak enggan beralah dari pendirian masing-masing. Saya anggap ini satu contoh yang baik. Akhirnya saya masuk campur dan meminta senarai harga barang. Saya dapati sedozen botol minyak wangi berharga sembilan puluh enam Qursh. Rupanya si peniaga tidak mahu mengambil sebarang keuntungan dari para sahabatnya. Kemudian saya berkata kepadanya, ‘Jika awak tidak mahu mengambil sebarang keuntungan dari sahabat awak dan musuh awak pula tidak membeli suatu apa pun dari awak, maka bagaimanakah awak hendak menyara diri awak?’ Syed Abu Sa’bd menjawab, Tidak ada perbezaan di antara saya dan sahabat saya. Saya akan berasa gembira jika dia menerima tawaran saya itu.’ Saya bertanya pula kepada Mustafa Yusuf, ‘Mengapa awak menolak tawaran sahabat awak itu?’ Dia menjawab, ‘Jika di kedai lain saya perlulah membayar sepuluh Qursh. Di kedai sahabat pula saya berkewajipan membeli barang tadi walaupun dengan harga yang lebih dari itu.’ Saya menyelesaikan perkara itu dengan menentukan bayaran sebanyak sembilan Qursh. Yang penting di dalam peristiwa tadi bukanlah jumlah wang yang terlibat. Yang penting ialah rasa ukhuwwah Islamiah (persaudaraan Islam) sejati yang telah ditunjukkan. Jika persaudaraan sejati ini tersebar luas, ia akan menyelesaikan masalah yang ada di seluruh dunia. Lantaran itu, umat Islam akan dapat hidup aman dan sentosa. 107 Pernah satu ketika, para anggota Ikhwanul Muslimin mendapat tahu salah seorang anggota Ikhwan menganggur. Lebih sepuluh anggota Ikhwan menziarahinya. Setiap orang dari mereka membisik sesuatu ke dalam telinganya sambil menyerah separuh dari pendapatan mereka kepadanya. Tujuan mereka ialah untuk mengumpul wang sebagai modal untuk dia menjalankan perniagaan. Dia menerima sumbangan sebahagian dari mereka dan mengembalikan sumbangan yang sebahagian lagi dengan ucapan terima kasih. Mereka yang ditolak sumbangan mereka telah pulang dengan muka yang sedih. Contoh akhlak anggota Ikhwanul Muslimin Para anggota Ikhwan mengamalkan peraturan Islam di dalam kehidupan harian mereka. Mereka berjiwa dan berakhlak Islam ketika berhubungan sesama sahabat atau pun dengan orang lain. Keadaan mereka ini merupakan contoh ketakwaan dan kemuliaan Encik Masue Solent bertugas sebagai Ketua Jurutera Syarikat Terusan Suez. Satu hari dia memanggil seorang anggota Ikhwan yang bernama Hafiz untuk memperbaiki beberapa alat pertukangan kayu di rumahnya. Encik Solent bertanya mengenai upah kerja itu dan Hafiz meminta 130 Qursh. Encik Solent pun segera menjawab, ‘Awak seorang perompak’. Hafiz dapat mengawal dirinya dari marah. Dengan penuh kesabaran, dia pun bertanya, ‘Bagaimana saya boleh jadi perompak?’ Berkata pula Encik Solent, ‘Awak meminta upah yang lebih dari yang berhak awak terima.’ Hafiz menjawab, ‘Saya tidak akan mengenakan apa-apa bayaran langsung pada kamu. Saya akan melakukan kerja itu dengan percuma jika salah seorang dari jurutera awak mengatakan saya meminta upah yang lebih. Jika jurutera awak itu mengatakan upah yang saya minta itu berpatutan, maka saya akan menebuskan maruah saya yang telah dicemari oleh kata-kata awak tadi.’ Encik Solent memanggil salah seorang juruteranya dan bertanya mengenai upah kerja tadi. Selepas melakukan kiraan, dia menetapkan upah kerja itu pada kadar dua ratus Qursh. Kemudian Encik Solent pun meminta Hafiz memulakan kerja. Tetapi Hafiz menjawab, ‘Saya akan melakukan kerja itu setelah awak meminta maaf di atas kebiadapan dan tuduhan awak terhadap saya. Saya mahu awak menarik balik katakata awak itu.’ Encik Solent pun naik radang dan berkata, ‘Siapakah awak sehingga sanggup menyuruh saya meminta maaf. Kepada Raja Fuad pun saya tidak akan meminta maaf jika dia ada di sini.’ Hafiz menjawab dengan kata-kata yang lembut, ‘Encik Solent, kini awak telah melakukan kesalahan kedua. Awak berada di dalam negara Raja Fuad. Awak sepatutnya tahu adab dan resam negara tuan rumah. Tidak patut sekali awak mengeluarkan kata-kata yang menghina seperti itu. Saya tidak akan membenarkan awak bercakap mengenai Raja Fuad dengan cara yang biadap seperti itu.’ Encik Solent mengalihkan pandangannya dari Hafiz dan mula berjalan mundar-mandir di dalam dewan yang luas itu sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket. Hafiz meletakkan alat perkakasnya di lantai dewan dan terus duduk di atas sebuah kerusi. Suasana di dewan itu sunyi senyap seketika. Yang kedengaran 108 hanyalah tapak kaki Encik Solent. Selepas beberapa ketika, dia mendekati Hafiz dan berkata, ‘Seandainya saya tidak meminta maaf, apa yang hendak awak lakukan?’ Hafiz menjawab, ‘Perkara ini senang saja. Mula mula saya akan menulis kepada konsul dan duta awak. Kemudian saya akan memberitahu pihak atasan Syarikat Terusan Suez di Paris. Selepas itu saya akan menulis surat kepada ketuaketua pengarang akhbar tempatan dan luar negeri. Di samping itu, setiap kali seorang ahli Majlis datang ke sini, saya akan menemuinya dan membuat pengaduan. Jika saya gagal di dalam usaha-usaha tadi, saya akan mencela awak di hadapan umum. Dengan cara ini saya mendapat dua keuntungan dan saya berazam penuh untuk melakukannya. Jangan menyangka saya akan mengadu kepada kerajaan Mesir kerana awak telah melemahkan kekuasaannya melalui pengaruh awak. Saya tidak akan berasa senang selagi maruah saya tidak ditebus.’ Encik Solent berkata, ‘Rasanya saya kini sedang bercakap dengan seorang pegawai tinggi dan bukannya seorang tukang kayu. Tidakkah awak sedar awak sedang bercakap dengan Ketua Jurutera Syarikat Terusan Suez? Bagaimana awak boleh terfikir saya akan meminta maaf kepada awak?’ Hafiz menjawab, ‘Tidakkah awak sedar Syarikat Terusan Suez berada di dalam negara saya dan bukannya di dalam negara awak? Lagi pun penguasaan awak ke atas Syarikat ini adalah sementara saja. Satu hari nanti, Syarikat ini akan jatuh juga ke tangan kami. Waktu itu, awak dan orang-orang seperti awak akan menjadi pekerja kami. Oleh itu, bolehkah awak membuat kesimpulan bahawa saya akan melepaskan hak saya?’ Selepas pertengkaran ini, Encik Solent masib, terus berjalan mundar-mandir di dalam dewan itu. Sekali lagi dia mendekati Hafiz. Kali ini wajahnya kelihatan lembut. Dia menumbuk meja dengan sepenuh tenaga beberapa kali dan berkata, ‘Hafiz, saya minta maaf dan saya menarik balik kata-kata saya.’ Hafiz bangun. Dia puas hati. Dia mengucap terima kasih kepada Encik Solent dan memulakan kerjanya. Tidak lama kemudian, kerjanya pun selesai. Sebaik saja kerjanya selesai, Encik Solent memberinya seratus lima puluh Qursh. Hafiz mengambil seratus tiga puluh Qursh dan mengembalikan baki dua puluh Qursh kepada Eneik Solent. Encik Solent memberitahunya, ‘Simpanlah dua puluh Qursah itu.’ Hafiz menjawab, ‘Tidak. Saya tidak mahu menjadi perompak dengan mengambil lebih dari hak saya.’ Encik Solent terpegun dan berkata, ‘Saya sungguh terkejut. Mengapakah kesemua orang Arab tidak menjadi seperti awak? Adakah awak dari keluarga Muhammad?’ Hafiz menjawab, ‘Setiap orang Islam adalah keluarga Muhammad, tetapi setengah orang Islam gagal berbuat demikian kerana mereka mengadakan kerjasama ekonomi dengan orang-orang Eropah dan juga kerana mereka menurut orang-orang Eropah secara membuta-tuli. Mereka telah menjatuhkan maruah mereka sendiri.’ Encik Solent tidak berkata apa-apa. Dia menjabat tangan Hafiz sambil mengucap terima kasih. Mereka pun bersurai. Peristiwa berikutnya melibatkan seorang anggota Ikhwan yang bernama Hasan Marsi. Hasan Marsi bekerja dengan seorang bangsa Eropah yang bernama Encik 109 Manio. Hasan Masri pandai mambuat kabinet radio yang bermutu tinggi. Waktu itu, sebuah kabinet radio berharga satu junaih. Satu hari, seorang kawan majikannya datang dan cuba tawar menawar dengannya. Dia meminta Hasan Marsi membuat beberapa kabinet radio dengan bayaran separuh harga tanpa pengetahuan majikannya. Ini bermakna dia mendapat separuh dari harga barang-barang tersebut dan separuh lagi pergi kepada pihak yang membeli. Majikan Hasan Marsi memberi separuh kepercayaan kepadanya. Segala peralatan dan bahan mentah di dalam bengkel tersebut berada di bawah pengawasan Hasan Marsi. Kawan majikannya ini cuba mengambil kesempatan tetapi Hasan Marsi menjawab, 'Islam dan lain-lain agama melarang perbuatan menipu. Saya tidak tergamak menipu orang yang telah memberi kepercayaan kepada saya. Saya terkejut melihat sikap awak. Awak adalah kawannya, seagama dengannya dan senegara dengannya, tetapi awak masih berniat hendak menipunya. Awak telah cuba menghasut saya melakukan kesalahan. Awak sepatutnya berasa malu dengan perbuatan awak itu. Walau bagaimanapun saya tidak akan melaporkan perkara ini kepada majikan saya kerana saya tidak mahu melihat persahabatan awak berdua terputus. Tetapi awak mesti berjanji tidak akan melakukan perkara ini lagi di masa hadapan.' Lelaki asing tadi berperangai buruk. Dia berkata, 'Saya akan memberitahu sahabat saya bahawa awaklah yang membuat tawaran itu kepada saya. Saya pasti dia akan percaya kepada kata-kata saya dan mengusir awak keluar atas tuduhan pecah amanah. Di samping itu, awak juga akan kehilangan maruah. Oleh itu, buatlah seperti yang saya suruh.' Hasan Marsi menjawab, Buatlah apa yang awak suka. Jika diizinkan Allah, awak akan menerima malu.' Orang asing tadi memberi laporan palsu kepada majikan Hasan Marsi seperti yang dirancangkannya. Majikan Hasan Marsi pun mula menyiasat. Kebenaran mengatasi kepalsuan. Hasan Marsi menceritakan kesemuanya. Majikannya yakin dengan penjelasan Hasan Marsi. Berikutan itu, dia mengusir orang tadi dan memutuskan persahabatannya dengan orang itu buat selama-lamanya. Dia juga telah menaikkan gaji Hasan Marsi kerana menghargai sifat amanah yang ditunjukkannya. Abdul Aziz Ghulam Nabi adalah seorang lagi anggota Ikhwan. Dia berasal dari India dan bekerja sebagai tukang jahit di perkhemahan tentera British. Satu hari, isteri seorang pegawai tinggi di situ memanggilnya ke banglo kediamannya untuk melakukan kerja luar. Isteri itu keseorangan di rumahnya. Beliau cuba menggoda Abdul Aziz dengan berbagai helah. Mula-mula Abdul Aziz berusaha memujuknya supaya jangan melakukan perbuatan yang dilarang itu. Selepas itu, Abdul Aziz memarahinya. Wanita tadi pun mengancam hendak melaporkan kepada suaminya bahawa Abdul Aziz cuba memperkosanya. Bahkan wanita tadi mengancamnya dengan pistol. Abdul Aziz tetap tidak berganjak dari sikapnya yang benar itu. Dia berkata kepada wanita tadi, “Saya takutkan Allah saja.” Pertelingkahan ini berakhir dengan cara yang agak melucukan. Wanita tadi mengancam hendak membunuhnya atas alasan dia cuba menyerang. Dia menghalakan pistol ke arah Abdul Aziz Ghulam Nabi. Abdul Aziz pun menutup matanya sambil mengucap Kalimah Syahadah dengan suara yang lantang. Wanita itu naik takut dan pistol tadi terlepas dari tangannya. Dia naik gelisah dan terus menolak Abdul Aziz 110 keluar dari rumahnya. Abdul Aziz berlari ke pejabat Ikhwan dan menceritakan kesemua pengalamannya tadi. Begitulah para anggota Ikhwanul Muslimin memiliki akhlak yang mengkagumkan. Terdapat banyak lagi contoh-contoh ketakwaan dan kemuliaan akhlak mereka. Allah telah berfirman di dalam Al Quran: Maksudnya: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik* seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit.” (Ibrahim: 24) Penjelasan: *termasuk dalam 'kalimat yang baik' ialah kalimat tauhid, segala ucapan yang menyeru kepada kebajikan dan mencegah dari kemungkaran serta perbuatan yang baik. Kalimat tauhid seperti kalimat: Maksudnya: “ Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah meinbuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.” Saya menghabiskan sebahagian cuti saya di Kaherah dan sebahagian lagi di Mahmoodiyah. Waktu itu, kumpulan Tariqat Hasaafiyah di Mahmoodiah menggunakan cara yang kami gunakan di Ismailiah. Dalam lain perkataan, mereka bergerak di atas garis panduan Al Ikhwanul Muslimin. Saya kembali ke Ismailiah setelah cuti habis. Tahun kedua persekolahan di situ penuh dengan berbagai peristiwa yang menyentuh peribadi saya dan juga umum serta hubungannya dengan dakwah. Ke Hijaz Saya masih mengadakan hubungan dengan Syubban Al Muslimin. Saya terus menghantar pandangan, tinjauan dan laporan kepada pertubuhan tersebut. Para pemimpin pertubuhan itu sangat menghormati hubungan saya ini. Di segi rohaninya, kami sangat rapat walaupun kami berjauhan antara satu sama lain (iaitu di Kaherah). Suatu hari, Syeikh Hafiz Wahbah melawat Kaherah. Beliau adalah Setiausaha kepada Raja Abdul Aziz ibni Sa'ud. Dia datang kerana hendak memilih sejumlah guru bagi pihak Kementerian Pelajaran Arab Saudi. Guru-guru ini diperlukan untuk sekolah sekolah baru yang didirikan di Hijaz. Waktu itu, kerajaan Mesir masih lagi tidak mengiktiraf kerajaan Arab Saudi kerana politik Kerajaan British ialah mengamalkan dasar memecah-belah kemudian memerintah. Pihak British ingin memutuskan hubungan persaudaraan Islam antara buah negara tersebut. Rakyat Mesir menentang usaha British ini. Mereka yang 111 berpendidikan mendapati kebangkitan Hijaz merupakan harapan dan cita-cita mereka untuk melihat kebangkitan Islam di situ. Hafiz Wahbah menghubungi Jamiatu-sy- Syubbanul Muslimin untuk meminta bantuan memilih guru-guru tersebut. Lantaran itu, Syed Muhibuddin Al Khateeb menemui saya untuk membincangkan perkara itu. Pada dasarnya, saya setuju dengan pendapatnya. Berikutan itu, Setiausaha Jamiatu-sy- Syubbanul Muslimin, Mahmood Ali Fadhli telah menulis surat kepada saya bertarikh 13 Oktober, 1928. Surat itu berbunyi berikut: ‘Saudara ku Al Banna Affandi. Assalamualaikum. Semoga awak berada di dalam sihat sejahtera. Syed Muffibuddin AI Khateeb telah bercakap dengan saya mengenai masalah tugas mengajar di Hijaz. Abdul Hameed Bik Sa’id telah menghantar maklumat kepada kami memberitahu bahawa awak perlu membuat permohonan melalui sekolah awak kepada Kementerian Pelajaran menyatakan awak hendak mengajar di sekolah Al Ma'hadus-Saudi di Mekah. Permohonan itu hendaklah dibuat dengan syarat awak mendapat kemudahan pekhidmatan seperti yang diberi oleh Kementerian Pelajaran, Kerajaan Mesir dan elaun awak ketika pulang juga serupa dengan elaun yang diperolehi oleh rakan rakan sejawat awak. Saya harap awak membuat permohonan mengikut garis panduan ini dan menghantarnya secepat mungkin agar ia dapat dibentangkan di mesyuarat Majlis Menteri Menteri.’ Pada 6 November, 1928, saya menerima sepucuk surat dari Pengarah Jamiatu- as-Syubbanul Muslimin, iaitu Dr. Yahya Al Darderi. Dia menulis, 'Kami berharap awak akan datang ke pejabat akhbar kami pada hari Khamis ini, pukul 7 malam. Awak akan bertemu dengan Hafiz Wahbah, iaitu Setiausaha Raja Abdul Aziz ibni Sa'ud untuk mengatur perjalanan awak ke sana. Awak juga didikehendaki berbincang dengannya mengenai syarat-syarat perkhidmatan. Saya akan menunggu kedatangan awak.’ Sepertimana yang telah dijanjikan, saya sampai pada waktu yang telah ditentukan dan bertemu dengan Hafiz Wahbah. Syarat yang paling utama saya minta darinya ialah supaya saya jangan dianggap sebagai pegawai yang hanya berkewajipan menerima arahan untuk dipatuhi, tetapi sebagai seorang yang mempunyai sesuatu fahaman tertentu. Saya lebih berminat mendakwahkan fahaman tadi di negara yang baru membangun ini yang merupakan cita-cita dan harapan Islam dan juga orangorang Islam. Ia adalah sebuah negara yang perlu kepada penguatkuasaan peraturan Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. serta sejarah orang-orang Islam soleh yang dahulu. Saya tidak mempedulikan syarat-syarat perkhidmatan yang lain seperti gaji dan lain-lain kemudahan. Bahkan saya tidak menyentuh langsung perkara tersebut. Hafiz Wahbah tertarik dengan semangat yang saya tunjukkan. Dia berjanji akan berjumpa Menteri Luar di Kaherah dan berbincang perkara itu dengannya. Selepas itu dia akan memberitahu saya hasilnya. Selepas pertemuan ini, saya pun kembali ke Ismailiah. Saya menerima surat dari Hafiz Wahbah pada 12 November, 1928 yang berbunyi demikian, ‘Saudara ku Hassan AI Banna. Assalamualaikum! Hari ini saya telah bertemu Menteri Luar dan berbincang dengannya mengenai perkara awak itu. Dia ingin berjumpa awak di pejabatnya untuk memberi sepucuk surat. Surat itu dialamatkan kepada Menteri Pelajaran. Menteri Pelajaran bersedia memberi kerjasama kepada awak dan orang-orang lain yang ingin pergi berkhidmat ke Hijaz. 112 Dari Ismailiah, saya pergi ke Kaherah dan berjumpa dengan Menteri Luar melalui Hafiz Wahbah. Menteri Luar telah cuba menghubungi Menteri Pelajaran, iaitu Ahmad Pasya Lutfi tetapi beliau tidak ada. Saya pun kembali ke Ismailiah. Hafiz Wahbah meneruskan usahanya untuk menghubungi Menteri Pelajaran tetapi gagal. Halangan yang terbesar ialah Kerajaan Mesir tidak mengiktiraf Kerajaan Hijaz Saudi. Saya menulis surat kepada Hafiz Wahbah untuk mengetahui kemajuan yang telah dicapai olehnya. Dia membalas surat saya seperti berikut, ‘Assalamualaikum w.b.t. Saya telah menerima surat awak. Dukacita saya nyatakan bahawa Menteri Pelajaran telah menolak permohonan kita walaupun Menteri Luar telah memberi jaminan permohonan kita itu akan diterima. Namun begitu saya akan terus berusaha. Semoga Allah akan membantu kita. Terima kasih atas pertautan jiwa yang telah awak tunjukkan kepada saya.’ Segala usaha Hafiz Wahbah tidak membuahkan hasil. Saya tinggal di Ismailiah. Saya menemui salah seorang sahabat saya yang bernama Ibrahim Syoora untuk meneruskan usaha ini. Beliau berjaya dalam usahanya itu. Peristiwa tadi menunjukkan perbezaan yang ketara di antara dahulu dan sekarang. Kini, kerajaan Mesir sedang menghantar perwakilan dan guru-guru ke seluruh Dunia Arab. Di samping itu, Mesir juga mempunyai hubungan kebudayaan yang memuaskan dengan Dunia Arab. Rancangan dakwah dan penyebaran Kegiatan dakwah Islamiah ini mendapat perhatian dari Syeikh Al Maraghi dari Al Azhar di samping bantuan beberapa orang yang cintakan Islam. Mereka bertujuan menyebarkan ajaran ajaran dan kebudayaan Islam di kalangan masyarakat umum. Satu Jabatan Dakwah dan Penyebaran telah ditubuhkan. Jabatan itu ditubuhkan di Al Azhar dan dipengerusikan oleh seorang ulamak berwibawa yang bernama Syeikh Abdur-Rabba Miftah terpendam. Saya bertukar-tukar pendapat dengan para sahabat dan guru-guru yang bertanggungjawab di Al Azhar. Sahabat saya, Syeikh Abdul Hamid Askariya adalah di antara orang-orang yang pertama yang keluar menjalankan tugas Dakwah Islamiah. Dengan kehendak Allah, beliau dihantar bertugas di Ismailiah. Di Ismailiah, kami menyertainya untuk menjalankan usaha Dakwah Islamiah. Beliau terbukti mampu memberi kepimpinan yang baik di bidang ini. Pusat Ikhwanul Muslimin dan masjid mereka di Ismailiah Dalam satu mesyuarat khas Ikhwan, kami telah berbincang mengenai pemusatan dakwah Islamiah di kalangan penduduk Ismailiah. Perhatian khas perlu diberi kepada usaha ini kerana para pendakwah terdiri dari para pegawai kerajaan yang selalu saja ditukar dari satu tempat ke satu tempat. Salah seorang sahabat mencadangkan dibina sebuah pusat gerakan. Seorang sahabat lain pula mencadangkan dibina sebuah masjid di samping pusat gerakan tadi. Alasannya ialah Ismailiah kekurangan masjid. Lagi pun, orang awam lebih bersedia untuk membantu membina pusat tersebut dari segi material (kebendaan). Para anggota Ikhwan yang hadir berjumlah tidak lebih dari 20 orang. Mereka semua setuju dengan pendapat tersebut. Saya hanya berdiam diri sambil mendengar mereka bercakap. Kemudian mereka 113 meminta saya memberi pendapat. Saya memberitahu mereka, ‘Dari segi prinsipnya, pendapat ini baik. Tetapi dari segi perlaksanaannya, ada beberapa syarat tertentu yang perlu diteliti jika usaha ini hendak menjadi kenyataan. Pertama sekali, niat ianya dilakukan hanya untuk mencari keredhaan Allah sahaja. Yang kedua ialah kita semua mesti menyediakan diri kita untuk bekerja keras, bersabar dan bertolak ansur (bertoleransi). Perkara ini perlu dirahsiakan dan kita semua mestilah berusaha dengan ikhlas untuk mencapai cita-cita kita ini. Sepatutnya kita dahulu menjadi contoh di dalam kerja-kerja kebajikan (dan pengorbanan). jika niat awak semua ikhlas, berilah sumbangan sekurang kurangnya 50 junaih sebagai sedekah. Jumlah im perlu dikongsi oleh semua ahli Ikhwan yang hadir di dalam mesyuarat ini. Setiap ahli akan menyerahkan sumbangannya kepada Syed Afandi Abul Sa'ud di dalam masa seminggu dari tarikh ini. Jangan memberitahu rancangan ini kepada sesiapa pun. Perkara ini juga tidak boleh diberitahu di dalam sebarang perhimpunan khas dan umum. Kita akan bertemu semula pada malam hari seminggu dari sekarang. Jika awak semua dapat mengumpul jumlah tadi di dalam masa yang telah ditetapkan serta menjaga rahsia ini, maka Allah akan menolong kita menyempurnakan rancangan kita.’ Kami bertemu lagi pada malam yang telah ditetapkan dan memberi wang 50 junaih kepada Afandi Abdul Sa'ud. Ini merupakan permulaan yang baik dan melambangkan kesungguhan kami di dalam memperjuangkan Islam. Satu contoh Saya dapati salah seorang ahli Ikhwan, al-Asti Ali Abul A’1a selalu datang lewat setengah jam ke perjumpaan kami di waktu malam. Dia memberi alasan-alasan yang tidak berasas. Setelah menyiasat, saya mendapat tahu sebab sebenarnya. Dia memberitahu saya bahawa dia telah berjanji hendak memberi 150 Qursh kepada tabung kewangan Ikhwan. Dia tidak berwang. Oleh itu dia menjual basikalnya untuk mendapatkan wang itu. Kini dia terpaksa datang dari pejabatnya dengan menaiki bas nombor 6 yang meninggalkannya 6 kilometer dari bandar. Dia terpaksa berjalan kaki dari situ. Dia telah memberi wangnya itu kepada tabung Darul Ikhwan. Kesemua ahliahli Ikhwan yang lain tertarik dengan pengorbanan Asti Ali Abul A’la. Berikutan itu, mereka mengambil keputusan mengumpul wang untuk membeli basikal baru untuknya. Basikal itu dihadiahkan kepadanya sebagai menghargai pengorbanannya. Mencari sebidang tanah untuk tapak masjid Kami mengambil keputusan memberitahu masyarakat umum mengenai usaha yang sedang kami jalankan. Kami pun memulakan usaha untuk mencari sebidang tanah bagi mendirikan masjid yang telah dirancangkan itu. Akhirnya, kami mendapat tahu Haji Abdul Karim mempunyai sebidang tanah yang sesuai dengan kehendak kami. Beliau ialah seorang yang baik dan pemurah. Kami diberitahu beliau juga berniat hendak membina sebuah masjid di atas tanah tadi. Oleh itu, kami pun menghubunginya untuk berbincang perkara tadi. Dia gembira mendengar usaha yang sedang kami jalankan dan sanggup memenuhi permintaan kami. Perjanjian secara hitam putih pun dimeterai dan beliau pun menyerahkan hak milik tanah tadi kepada kami. Ini merupakan kejayaan kami yang pertama. Onak dan duri 114 Di setiap zaman dan di berbagai tempat, para pendakwah Islam terpaksa menghadapi para penentang dan musuh yang menghalang usaha dakwah Islamiahnya. Para penentang dan musuh ini berusaha bersungguh-sungguh untuk menggagalkan perjuangan Islam. Namun begitu, kebenaran tetap menang. Ini adalah sunnatullah (peraturan Allah). Firman Allah di dalam Al Quran yang bermaksud: “Sebagai suatu Sunnatullah1 yang telah ber laku sejak dahulu, kamu sekal- kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu.” (Al Fath : 23) Firman Allah lagi yang bermaksud: “Kerana kesombongan (mereka) di muka bumi dan kerana rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunnah (Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu.2 Maka sekali-kali kamu tidak (pula) akan mendapat pemindahan bagi sunnah Allah itu.” (Al-Faathir :43) Firman Allah yang lain yang bermaksud: "Dan seperti itulah, telah Kami adakan bagi tiap-tiap nabi, musuh dari orangorang yang berdosa. Dan cukuplah Tuhan Mu menjadi Pemberi petunjuk dan Penolong.” (Al-Furqan : 31) Firman Allah seterusnya yang bermaksud: “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitansyaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indahindah untuk menipu (manusia).3 Jikalau Tuhan Mu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. (Al- An'aam : 112) Dan Firman Allah lagi yang bermaksud: 1 Sunnatullah ialah hukum Allah yang telah ditetapkan-Nya. 2 Yang dimaksudkan dengan 'sunnah orang orang yang terdahulu' ialah turunnya seksa kepada orang- orang yang mendustakan rasul. 3 Maksudnya: syaitan-syaitan jenis jin dan jenis manusia berdaya upaya menipu manusia agar tidak beriman kepada Nabi. 115 “Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul pun dan tidak (pula) seorang nabi, melainkan apabila ia mempunyai sesuatu keinginan; syaitan pun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu; Allah menghilangkan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu; dan Allah menguatkan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (surah al Hajj : 52) Begitu jugalah nasib perjuangan Islam di Ismailiah. Sebaik saja orang ramai mula meminati ajaran Islam dan mendampingi para anggota Ikhwan, maka adalah segelintir manusia rakus yang merasa dengki. Mereka mula menyemai bibit permusuhan dan syak wasangka terhadap, kami dan usaha kami. Mereka mula menyemai bibit tuduhan terhadap pendakwah dan dakwah. Kadangkala mereka menuduh Al Ikhwan Muslimin sedang muncul sebagai mazhab yang kelima. Di ketika lain pula mereka menuduh para anggota Ikhwan sebagai pemuda-pemuda gila dan bangsat yang tidak tahu satu apa pun. Mereka juga menuduh kami sebagai penipu yang mengumpul wang untuk kepentingan diri kami. Begitulah tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada kami oleh golongan ini. Apabila mereka mendapat tahu Syeikh Ali Abdul Karim memberi sebidang tanah kepada kami untuk membina masjid, mereka pun mendatanginya dan menyusahkannya. Mereka berusaha sedaya upaya untuk mengubah fikiran Syeikh Ali Abdul Karim dengan cara mengumpat. Syeikh tersebut akhirnya berjaya dipengaruhi oleh mereka kerana dia adalah seorang yang lurus. Keadaan menjadi meruncing. Kami menyelesaikan masalah tersebut dengan menyerah kembali surat perjanjian tanah itu kepada Syeikh Ali Abdul Karim. Saya yakin kami akan berjaya kerana kami bertindak semata-mata kerana Allah dan kami yakin Dia pasti menolong kami. Golongan penentang tadi melancarkan usaha besar-besaran untuk menentang kami. Mereka memupuk sikap membenci kami. Tetapi kami tidak mempedulikan mereka. Kami terus berusaha menghilangkan syak wasangka yang ada di fikiran orang ramai yang tidak bersalah itu. Kami membentangkan kenyataan-kenyataan sebenar kepada orang ramai dan menyakinkan mereka melalui perbincanganperbincangan yang munasabah. Kami berjaya di dalam usaha kami dan derma pun datang mencurah-curah dari mereka. Semoga Allah memberi rahmat kepada Abdul Hamid Askariya dan menempatkannya di Syurga kerana beliau telah mengatasi kami semua. Dia telah berusaha dengan ikhlas dan menumpukan kebanyakan masanya untuk Dakwah Islamiah. Allah saja yang boleh memberi ganjaran yang setimpal dengan usahanya itu. Dia merupakan seorang yang berwibawa. Pada kebanyakan malam, beliau berjaga dari waktu Isya' sehingga waktu Subuh kerana beribadat. Beliau menjalankan dakwah Islamiah dari rumah ke rumah, kedai ke kedai dan juga di tempat tempat orang berhimpun, Dalam bulan Ramadhan, kerap kali dia terlupa untuk bersahur kerana terlalu sibuk dengan usaha dakwahnya. Ada seorang lagi orang yang berhati mulia. Namanya ialah Syeikh Muhammad Hussain Zamlot. Dia juga banyak membantu kami di segi tenaga dan kewangan. Dia menderma wang berjumlah 500 junaih kepada tabung gerakan. Waktu itu, dia belum lagi menjadi bendahari kami. Tindakannya ini telah membina keyakinan dan kelegaan di dalam hati para sahabat yang lain. Dia terus membina 116 keyakinan dan kelegaan di dalam hati para sahabat yang lain. Dia terus memberi bantuan sehingga rancangan kami sempurna. Usaha kami untuk mencari sebidang tanah sebagai tapak bangunan masjid diteruskan. Kami telah menemui sebidang tanah yang sesuai di hujung perkampungan Arab. Kami membeli tanah itu dan surat perjanjian ditandatangani oleh Muhammad Hussain dan Haji Hussain as-Souli bagi bagi pihak Ikhwanul Muslimin. Ketika itu, Ikhwanul Muslimin telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan dan perlembagaannya pun telah siap digubal. Ikhwanul Muslimin juga telah membentuk Lembaga Pengurus dan Majlis Tertingginya pada waktu itu. Penukaran Syeikh Abdul Hamid Askariya ke Syabrakhiyat Kegiatan para penentang kami berakhir apabila Syeikh Abdul Hamid Askariya telah ditukarkan ke Syabrakhiyat hasil dari aduan-aduan mereka kepada Pusat Dakwah Islamiah. Walau bagaimanapun, penukaran itu menguntungkan gerakan Islam. Hasil dari penukaran tersebut, sebuah cawangan Ikhwanul Muslimin telah dibuka di Syabrakhirat. Cawangan ini mencapai kemajuan pesat. Sebuah Madrasah Penghafalan Al-Quran telah ditubuhkan. Sebuah masjid dan bangunan besar telah dibina dan diserahkan kepada Yayasan Madrasah dan Masjid. Semoga Allah mencurahkan rahmat ke atas Syeikh Qasim Jaubad. Beliau menjadi orang kanan Syeikh Abdul Hamid Askariya di dalam usaha menyiapkan projek ta?i. Pada mulanya para anggota Ikhwan Ismailiah berasa tersinggung dengan pemergian Syeikh Abdul Hamid Askariya. Tetapi, tidak lama kemudian, Allah telah menampakkan hikmah di sebalik pemergian itu kepada setiap orang dari kami. Saya tidak lupa pada hari yang panas itu. Petang itu kami berada di hadapan rumah kami di 'Araisyiyyah. Kami duduk di bawah sebuah bangsal berteduh. Angin sepoi-sepoi bahasa menghembus lembut dan kami pun berbincang mengenai berbagai tajuk. Kami sedang membina mahligai harapan dan sedang mengambil keputusan untuk mencapainya. Perhimpunan ini menimbulkan satu perasaan yang telah sekian lama terpendam. Saya memberitahu Syeikh Abdul Hamid Askariya, ‘Ketenangan fikiran yang sedang saya alami sekarang ini belum pernah saya rasai sebelum ini. Pepatah yang berbunyi 'Apabila malam itu selesai, maka akan berlaku sesuatu yang merosakkannya' mencuit hati saya. Saya tidak memahami perkara yang sedang mengganggu fikiran saya di saat yang penuh ketenangan ini.' Syeikh Abdul Hamid cuba menenteramkan saya. Kemudian kami pun pergi ke Pusat Gerakan Ikhwanul Muslimin. Di situ, bertemulah kami dengan surat penukaran Syeikh Abdul Hamid Askariya. Kami hanya berpandangan antara satu sama lain tanpa berkata apa-apa. Kemudian kami berkata, ‘Apa yang berlaku memang betul. Penukaran ini akan menguntungkan gerakan Islam. Seorang Mu’min menjadi duta kebaikan ke mana saja dia pergi.’ Sebelum peristiwa di atas, Penyelidik Pusat Dakwah Islamiah, iaitu Syeikh Abdur-Rabbah Miftah telah datang menziarahi kami dan menginap dengan kami selama satu malam di rumah kami di Al-‘Araisyiyyah. Dia melihat setiap anggota Ikhwan mempunyai kunci untuk masuk ke rumah tersebut. Kebanyakan anggota Ikhwan membawa sarapan pagi untuk kami kerana kami tidak membuat persediaan itu. Dia tertarik hati dengan suasana persaudaraan dan kasih sayang yang ada pada ahli-ahli Ikhwan. Dengan penuh terharu, dia pun bertanya, ‘Apa yang awak telah 117 lakukan sehingga mereka begitu mesra dan berpadu sekali? Bagaimana awak boleh begitu berjaya membuat mereka berkasih sayang dengan sepenuh hati? Bagaimana awak boleh menarik hati mereka dengan daya pengasih?’ Saya memberitahunya bahawa pencapaian itu bukanlah kerana usaha saya. Ia merupakan keberkatan Allah Yang Maha Besar. Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan yang mempersatukan hati mereka (orang orang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Anfaal : 63) Cuti musim panas pun tiba. Sebahagian cuti tersebut saya habiskan di Kaherah dan sebahagian lagi di Mahmoodiyah. Saya kembali ke Ismailiah selepas cuti habis. Sebaik saja saya kembali ke Ismailiah, saya mendapat tahu bahawa para penentang kami sekali lagi mula mengancam kami mengenai rancangan pembinaan masjid yang belum lagi siap itu. Mereka membincangkan perkara tersebut di setiap kali perjumpaan yang mereka adakan. Saya juga telah mendengar karenah mereka. Saya tidak menjawab dan juga tidak mempedulikan kecaman mereka. Saya berpegang kepada dasar berikut dalam menghadapi masalah begini. Dasar ini telah banyak membantu saya dalam usaha dakwah saya. ‘Fitnah dan kepalsuan tidak boleh dihapuskan dengan cara jawapan atau dengan cara menimbulkan fitnah seumpama itu. Langkah yang benar dan membina terbukti berguna di dalam menghadapi kemungkaran. Langkah yang begitu, menarik perhatian orang dan mereka mula menghargainya. Dengan demikian, fitnah yang palsu dan tidak berasas akan diganti dengan kenyataan yang berasaskan kebenaran.’ Kami pun meneruskan usaha kami dengan berlandaskan dasar ini. Dengan bantuan para anggota Ikhwan, saya mula mengambil langkah yang lebih membina. Kami membeli batu sebanyak dua lori. Kami mengambil keputusan mengangkut batubatu itu sendiri dari pelabuhan ke kawasan tapak masjid. Kami terus melaksanakannya. Hari itu merupakan hari besar di dalam sejarah hidup orang-orang Ikhwan. Tindakan kami itu dipuji dan dipertuturkan oleh orang ramai. Mereka yakin pembinaan masjid telah bermula dengan semangat yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh. Mereka mula sedar bahawa tindakan kami bukanlah satu kesalahan. Mereka terharu dengan tindakan kami itu dan mula memberi derma. Kami pun mengumumkan tarikh upacara meletakkan batu asas masjid kepada orang ramai. Tarikhnya ialah 5 Muharram, 1348 Hijrah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Muhammad Afandi Sulaiman. Kami membeli tanah tapak masjid itu dari beliau. Beliau terlibat di rancangan pembinaan masjid tersebut dan harga tanah yang dimintanya itu sangat berpatutan. Dia memberi kami segala kemudahan untuk memiliki tanah tadi. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah memberi bantuan di setiap langkah perjuangan kami. 118 Perletakan batu asas masjid Kami menamakan masjid dan madarasah yang dirancanglcan itu 'Darul Ikhwan'. Tarikh upacara perletakan batu asasnya kian hampir. Satu mesyuarat para anggota Ikhwan telah diadakan. Mesyuarat tersebut memutuskan bahawa saya yang sepatutnya meletakkan batu asas tersebut. Saya memberitahu mereka bahawa jika saya melakukannya, tindakan saya itu tidak menguntunglcan rancangan tersebut. Para anggota Ikhwan pun mula berfikir calon yang sesuai dari kalangan pegawai tinggi kerajaan yang terkenal di bandar Ismailiah untuk tujuan tadi. Satu keadaan aneh pun wujud. Jika saya mencadanglcan sesuatu nama, sejumlah ahli ahli Ikhwan akan membantah dengan berkata, ‘Dia tidak cukup warak untuk terlibat di dalam rancangan ini dan juga tidak cukup kaya untuk memberi sumbangan kewangan.’ Sikap begini sudah biasa di kalangan ahli-ahli lkhwan. Kemudian mereka pun meminta pendapat saya. Saya menjawab, ‘Apakah pendapat awak jika saya mengesyorkan Syeikh Zamloot? Dia telah terlibat bersama kita sejak awal lagi dan dia juga telah memberi bantuan kebendaan. Dia adalah seorang yang benar dan bertakwa. Dia juga kaya. Awak semua boleh mendapat keberkatan Allah dan juga wang darinya.’ Kesemua anggota lkhwan menjawab serentak, ‘Itu adalah pilihan yang mengkagumkan’. Justeru itu kami pun bersetuju memilih Syeikh Zamloot sebagai orang yang akan meletakkan batu asas masjid. Pihak Ikhwan memasang sepanduk besar menyatakan tarikh upacara tersebut dan juga menjemput orang ramai dari semua lapisan masyarakat menghadirinya. Majlis upacara cara itu menjadi satu perhimpunan orang ramai yang sangat menarik hati, Syeikh Muhammad Hussain Zamloot tampil ke hadapan dan meletakkan batu asas masjid. Ini adalah satu pertanda baik. Para anggota Ikhwanul Muslimin pun mengisytiharkan bahawa masjid tersebut, insya Allah akan disiapkan sebelum berakhirnya bulan Ramadhan tahun itu. Penubuhan cawangan Ikhwanul Muslimin Syabrakhirat Syeikh Abdul Hamid Askariya bekerja keras menjalankan dakwah Islamiah di Syabrakhirat. Walaupun perpindahannya baru beberapa bulan sahaja, beliau telah berjaya menubuhkan cawangannya di Syabralkhirat. Bulan Muharram pun tiba dan orang ramai mula sibuk membuat persiapan menyambut peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w. Kami berpendapat inilah peluang dan ketika yang baik untuk merasmikan penubuhan Cawangan Ikhwanul Muslimin Syabrakhirat. Keputusan untuk membuka cawangan tersebut telah pun diambil. Para anggota Ikhwanul Muslimin Ismailiah menyediakan sebuah kereta dan Hasan Afandi Mustafa bertindak sebagai pemandu. Dengan bertawakkal kepada Allah, kami pun pergi ke Mahmoodiyah dan kemudian bertolak ke Syabrakhirat. Kami sampai ke Syabrakhirat pada waktu pagi. Para anggota Ikhwan Mahmoodiah tiba di dalam sebuah kereta lain. Kami semua menghadiri di dalam upacara pembukaan cawangan Ikhwan di situ. Selepas itu kami pun bertolak kembali ke Ismailiah. Perjalanan kami mengambil masa sepuluh jam untuk pergi dan sepuluh jam lagi untuk pulang. Kereta kami berjalan agak pantas juga. Perlindungan Allah 119 Dalam perjalanan pulang, kami sampai ke jambatan di Zafti pada pukul 2 pagi dan mendapati ianya ditutup. Hanya satu pilihan saja yang ada. laitu menyeberangi parit (taliair) Dahtoorah. Jalannya tidak elok dan bengkang-bengkok. Pemandu kami tidak biasa dengan jalan tersebut bahkan dia tidak pernah memandu kereta di atas jalan sekasar itu. Hari itu bertarikh 10 haribulan Hijrah. Cahaya bulan sedang memancar di permukaan air. Bumi kelihatan seolah-olah rata dan licin. Kami tidak tahu dengan tepat sama ada kami telah menyeberangi jambatan Dahtoorah atau pun kami menyangka kami telah berbuat demikian. Pemandu sedang sibuk memandu kereta. Kami semua duduk di dalam kereta tanpa merasa cemas. Tiba-tiba pemandu memberhentikan kereta dengan mendadak sehingga menakutkan kami semua. Ruparupanya kereta kami telah telajak ke atas satu permatang sempit yang menonjol ke dalarm taliair. Lebarnya permatang itu tidak lebih dari lebar kereta kami. Kami telah berada di dalam keadaan yang mencemaskan. Jika kami cuba keluar dari kereta, kami mungkin jatuh ke dalam air. Andainya pemandu cuba berpatah balik, dia mungkin tidak dapat mengawal keseimbangan kereta tadi dan ini boleh menyebabkan ia terjerumus ke dalam air. Depan kereta dengan permatang itu hanya hampir setengah meter sahaja. Beberapa orang anggota Ikhwan mulai cemas dan cuba bergerak dari tempat duduk mereka. Suasana begini memerlukan sikap berhati-hati. Keseimbangan kereta perlu dijaga. Suasana ini juga memerlukan pemikiran yang tenang. Kami berfikir apa yang akan terjadi. Saya senyum melihat keadaan ini dan meminta sahabat yang menjaga makanan memberi kami teh yang disimpannya. Nama sahabat kita itu ialah Mahmood Afandi Ja’fari, seorang yang baik, bijaksana, berhati mulia dan manis pertuturannya. Dia terkejut dan berkata, ‘Awak masih hendak berkelakar di dalam keadaan yang genting ini?’ Saya menjawab, ‘Saudara Mahmood, saya betul-betul inginkan teh dihidangkan kepada kami’. Dia pun menghidangkan teh yang dibawa di dalam flask (botol air panas). Kami meminum teh tadi dengan fikiran yang tenang walau pun nyawa kami terancam. Kami berasa tenang kerana kami yakin dengan pepatah: ‘Apabila Allah ingin menyelamatkan seseorang, maka sesiapa pun tidak boleh mengambil nyawanya.’ Sebaik saja semua orang telah tenang dan senyap, pemandu kereta kami, Hasan Yusuf telah menggerakkan kereta ke belakang perlahanlahan seperti kura-kura. Dia begitu berhati-hati sekali dan pandai mengawal dirinya. Dia menghadapi keadaan tegang itu selama setengah jam. Selepas itu, kami pun meneruskan perjalanan. Allah telah menyelamatkan kami dari keadaan yang merbahaya, Kami sampai di Ismailiah lebih kurang pukul 6.00 pagi. Kami dapati minyak petrol telah habis langsung. Allah saja yang tahu bagaimana kereta itu boleh berjalan. Saya bersyukur kepada Allah yang Maha Besar dengan sepenuh hati. Perisik Penyelidik Ketika di dalam perjalanan ini juga, kami telah singgah di Derab Najm. Terdapat banyak lorong yang serupa di hadapan kami. Kami tidak tahu jalan mana yang patut kami ikut. Kami berusaha mencari orang yang boleh menunjukkan arah jalan yang betul. Tetapi malangnya seorang pun tidak kelihatan. Akhirnya salah seorang sahabat yang bernama Koperal Muham mad Syalash teringat dia ada membawa wisel. Dia mengeluarkan wisel itu dan meniupnya. Salah seorang anggota polis muncul sambil berlari membawa senapang. Dia mendekati kami dan memberi tabik. Dia bertanya, ‘Siapakah awak semua ini?’ Muhammad 120 Syalash menjawab, ‘Kami semua dari Bahagian Perisik.’ Kemudian sambil berbisik di telinganya, Muhammad Syalash bertanya arah yang menjadi tujuan kami. Anggota polis tadi pun memberitahu arah jalan tersebut dengan penuh hormat. Kami meneruskan perjalanan mengikut arah yang betul. Saya bertanya Muhammad Syalash, ‘Mengapa awak berdusta?’ Sambil tersenyum dia menjawab, ‘Saya tidak berdusta. Tugas kita ialah untuk mencari kebenaran. Jika saya berkata perkara lain, dia akan menyuruh kita mengikutnya ke balai polis. Allah saja yang tahu layanan yang bakal kita terima dari Inspektor polis di situ. Dia mungkin menahan kita sehingga pagi dan kita pula kesuntukan masa.’ Ia merupakan satu jalan keluar yang aneh, dan menggelikan hati. Dituduh menentang kerajaan Kami telah mencapai kemajuan yang membanggakan di dalam usaha membina masjid. Bangunan masjid pun didirikan. Penentangan pun semakin kuat. Manusia rakus dari berbagai golongan terkumpul dan menjadi halangan kepada usaha kami. Mereka menggunakan berbagai cara untuk menyekat usaha kami. Apabila usaha mereka gagal, mereka pun membuat satu surat bangkangan yang mengandungi tandatanda sejumlah penduduk Ismailiah. Mereka menghantar surat itu kepada Perdana Menteri Mesir, Siddiq Basya. Surat itu mengandungi beberapa tuduhan seperti berikut: i) Hasan Al Banna adalah seorang komunis; ii) Dia mempunyai hubungan dengan Moscow; iii) Dia menerima bantuan kewangan dari situ (yakni Moscow); iv) Sekarang dia sedang membina sebuah masjid dan pusat gerakan; v) Dia sedang membelanjakan banyak wang untuk kegiatannya; vi) Dia tidak mengumpul derma dari orang ramai. Sumber kewangannya masih samar-samar; vii) Dia menyokong Parti Wafd; viii) Dia menjalankan kegiatan menentang kerajaan secara terbuka; ix) Dia mengeluarkan pendapat mengatakan pilihanraya sekarang tidak adil dan Perlembagaan 1930 membahayakan; x) Dia telah pergi ke Buheera untuk kegiatan menentang kerajaan. Di sana, dia telah menyampaikan ceramah di Kelab Buruh pada bulan Oktober, 1930. Tajuk ceramahnya ialah ‘Abu Bakar Siddiq’'. Dalam ceramahnya itu, dia mengatakan Abu Bakar telah dipilih secara terus menerus. Pemilihan Abu Bakar tidak berdasarkan dua peringkat. Oleh itu, pemilihan berdasar dua peringkat dianggapnya tidak sah. Dia juga telah memburukkan nama Raja Fuad. Dia telah memberi satu lagi ceramah dalam bulan Oktober, 1930. Tajuknya ialah ‘Umar bin Abdul Aziz’. Dia berkata, ‘Umar bin Abdul Aziz tidak niengambil satu sen pun dari Baitul Mal (Perbendaharaan Negara). Tetapi para pemimpin sekarang sedang merompak harta rakyat dengan cara yang salah.’ Waktu itu fahaman Komunis sedang merebak di Mesir. Perdana Menteri Siddiq Basya sedang berusaha sedaya upaya menghapuskannya. Di masa itu juga, seorang guru bernama Aqqad telah dipenjarakan kerana mengecam Raja Fuad. Empat orang guru lain telah dibuang kerja atas sebab yang sama. Para penentang tadi lupa bahawa Hassan Al Banna mengumpul derma dari orang ramai dan membelanjakannya untuk 121 membina masjid dan sekolah. Mereka tetap mengatakan sumber kewangan dan di mana wang itu dibelanjakan masih kabur. Menurut mereka, Hassan Al Banna telah melanggar peraturan sebab para pegawai kerajaan tidak dibenarkan mengutip derma. Terdapat sejumlah dua belas tuduhan yang palsu dan tidak berasas dalam surat mereka itu. Apabila saya membaca isi kandungan surat tersebut, fahamlah saya maksud ayat Al-Quran berikut: Maksudnya: “Wahai ahli kitab, mengapa kamu mengkufuri ayat-ayat Allah sedang kamu mengetahuinya?” (Ali-Imran: 70) Maksudnya lagi: “Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampuradukkan yang hak dengan yang batil1, dan menyembunyikan kebenaran2, pada hal kamu mengetahui?” (Ali-Imran: 71) Memang saya telah memberi dua ceramah dan tajuknya pun serupa seperti yang dinyatakan di dalam surat itu. Bahkan tempat dan tarikh pun betul tetapi tuduhannya palsu dan tidak berasas. Ia merupakan khayalan penulisnya yang sunyi dari kebenaran. Surat itu ialah satu komplot untuk menentang saya. Siasatan Pada suatu pagi, sedang saya berjalan ke bilik darjah untuk mengajar pada masa pertama dan kedua, saya dapati Pengetua Sekolah iaitu Ustaz Ahmad Abdul Hadi Sabiq sedang berdiri di dekat pejabatnya sambil memandang saya dengan cara yang aneh sekali. Saya mendekatinya dan memberi salam. Dia senyum sambil membalas salam saya. Daripada jawapannya, saya dapat mengagak dia sedang gelisah dan terganggu. Saya bertanya adakah semuanya baik. Dia menjawab baik tetapi saya tidak puas hati. Saya menyatakan kepadanya bahawa saya tidak puas hati dan dapat merasa ada sesuatu yang tidak kena. Akhirnya dia memberitahu bahawa tindakan mahkamah sedang diambil terhadap saya dan pihak sekolah telah dimarahi oleh kerajaan. Saya menjawab, ‘Bagaimana kita boleh disaman oleh Mahkamah Jenayah?’ Pengetua menjawab, ‘Menteri Pelajaran telah menerima sepucuk surat dari Perdana Menteri Mesir. Di dalam surat itu awak dituduh sebagai Komunis yang sedang menentang kerajaan sekarang. Awak juga dituduh menentang Raja, bahkan menentang seluruh dunia.’ Saya menjawab, ‘Itu saja. Puji-pujian bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Tuan, jika kami tidak bersalah, ingatlah firman Allah: Maksudnya: 1 Iaitu : menutupi firman-firman Allah yang termaktub di dalam Taurat dan Injil dengan perkataan-perkataan yang dibuat-buat mereka (ahli Kitab) sendiri. 2 Maksudnya : kebenaran tentang kenabian Nabi Muhammad s.a.w. yang tersebut di dalam Taurat dan Injil. 122 “Sesungguhnya Allah membela orang orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari ni'mat.” (Al Hajj: 38) ‘Jika jihad dan dakwah Islam yang kami jalankan bertujuan menipu rakyat, maka percayalah bahawa orang-orang yang menggunakan agama untuk menipu rakyat maka balasannya, ditentukan oleh mahkamah-mahkamah dan juga seksaan di Neraka. Hanya segelintir sahaja yang berbuat begitu. Awak janganlah berasa bimbang. Serahkan saja perkara ini kepada ketentuan Allah.’ ‘Saya yakin keputusan baik yang akan dicapai akan menyebelahi kita. Saya mohon diri kerana sebahagian dari masa telah berIalu dan ini bertentangan dengan peraturan sekolah. Saya tidak suka melanggarnya.’ Saya meninggalkan Pengetua tercegat di situ dan masuk ke dalam bilik darjah. Dia terkejut mendengar jawapan saya. Walau bagaimanapun saya merasa puas. Saya tahu aduan yang dibuat oleh pihak yang menentang saya itu tidak lebih dari satu tindakan kebudak-budakan dan ia akan dilemparkan ke dalam tong sampah. Pengetua sekolah telah diarah melakukan penyiasatan rapi mengenai tuduhantuduhan yang disebut di dalam surat Perdana Menteri tadi dengan menggunakan berbagai cara yang dia mampu. Dia terpaksa memeriksa tajuk-tajuk dan mata-mata pelajaran yang saya sediakan untuk mengajar di dalam bilik darjah. Pengetua juga diarah menyiasat perjalanan Ikhwanul Muslimin; tujuan dan matlamatnya dan juga kegiatannya. Dia diminta menghantar satu laporan lengkap mengenai diri dan perjuangan saya. Lantaran itu, Pengetua pun mula menjalankan penyiasatan tadi dengan bantuan segala bahan dan maklumat yang ada. Untuk menjalankan tugas ini, dia meminta kerjasama Hakim tempatan, Pendakwa Raya, Inspektor Polis dan Penolong Inspektor Polis. Dia juga mengumpul maklumat dari para pegawai yang telah ditukarkan ke tempat lain. Dia telah mengumpul kesemua maklumat yang ada dan menyediakan satu laporan lengkap. Satu salinan Perlembagaan Ikhwanul Muslimin yang mengandungi tujuan dan matlamatnya telah disertakan bersama laporan tersebut. Apabila Pengetua menyemak buku buku latihan para penuntut, dia dapati tajuk Imlak (latihan tulis) yang pertama ialari mengenai lawatan Raja Fuad ke Suez. Lawatan tersebut meliputi tempat-tempat di antara Pelabuhan Sa'id dan Suez. Di dalamnya mengandungi kata-kata pujian kepada Raja Fuad dan juga usaha yang dia lakukan untuk kebajikan rakyat. Pengetua menyertakan sebuah daripada buku latihan penuntut tadi bersama sama laporannya. Dia memberi perhatian berat kepada bukubuku latihan tadi kerana saya telah dituduh menjadi penyokong Parti Wafd. Pegawai kerajaan dilarang menyokong Parti Wafd. Dengan demikian, saya telah berpeluang kebenaran dan juga diri saya sendiri. Saksi Satu peristiwa ganjil telah berlaku. Kapten Hassan asy-Syarif an Nabayusi adalah seorang Pegawai Tinggi Polis Ismailiah. Dia berasa tersinggung apabila dia membandingkan laporan yang ditulisnya dengan tuduhan-tuduhan yang terkandung di dalam surat rasmi. Satu hari, seorang kerani bangsa asing Syarikat Terusan Suez 123 datang menemuinya dan bertanya, ‘Mengapa awak kelihatan tersinggung?’ Kapten Hassan pun menceritakan kesemuanya dengan terperinci kepada kerani tadi. Kerani tadi terpegun dan berkata, ‘Semua itu karut belaka. Saya sendiri melihat sikap Hassan Al Banna ketika Raja Fuad tiba di Ismailiah. Dia menyuruh para pekerja buruh pergi ke Askala untuk memberi sambutan hangat kepada Raja Fuad agar orang-orang asing dapat melihat betapa sayang dan hormatnya mereka kepada Raja mereka. Dengan cara itu, orang-orang asing akan lebih hormat kepada mereka.’ Kerani tadi juga sanggup memberi keterangannya itu secara bertulis di dalam bahasa Perancis. Saya percaya lelaki Perancis tadi telah memberi keterangannya secara bertulis yang disertakan bersama-sama laporan asal. Namanya mungkin Toufeeq Cruze yang masih ada lagi di Ismailiah hingga sekarang. Ada satu lagi peristiwa aneh. Ianya berupa sebuah laporan Pegawai Polis yang menjalankan penyiasatan terhadap diri saya. Laporan tersebut berbunyi demikian: 'Kerap kali saya dapati cara dan pendekatan rohani yang digunakan oleh Ikhwanul Muslimin ternyata berkesan apabila hukuman mahkamah gagal inemulihkan para penjenayah dari terus melakukan jenayah. Ramai para penjenayah telah pulih hasil dari usaha pertubuhan ini. Saya (yakni Pegawai Polis tersebut) mengesyorkan kepada Kerajaan supaya menggalakkan kegiatan Ikhwanul Muslimin dan membantu ia membuka cawangannya di seluruh negara. Hal ini akan membantu negara ini memelihara undang-undang dan keamanannya.’ Ketua Pengarah Pelajaran Mesir menjadi ahli Ikhwanul Muslimin Selepas penyiasatan yang rapi itu, satu laporan yang tebal telah disiapkan oleh Sekolah Rendah di Ismailiah dan dihantar ke Kementerian Pelajaran. Ali Mahir menjadi Menteri Pelajaran waktu itu. Selepas beberapa hari, Ketua Pengarah Pelajaran, iaitu Ali Bik Kailani telah datang melawat sekolah kami di Ismailiah. Dia memasuki kelas saya ketika saya sedang mengajar di masa kedua. Dia diiringi oleh Pengetua. Dia memerhati saya mengajar untuk beberapa ketika. Kemudian dia senyum dan bertanya kepada Pengetua, ‘Inikah guru yang bernama Hassan Al Banna itu?’ Pengetua menjawab, ‘Ya, dialah Hassan Al Banna yang menjalankan kegiatan tersembunyi itu.’ Kemudian keduanya pun beredar dari situ. Sebaik saja saya selesai mengajar, saya terus keluar dari kelas dan pergi ke bilik Pengetua. Ketua Pengarah Pelajaran sedang duduk di dalam bilik Pengetua. Saya menemuinya dan mengucap salam. Saya mendapat tahu dia bercadang hendak menginap di Ismailiah pada malam itu. Dia berkata kepada saya, ‘Encik Hassan Al Banna, surat ini sangat mengganggu kami. Perdana Menteri menghantar surat itu kepada Menteri Pelajaran dan Menteri Pelajaran pula menghantarnya kepada saya. Saya memberitahunya saya tidak ada kena mengena dengan orang yang dituduh Komunis dan pengacau itu, yang telah mengumpul beribu-ribu orang dan pengikut seperti yang disebutkan di dalam surat aduan tersebut. Berikutan itu, saya pun memberi surat itu kepada Penolong Ketua Pelajaran, iaitu AbdurRahim Bik Othmani. Dia datang menemui saya dan berkata, ‘Jika guru ini betul-betul melakukan kesalahan seperti yang disebut di dalam aduan itu, apakah layanan yang patut dia terima? Ini merupakan satu hal yang membahayakan. Mungkin ada beberapa rahsia di sebalik penyiasatan yang kita jalankan.’ 124 Lantaran itu, kami pun mula mengkaji kemungkinan tuduhan-tuduhan tadi palsu dan tidak berasas. Terdapat pertentangan di dalam kenyataan-kenyataan yang diberi. Hal ini mengukuhkan lagi pendapat bahawa tuduhan-tuduhan tadi palsu dan tidak berasas. Kami berpendapat adalah lebih selamat jika perkara tersebut diserahkan kepada Pengetua. Pengetua telah menghantar laporan yang lengkap dan memuaskan kepada kami. Walau bagaimanapun saya ingin melihat sendiri orang yang telah membuat heboh itu. Saya datang semata-mata untuk menziarahi awak sebagai lawatan peribadi. Janganlah menganggap kedatangan saya ini sebagai satu tugas atau siasatan rasmi. Saya hanya hendak melihat awak secara peribadi.’ Saya mengucap terima kasih kepada Ketua Pengarah Pelajaran atas sikap baik dan adilnya iu. Saya mengambil peluang memberitahunya, ‘Kata-kata tuan itu benar. Saya sangat bersyukur kerana tuan telah bersusah payah datang ke sini untuk melihat saya. Tuan sungguh baik hati. Sempena lawatan tuan ke sini, saya ingin mengambil kesempatan menjemput tuan melihat sendiri kerja-kerja pembinaan masjid dan perjalanan sekolah kami agar tuan mendapat gambaran jelas mengenai pertubuhan dan perjuangan kami.’ Ketua Pengarah Pelajaran berjanji hendak melawat tempat tersebut pada waktu tengahari. Pihak Ikhwanul Muslimin pun membuat persiapan. Kami pun menyediakan satu majlis jamuan minum teh di tengah-tengah bangunan untuk menyambut kedatangan Ketua Pengarah Pelajaran. Ketua Pengarah Pelajaran pun tiba pada waktu yang telah dijanjikan. Dia menyangka perjumpaan yang diaturkan ialah satu acara rasmi sahaja. Dia terkejut melihat majlis jamuan teh yang telah disediakan. Saya juga menjemput pegawai pegawai tinggi dan para penduduk Ismailiah yang terhormat. Saya juga menjemput para pengacau yang berkomplot menentang kami agar mereka melihat sendiri kegagalan rancangan buruk mereka. Perhimpunan itu adalah satu peristiwa yang sangat menggalakkan. Para penceramah (yakni ahli-ahli Ikhwan yang menuntut di sekolah Ikhwan) pun memberi pandangan mereka. Ketua Pengarah Pelajaran terpegun melihat keupayaan mereka memberi syarahan lebih-lebih lagi mereka ini terdiri dari tukang-tukang kayu, tukang-tukang kebun dan lain-lain kerja seumpama itu. Ali Bik Kailani tidak dapat menahan perasaan terharunya dan terus berkata, ‘Alangkah bagusnya. Saya telah menyaksikan sebuah sekolah yang aneh.’ Apabila acara ceramah telah selesai, tiba-tiba Ali Bik Kailani bangun, mengambil lencana Ikhwan dan melekatkannya di baju beliau. Waktu itu, lencana Ikhwan berwarna hijau dan bertulis perkataan, ‘Ikhwanul Muslimin’. Kemudian dia pun mengisytihar dengan penuh semangat bahawa dia telah menjadi ahli Ikhwanul Muslimin. Selepas itu dia pun berucap kepada para hadirin. Saya masih ingat sebahagian dari ucapannya yang ringkas itu: ‘Tidak ada apa lagi yang saya hendak katakan mengenai sekolah dan pertubuhan ini melainkan ianya merupakan sebuah sekolah yang unggul dan pemimpin pertubuhan ini pula adalah seorang yang penuh tandatanya. Mulai sekarang, saya isytihar diri saya sebagai ahli Ikhwanul Muslimin jika permohonan saya diterima. Dalam masa beberapa bulan lagi saya akan bersara. Andainya Allah memanjanglcan umur saya, saya akan menumpukan sepenuh masa saya untuk perjuangan Islam yang sedang dilancarkan oleh Ikhwanul Muslimin.’ Ali Bik Kailani seolah-olah dapat merasakan bahawa ajal sudah hampir. Tidak lama selepas beliau bersara, beliau pun meninggal dunia. Kami menganggap beliau sebagai salah seorang sahabat kami dan memasukkan 125 namanya ke dalam pertubuhan kami. Dia mati dengan niat untuk berjihad di jalan Allah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Dituduh menyebabkan perpecahan Seorang Kristian termasuk di kalangan mereka yang menghantar aduan mengenai kami. Tuduhan-tuduhannya ialah seperti berikut: i) Hassan Al Banna adalah pemimpin satu pertubuhan melampau ‘Ikhwanul Muslimin’; ii) Hassan Al Banna sengaja mengancam para penuntut Kristian dan juga tidak mempedulikan mereka ketika di dalam kelas. Dia tidak menghiraukan langsung pelajaran dan kebajikan mereka; iii) Hassan Al Banna cuba mewujudkan jurang antara para penuntut Islam dan para penuntut Kristian yang belajar di dalam kelasnya; iv) Hassan Al Banna mengutamakan para penuntut Islam dalam berbagai segi. Orang Kristian itu juga mengingatkan bahawa jika Jabatan Pelajaran tidak mempedulikan aduan tadi dan bertindak untuk tidak memindahkan Hassan Al Banna dari Ismailiah, maka perkara itu akan menjadi lebih teruk lagi. Sebaik saja Pengetua menerima surat aduan tadi, berita aduan itu pun merebak ke seluruh Ismailiah dengan pantas sekali. Para penduduk Kristian di Ismailiah berasa tersinggung dengan berita itu. Mereka mengutuk tindakan (aduan-aduan itu tadi). Satu perwakilan Kristian yang dipimpin oleh Paderi Besar Gereja Ortodoks datang ke sekolah kami untuk menyatakan bantahan. Berikutan itu, Yang Di Pertua Persatuan Gereja, iaitu Reverend George Suriyal Affandi; Yang Di Pertua Persatuan Kebajikan Kristian, iaitu Encik Ya’aqub Affandi; seorang pegawai tinggi kerajaan, iaitu Encik Fahmi Afandi Atiya dan lain-lain orang Kristian ternama, termasuklah lelaki dan wanita, telah menghantar surat-surat bantahan kepada orang Kristian yang membuat tuduhan-tuduhan tadi. Mereka menganggap orang Kristian tadi cuba memperburukkan masyarakat Kristian dengan membuat tuduhan-tuduhan palsu dan tidak berasas terhadap Hassan Al Banna, seorang guru yang terhormat. Pengetua juga menerima surat-surat bantahan dari pertubuhan pertubuhan Kristian Mesir yang lain (yakni membantah tindakan orang Kristian tadi). Pengetua mengumpul kesemua surat-surat bantahan tadi dan menyertakan bersama dengan laporan yang telah disusunnya. Dia juga menulis, ‘Saya meminta pihak Kementerian Pelajaran janganlah membebankan kami dengan aduanaduan yang tidak berasas (yakni kabur). Saya menasihat pihak Kementerian Pelajaran supaya menjalankan siasatan melalui sumber-sumbernya sendiri kerana jelas sekali aduan-aduan ini tidak benar dan merupakan satu komplot.’ Pembukaan masjid Dengan izin Allah, sebelum tiba bulan Ramadhan 1348, masjid kami pun siap dibina walaupun terpaksa menghadapi berbagai halangan. Masjid itu dibuka dengan rasminya pada waktu Isyak, 17, Ramadhan, 1348, mengambil sempena malam berlakunya Perang Badar. Malam itu juga merupakan malam Al Quran diturunkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Allah berfirman di dalam Al Quran (8:41) Maksudnya: 126 “Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu perolehi sebagai rampasan perang1, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang orang miskin dan ibnu Sabil2, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa3 yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) di hari Furqan4, iaitu di hari bertemunya dua pasukan. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al Anfaal : 41) Menurut Al Quran, hari tersebut dikenali sebagai ‘Yaumul Furqan’, iaitu Hari Al Quran dan juga hari pertemuan untuk semua. Acara perasmian masjid itu berjalan di dalam satu perhimpunan yang besar. Para anggota Ikhwan Islamiah dan Syabrakhirat telah dijemput menghadiri majlis tersebut. Kesemua anggota Ikhwan sepakat di dalam keputusan mereka untuk meminta saya menjadi Imam solah berjemaah pertama di masjid itu. Mereka juga mendesak saya merasmikan masjid itu agar orang-orang yang berniat buruk akan patah semangat. Syeikh Ahmad Al-Sakri, iaitu pemimpin Ikhwan Mahmoodiah telah memeranjatkan semua orang. Dia tampil ke hadapan, memotong tali dan mengisytiharkan pembukaan rasmi masjid tersebut. Dengan cara itu, dia telah menyekat golongan yang tamak dan pentingkan diri dari mengambil kesempatan di dalam majlis itu. Tindakannya itu merupakan pukulan hebat kepada anasir-anasir tadi. Sebenarnya, Syeikh Ahmad layak menerima penghormatan itu. Saya juga memeranjatkan para hadirin dengan menolak Abdul Hamid Askariya ke depan untuk menjadi Imam solah Isyak yang pertama di masjid itu. Dia sesuai menjadi Imam kerana sumbangannya dalam menyempurnakan pembinaan masjid itu. Begitulah caranya kami menyatakan rasa terima kasih kami kepada beliau. Acara perasmian masjid itu berjalan dengan jayanya. Pembinaan masjid itu membawa berkat kepada Ismailiah kerana ia telah menggalakkan pembinaan masjid-masjid lain di bandaraya itu. Di hujung bandar memerlukan sebuah masjid. Orang-orang lain pun berminat hendak membina masjid seperti yang dilakukan oleh Ikhwan. Sebuah lagi masjid yang diberi nama Masjid Al Haj Yusuff telah siap di bina dan kami dijemput ke hari perasmiannya. Hari itu ialah hari Jumaat. Kami menunaikan solah Jumaat di Masjid Al Haj Yusuff dan solah Isya' pula kami tunaikan di masjid Ikhwan. Dengan demikian, kami telah beruntung dua kali ganda. 1 Yang dimaksudkan dengan rampasan perang (ghanimah) ialah harta yang diperolehi dari orang orang kafir dengan meialui pertempuran sedang yang diperolehi tidak dengan pertempuran dinamakan ‘fai-I’ Pembahagian yang tersebut di dalam ayat ini ialah yang berhubung dengan ghanimah saja. 2 Maksudnya: sepertimana dari ghanimah itu dibahagikan kepada a. Allah dan Rasul-Nya; b. Kerabat Rasul (Banu Hasyim dan Banu Muthalib); c. Anak yatim; d. Orang miskin; e. Ibnus-Sabil. Empat perlima dari ghanimah dibahagikan kepada mereka yang ikut bertempur. 3 Yang dimaksudkan dengan ‘apa’ ialah: ayat-ayat AI Quran, Malaikat dan pertolongan. 4 Furqan ialah: pemisah antara yang hak dan yang batil. Yang dimaksudkan dengan ‘hari Al Furqan’ ialah hari jelasnya kemenangan orang Islam dan kekalahan orang kafir, iaitu hari bertemunya dua pasukan di Perang Badar, pada hari Jumaat, 17 Ramadhan, tahun dua Hijah. Sebahagian mufassirin berpendapat bahawa ayat ini mengisyaratkan kepada hari permulaan turunnya Al Quraanul Karim pada malam 17 Ramadhan. 127 Hal ini telah membangkitkan rasa ingin menderma (menyumbangkan bantuan) kepada Haji Yusuff dan keluarga Farraj yang terdiri dari kalangan orang-orang yang mulia di Ismailiah dan juga di 'Araisyiyyah untuk membina sebuah lagi masjid di hujung negeri yang memang memerlukannya. Mereka berlumba-lumba dalam pembinaan masjid ini dengan anggota Ikhwan. Dengan itu sempurnalah pembinaan dua buah masjid dalam hari yang sama. Kami telah dijemput untuk merasmikan pembukaan masjid Haji Yusuf r.a. Mereka meminta kami merasmikan pembukaan masjid itu sebelum pembukaan masjid Ikhwan. Sebagai langkah yang baik berikutan pula hari itu ialah hari Jumaat, kami mengambil keputusan untuk sembahyang Jumaat di masjid Haji Yusuf dan sembahyang Isyak di Masjid Ikhwan. Dengan itu kedua-dua masjid tersebut telah dirasmikan pada hari yang sama. Begitu juga dengan Al Haj Muhammad Jadullah adalah seorang yang soleh di Ismailiah. Dia sangat terpengaruh dengan kami. Dia telah mengambil keputusan untuk membina sebuah masjid yang ketiga di kawasannya yang mengambil sempena namanya. Kawasannya itu memang memerlukan sebuah lagi masjid. Maka masjid ketiga pun siap dibina. Al Haj Mustafa telah pun membina sebuah masjid di 'Uraisyiyyah. Dia berazam hendak memperluaskan masjid yang dibinanya itu. Dia menambah lagi sekeping tanah yang luas dikawasan masjid itu dan menjadikannya lebih selesa lagi. Dengan demikian, Ikhwan telah meneroka pembinaan masjid di Ismailiah. Lawatan Perdana Menteri Sidqi Pasya ke Seena Ketika inilah Perdana Menteri, Sidqi Pasya memulakan lawatannya ke Seena. Dia dijangka melalui Ismailiah. Lantaran itu, jentera kerajaan di Ismailiah pun sibuk memulakan persiapan untuk memberi sambutan hangat kepada Perdana Menteri. Sejumlah besar orang ramai telah berkumpul di stesen keretapi untuk menyambutnya. Mula-mula sekali, Penolong Pesuruhjaya datang melawat stesen. Dia diikuti pula oleh Tuan Hakim (Majistret). Mereka terpinga-pinga mencari orang yang boleh menyampaikan ucapan aluan kepada Perdana Menteri. Ada beberapa orang tertentu mencadangkan nama saya. Mereka pun mengumumkan bahawa, Hassan Al Banna, seorang pegawai kerajaan, akan menyambut kedatangan tetamu penting itu. Saya pun dipanggil ke pejabat. Sabir Bik Tantawi, seorang hakim telah bercakap dengan saya mengenai perkara itu. Para pegawai polis dan lain-lain pegawai kerajaan telah menyokong pemilihan saya sebagai orang yang akan menyampaikan ucapan aluan. Saya sangat marah dengan gelagat mereka. Saya memberitahu mereka saya akan meletakkan jawatan serta merta dari perkhidmatan kerajaan jika mereka menyangka seorang pegawai kerajaan adalah boneka yang boleh disuruh melakukan apa saja yang mereka mahu. Saya memberitahu mereka saya adalah tuan kepada diri saya sendiri dan sesiapa pun tidak boleh merampas kebebasan itu dari saya walaupun ianya Kementerian Pelajaran mahupun yang lain kecuali Allah (penterjemah). Perjanjian saya dengan Kementerian Pelajaran hanya berkaitan dengan pendidikan dan 128 pengajaran, tidak ada padanya kenyataan ucapan kepada ketua-ketua kerajaan. Inilah intisari perbincangan saya dengan pegawai-pegawai berkenaan. Akhimya mereka terpaksa mencari orang lain yang lebih sesuai untuk tugas itu. Syarikat Terusan Suez bersikap pemurah Tabung kewangan Ikhwan hampir habis sebelum masjid dapat disiapkan. Di samping itu, kesemuanya di bawah satu perencanaan. Satu hari, Pengarah Syarikat Terusan Suez (terdapat namanya dalam buku Arab) melewati kawasan pembinaan tersebut bersama-sama. Setiausahanya (namanya). Dia ternampak pembinaan tadi dan mula bertanya kepada mereka yang bertanggungjawab. Waktu itu saya berada di sekolah. Seorang pekerja Syarikat Terusan Suez datang menemui saya lantas menyatakan keinginan pengarahnya untuk berjumpa saya di pejabatnya. Justeru itu, saya pun pergi menemuinya. Kami berbual dengan bantuan seorang juru bahasa. Dalam perbualan itu, dia menyatakan hasratnya untuk memberi bantuan setelah dia melihat pembinaan masjid itu tadi. Dia juga meminta plan masjid dan lain-lain butir berkenaan. Saya mengucapkan terima kasih kepadanya dan terus pulang. Saya pun menghantar plan masjid dan lain-lain butir berkenaan. Selepas banyak bulan berlalu, saya hampir lupa kepada janji pengarah tadi. Pada satu hari saya dipanggilnya. Setibanya saya di tempatnya, dia memberitahu Syarikat Terusan Suez sanggup memberi wang sejumlah 500 junaih untuk membiayai pembinaan masjid tadi. Saya mengucapkan terima kasih kepadanya dan memberitahunya jumlah wang itu sangat sedikit. Saya tidak menyangka sebuah syarikat yang terkenal seperti itu memberi wang yang sangat sedikit. Saya mendapat tahu sebuah gereja yang cantik sedang dibina oleh Syarikat tersebut dengan pembiayaan sebanyak 500,000 junaih sedangkan jumlah wang yang ditawarkan untuk masjid hanyalah 500 junaih sahaja. Dia bersetuju dengan pendapat saya tetapi hakikatnya Syarikat tersebut memberi peruntukan sebanyak itu saja. Pengarah itu meminta saya menerima sumbangan wang tadi dan berjanji hendak meminta peruntukan yang lebih daripada Syarikatnya. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepadanya dan memberitahunya, ‘Saya tidak boleh menerima wang itu. Orang yang boleh menerima wang itu ialah Bendahari kami, iaitu Syeikh Muhammad Hussain Zamloot. Saya akan memberitahunya mengenai wang sumbangan itu dan beliau akan mengambil wang itu dari awak.’ Syeikh Muhammad Hussain Zamloot mengambil wang itu dari Syarikat Terusan Suez. Semenjak itu, pengarah tadi tidak lagi memberi sebarang sumbangan dan kami pun tidak meminta wang darinya. Fahaman palsu Apabila orang orang yang tamak mendengar berita kami menerima wang dari Syarikat Terusan Suez, mereka pun mula menyebarkan khabar angin mengatakan Ikhwan sedang membina sebuah masjid dengan wang orang-orang bukan Islam. Banyak fatwa fatwa palsu diberikan untuk mengukuhkan khabar angin yang telah disebarkan. Mereka menyoal, ‘Bolehkah solah dilakukan di dalam masjid yang dibina dengan wang orang-orang bukan Islam?’ Kami berusaha sedaya upaya menerangkan kepada orang ramai bahawa khabar angin itu palsu dan tidak berasas. Kami memberi alasan bahawa kekayaan syarikat itu adalah kepunyaan kita. Wang itu adalah kepunyaan kita dan bukannya milik mereka. Saya memberitahu mereka bahawa kesemuanya, termasuk Syarikat itu, laut dan lain-lain lagi ialah kepunyaan kita. 129 Orang-orang bukan Islam ini ialah perampas dan perompak. Mereka berupaya memerintah kita lantaran kelalaian kita sendiri. Dengan keberkatan Allah, masjid itu siap dibina tanpa menggunakan wang orang-orang bukan Islam. Wang orang-orang bukan Islam digunakan untuk membiayai pembinaan Pusat Gerakan Ikhwanul Muslimin. Allah berkuasa ke atas segala-galanya. Dengan demikian, berakhirlah masalah yang diwujudkan oleh golongan yang mementingkan diri itu. Golongan ulamak yang berfikiran sempit selalu mencipta masalah yang sedemikian rupa. Pusat Pengajian Islam Dengan izin Allah, bangunan sekolah dibina di atas masjid. Saya masih ingat pelajaran yang berkaitan teladan yang baik di sekitar tarbiyyah dan murabbi (pendidik). Saya sangat kenal dengan pendapat dan cara-acara mendidik beberapa orang pendidik Barat seperti Beethoven, Pestalozy, Herbart dan lain lain. Namun begitu, saya tidak menurut pendapat mereka secara membuta tuli. Sebaliknya saya mengubahsuaikan pendapat dan cara-cara mereka itu menurut acuan Islam. Sebaik saja bangunan sekolah siap, kami memberinya sebuah nama Islam iaitu ‘Maahad Hira`al Islami’. Kami mengenakan satu pakaian seragam khas untuk para penuntutnya. Pakaian seragam itu terdiri dari baju gamis (baju tup) labuh dan kot yang dibuat dari bahan tempatan, sebuah kopiah putih serta sepasang sepatu. Jadual waktu sekolah itu berbeza dari sekolah-sekolah lain. Ada peruntukan waktu untuk menunaikan solah di dalam jadual waktu tersebut. Waktu belajar bermula awal pagi dan berakhir sebelum solah Zohor. Kemudian semua penuntut dikehendaki menunaikan solah Zohor secara berjemaah di masjid. Selepas itu mereka pulang ke rumah dan kembali semula ke sekolah selepas makan tengahari untuk menunaikan solah Asar secara berjemaah. Susunan pengajian (silibus) terbahagi kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama menepati sistem pelajaran sekolah-sekolah rendah. Penuntut kumpulan ini disediakan untuk memasuki Al-Azhar dan lain-lain pusat pengajian agama. Para penuntut kumpulan kedua menjalani corak pengajian yang serupa dengan yang pertama tadi untuk separuh hari. Waktu yang separuh hari lagi dihabiskan untuk pelajaran yang berkaitan dengan pertukangan (perindustrian atau vokasional). Selepas makan tengahari, para penuntut kumpulan ini dihantar ke bengkel-bengkel dan kilangkilang Ikhwanul Muslimin untuk menjalani latihan amali. Para pemilik bengkelbengkel dan kilang kilang itu adalah ahli-ahli Ikhwan yang telah menyatakan kesediaan mereka untuk melatih para penuntut tadi. Hanya Sekolah Islam Hira yang menyediakan kemudahan khas ini. Kumpulan ketiga pula menjalani corak pengajian yang berdasarkan sistem pelajaran rendah pihak kerajaan. Para penuntut ini diberi persediaan untuk mengikuti pelajaran menengah dan pelajaran yang lebih tinggi. Para penuntut ini semua dikenakan yuran yang bersesuaian. Mereka tidak pernah diberi bebanan yang lebih (dari kemampuan mereka). Mereka diberi biasiswa menurut kadar peratus keluarga-keluarga miskin yang ada. Mereka diajar oleh guru-guru dan jurulatih-jurulatih yang berkelayakan tinggi. Tenaga pengajar ini semua menguasai mata-mata pelajaran yang mereka sampaikan. Kami melaksanakan tugas kami dengan ikhlas dan cekap dan Allah telah membantu kami. Orang ramai mula tertarik dengan Sekolah Islam Hira. Kami 130 menggunakan cara-cara moden untuk mengajar para penuntut. Kebanyakan pelajaran diberi kepada para penuntut di taman-taman indah. Pengenalan huruf dan Ilmu Hisab diajar dengan menggunakan tanah, batu dan model-model kertas. Para penuntut diberi kebebasan sepenuhnya untuk menyuarakan pendapat atau bertanya mana-mana guru untuk menyelesaikan sebarang masalah yang mereka hadapi. Terdapat penyelarasan (atau kerjasama) sepenuhnya di antara pihak sekolah dengan keluarga para penuntut; dan juga di antara para penuntut dengan guru-guru. Ramailah para belia Ismailiah hari ini masih tidak dapat melupakan kebaikan di sekolah ini. Mereka juga tetap mengenangi kasih sayang yang wujud di kalangan para penuntut dan guru-guru. Setelah saya meninggalkan Ismailiah, kedudukan Ma’ahad Hira' al Islami yang dijadikan contoh itu telah diturunkan ke taraf sekolah rendah biasa. Kementerian Pelajaran tidak memberi galakan; sebaliknya tentangan yang diberinya. Akhirnya ia menjadi sekolah rendah biasa. Sebab utama Sekolah Islam Hira' gagal mempertahankan kedudukannya ialah kekurangan guru-guru yang sanggup bekerja dengan semangat perjuangan Islam dan di samping itu sanggup mengorbankan masa serta wang ringgit mereka. Setiap kali saya ada masa lapang, saya akan menyampaikan ceramah di Sekolah Islam Hira. Guru-guru pun turut hadir mendengar ceramah itu. Saya memimpin para guru di dalam dan di luar kelas dan juga membantu mereka membuat persediaan mengajar. Kadangkala saya turut mengiringi para guru dan penuntutpenuntut yang melawat taman-taman kerana tujuan pembelajaran mereka. Saya bersama-sama mereka lebih 2 jam setelah selesai mengajar sehingga hampir waktu Maghrib. Para penuntut tersebut berpeluang bergerak bebas dan bertanya apa saja soalan yang mereka suka. Hal ini memberi mereka hiburan dan juga pelajaran. Masa saya tidak sia-sia dan ianya habis di dalam suasana riang. Hubungan saya dengan para penuntut begitu baik sekali sehingga saya mengenali sungguh keadaan mereka dan keluarga mereka. Saya mengasihi mereka seperti anak-anak saya sendiri. Mereka pula menghormati saya seperti ibu bapa mereka atau abang mereka sendiri. Saya juga menggesa para guru supaya bersikap sedemikian lunak terhadap para penuntut. Saya mengingatkan mereka bahawa mereka adalah para pendakwah Islam dalam generasi muda, patut sekali mereka mencorakkan hidup mereka dan melaksanakan kewajipan mereka menurut dasar-dasar Islam. Ramai dari mereka memiliki semangat yang begitu. Ada juga yang gagal memahami saya. Masyarakat kita memerlukan orang orang yang boleh berkhidmat untuk rakyat dengan sepenuh hati. Kita kekurangan guru guru yang boleh bekerja tanpa tekanan dan rasa takut. Namun begitu, segala-galanya berada dibawah kekuasaan Allah. Dia boleh mengubah hati manusia mengikut kehendak-Nya. Syeikh Muhammad Sa’id Al 'Urfi Orang yang mencadang nama ‘Sekolah Islam Hira’ adalah scorang sahabat yang alim dan berwibawa. Beliau bernama Syeikh Muhammad Sa’id Al ‘Urfi, seorang ulamak ahli parlimen Syria dari Deer-az-Zoor. Dia menentang kekejaman dan penjajahan Perancis. Lantaran itu, pihak Perancis telah merampas harta benda dan perpustakaannya dan dia juga dibuang negeri. Dia datang ke Mesir dan menetap di Kaherah. Dia menyewa sebuah bilik di jalan Ibni Yunus dan menamakannya ‘Qasri al-‘Ali. Kami bertemu secara kebetulan. Saya dapati dia bersifat ikhlas, amanah, 131 berfikiran luas dan berbagai sifat mulia yang lain. Di samping itu, dia juga seorang doktor, askar dan Muslim yang bertakwa. Beliau menuntut ilmu agama dari seorang ulamak besar Syria dan kemudian memasuki tentera Turki. Kedudukannya di dalam tentera Turki meningkat ke peringkat pegawai. Beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Bahagian Perubatan Tentera Turki. Hal ini telah membolehkannya mempelajari ilmu perubatan (yakni Sains Perubatan). Syeikh Muhammad Sa’id al Urfi pandai menembak. Dia boleh menembak menembusi sepuluh sasaran dengan hanya menggunakan sepuluh butir peluru. Dia juga ahli sejarah dan sasterawan. Dia mampu menulis karangan dan juga sajak. Beliau juga pandai dalam falsafah dan berbicara. Dalam pada itu, dia juga bijak mematah hujah orang. Saya beruntung banyak dapat bergaul dengannya. Apabila beliau melawat Ismailiah, dia menghabiskan masa berhari-hari bersama-sama dengan kami. Hari-hari tersebut ialah hari-hari yang paling baik dalam hidup saya. Sebaik saja Syeikh Urfi mengetahui rancangan kami hendak membina sebuah sekolah dan sedang memikirkan nama yang sesuai untuk sekolah tersebut, dia pun berkata, ‘Ismailiah ialah sebuah pusat gerakan Islam. Sekolah ini ialah sekolah pertama yang diasaskan oleh para anggota dakwah. Dakwah ini ialah dakwah Quran. Al Quran diturunkan buat pertama kalinya di Gua Hira. Oleh itu, sekolah ini patut diberi nama ‘Sekolah Islam Hira’.’Cadangannya itu diterima dan sekolah itu pun diberi nama tersebut. Setiap malam, Syeikh Urfi tidur hanya empat jam. Dia bangun awal dan mengetuk pintu-pintu bilik kami sambil berteriak, ‘Bangunlah. Awak akan tidur lama di akhir hayat nanti. Kita mesti bangun dan sujud di hadapan Allah; memuji-Nya dan mengucap syukur kepada-Nya atas segala ganjaran yang Dia kurniakan kepada kita.’ Syeikh Urfi pernah berkata, ‘Panggillah sahabat-sahabat awak dengan nama dan gelaran. Katakanlah kepada mereka bahawa mereka memiliki sifat-sifat Abu Bakar. Kepada setengah sahabat-sahabat yang lain pula, katakanlah mereka mempunyai sifatsifat Umar al Khattab. Sikap ini akan mendorong mereka kepada ketakwaan dan juga menyemai sifat-sifat yang mulia di dalam kehidupan mereka.’ Saya memberitahunya, ‘Jika kami mengamalkan cara ini, orang ramai akan mengancam kami.’ Dia menjawab, ‘Awak tidak ada kena mengena dengan orang ramai. Awak adalah hambahamba Allah. Oleh itu, lakukanlah apa saja yang baik. Awak boleh namakan pusat pengajian awak itu ‘Sekolah Lelaki Hira’, ‘Sekolah Perempuan Ummat-ul- Mu’minin’, ‘Kelab Khandaq’ dan lain-lain nama lagi. Dengan cara itu, awak akan menghidupkan kembali sejarah Islam yang lampau.’ Dia juga selalu berkata, ‘Tidak ada bahaya menerima masuk ke dalam pertubuhan kita, orang-orang yang masih lalai dalam solahnya dan masih melakukan dosa-dosa kecil dengan syarat mereka adalah orang-orang yang takutkan Allah dan bersedia untuk mematuhi undang-undang serta peraturan pertubuhan. Orang seperti ini akan meningkat maju dan menjadi patuh. Risalah kita ialah umpama sebuah Pusat Perubatan di mana pesakit datang menemui doktor untuk mendapat rawatan. Janganlah kita menutup pintu terhadap mereka ini. Berusahalah membawa dan menarik mereka kepada kita (yakni risalah kita - penterjemah). Ini patut menjadi tugas utama pertubuhan awak. Namun begitu, ada dua golongan manusia yang patut dijauhi. Yang pertama ialah golongan mulhid (atheis) yang tidak beragama itu. Mereka ini susah hendak diperbetulkan kerana mereka sangat berjauhan dari keimanan kepada Allah. Awak tidak mendapat sebarang kebaikan dari mereka. Yang kedua pula ialah orang-orang yang baik tetapi tidak dapat memelihara tatatertib pertubuhan (atau 132 peraturan pertubuhan) dan tidak memberi kepatuhan. Orang-orang ini boleh menyebabkan tatatertib pertubuhan menjadi kucar-kacir. Orang-orang ini boleh mempengaruhi ahli-ahli pertubuhan dan juga boleh membawa keretakan kepada mereka. Mereka boleh bekerja untuk pertubuhan sebagai orang luar. Jika awak memasukkan mereka ke dalam pertubuhan, maka pertubuhan awak akan menjadi kelam kabut. Ada ketikanya, kemasukan orang orang tertentu ke dalam pertubuhan dianggap sebagai kelemahan di pihak pertubuhan. Oleh itu, orang-orang begini tidak boleh diterima masuk ke dalam pertubuhan.’ Syeikh Urfi juga berkata, ‘Para ulamak meraba-raba di dalam alam pemikiran. Hanya Iman saja merupakan jelmaan kebenaran. Orang-orang Mu’min akan mencapai kejayaan walaupun mereka lemah di segi kebendaan, jika Iman mereka teguh. Mereka yang lemah Iman akan kalah (rugi) walaupun mereka kuat di segi lahiriah dan kebendaan. Justeru itu, Iman ialah senjata yang paling kuat (ampuh) untuk menghadapi perjuangan hidup.’ Dia juga selalu menyebut, 'Setiap benda ada kebangkitan (kenaikan) dan kejatuhannya. Saya sendiri pernah mengalaminya. Apabila manusia itu bernasib baik, segala-galanya menurut kemahuannya. Bahkan seorang perompak pun akan datang dan menundukkan kepalanya. Tetapi, apabila nasibnya telah berubah kepada buruk, maka setiap orang akan berpaling darinya (yakni tidak mempedulikannya). Saya telah datang ke Mesir sebanyak dua kali. Kali pertama saya datang ke Mesir, saya adalah seorang ulamak terkemuka dan diiktiraf di negara saya. Orang-orang terhormat bandaraya awak telah mengalu-alukan kedatangan saya di stesen. Kali kedua saya melawat bandaraya awak, saya hanyalah seorang manusia biasa bernama Muhammad Sa’id al ‘Urfi. Kedatangan saya tidak disambut lagi kerana saya telah menjadi orang buangan kerajaan Perancis dan telah hilang segala pangkat dan kedudukan. Ketika inilah saya merasa malu dengan diri saya sendiri. Sepatutnya, pada waktu inilah saya layak menerima layanan dan sambutan yang lebih baik dan dikasihani. Walau bagaimanapun, dengan rahmat Allah, saya sangat gembira dapat bertemu dengan Ikhwanul Muslimin.’ Syeikh Muhammad Sa’id al ‘Urfi adalah seorang yang bermaruah tinggi, sederhana dan berjiwa besar. Ketika di Mesir, dia bekerja keras untuk menyara dirinya. Kerja yang dilakukannya termasuklah menyunting buku-buku. Dia tidak pernah meminta pertolongan dari sesiapapun. Dia membelanjakan sebahagian pendapatannya untuk dirinya sendiri dan bakinya diberinya kepada Ikhwanul Muslimin dan orang-orang yang menziarahinya. Dia kembali ke Syria setelah lama berada di Mesir. Di sina, dia sekali lagi dipilih menjadi ahli Parlimen. Dia datang ke Mesir bersama sebuah rombongan untuk kali ketiganya dan mengambil bahagian di dalam satu persidangan yang diadakan untuk membincangkan masalah Palestin. Sebaik saja dia menyimpan barang-barangnya di Hotel Intercontinental, dia terus pergi ke pusat gerakan Ikhwanul Muslimin. Dia sibuk dengan rakan-rakannya ketika acara rasmi. Masa lapangnya dihabiskan bersama-sama kami. Rasanya dia seorang hakim sekarang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. Semoga Allah juga memberi pertolongan di dalam segenap bidang kehidupannya. Semoga Allah memberi kami peluang untuk menemuinya berkali-kali lagi. Berdakwah di luar Ismaillah - Aboo Suwair Aboo Suwair terletak di sebelah perkhemahan tentera British dan berhampiran dengan Ismailiah. Jaraknya dari Ismailiah ialah 15 kilometer. Para penduduknya 133 terdiri dari buruh-buruh yang bekerja di perkhemahan Aboo Suwair dan Sekolah Latihan Juru Terbang. Sejumlah Peniaga dan petani juga tinggal di situ. Saya melawat Aboo Suwair dan bercadang hendak membuka cawangan Ikhwanul Muslimin di situ. Saya pun mengambil keputusan untuk meninjau fikiran orang ramai di kedai-kedai kopi, jalan-jalan raya dan kedai-kedai. Akhirnya, saya sampai ke kedai Syeikh Muhammad Al Ajroodi, seorang yang berperibadi mulia dan mempunyai harga diri. Dia bijak bercakap dan suka berterus terang. Saya memerhati cara dia menjalankan perniagaan dan melayan pelanggan. Rasanya dia seorang lelaki yang beradab sopan. Saya mengucap salam dan duduk di sampingnya. Beberapa orang lain juga sedang berada di dalam kedainya. Saya memperkenalkan diri saya kepadanya dan menerangkan tujuan saya melawat Aboo Suwair. Saya memberitahunya, ‘Saya dapati awak memiliki sifat-sifat yang mulia. Saya rasa awak mampu memikul tugas di dalam Ikhwanul Muslimin.’ Saya menjelaskan tujuan dan matlamat perjuangan Ikhwanul Muslimin kepada Syeikh Muhammad Al Ajroodi dan rakan-rakannya. Saya menerangkan kepada mereka bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang yang teragung dan termulia bagi seluruh umat manusia. Saya memperingatkan mereka bahawa masyarakat kita sedang menuju kemusnahan dan kemungkaran telah merebak luas. Hal ini berlaku kerana kita lupa kewajipan kita kepada Allah. Kita berkewajipan melancarkan gerakan menyekat kemungkaran dari berleluasa dan menegakkan undang-undang Islam. Ini saja caranya manusia dapat merasa kebahagiaan dan masyarakat yang baik dapat ditegakkan. Kita berdosa jika kita mengenepikan kewajipan ini. Kita juga berkewajipan mencegah kemungkaran dan menyebar kebaikan. Perjuangan ini tidak boleh dilaksanakan bersendirian (atau berseorangan). Sebuah jemaah yang tersusun rapi diperlukan untuk menjalankan tugas ini. Jemaah sedemikian perlu ditubuhkan di setiap kawasan. Kita boleh namakan jemaah itu “Ikhwanul Muslimin’. Syeikh Ajroodi dan rakan-rakannya mendengar penjelasan saya dengan penuh minat. Pada mulanya mereka menyangka saya mewakili satu pertubuhan kebajikan atau hanya hendak menyampaikan ceramah kepada mereka. Syeikh Ajroodi menunjukkan sikap baiknya dengan mengajak saya makan tengahari dan memesan secawan kopi untuk saya. Saya tersinggung dengan ajakan itu dan lantas bangun untuk pergi dari situ. Tetapi Syeikh Ajroodi meminta saya menyampaikan ceramah di masjid atau di surau yang terletak di tepi laut kerana orang kerap berkumpul di situ. Walaubagaimanapun saya memilih sebuah kedai kopi untuk menyampaikan ceramah. Cadangan saya itu diterima. Orang ramai berkumpul di kedai kopi tersebut. Mereka mendengar ceramah saya dengan penuh minat. Mereka terkejut dengan apa yang mereka dengar dan lihat. Mereka terpegun melihat seorang pemuda menyampaikan ceramah sedemikian rupa di dalam sebuah kedai kopi. Mereka tahu saya bukannya seorang Imam sebuah masjid atau seorang wali atau seorang ulamak besar. Mereka tertarik hati dengan ceramah saya itu dan meminta saya datang lagi untuk memberi ceramah. Saya memenuhi permintaan mereka itu. Lawatan saya yang berulang kali ke Aboo Suwair telah membuahkan hasil yang baik. Satu hari, kami berkumpul di rumah Ahmad Afandi Dasuqi dan membuat keputusan membuka cawangan Ikhwanul Muslimin di Aboo Suwair. Walaupun bandarnya kecil, tetapi masih wujud perselisihan dan iri hati di kalangan penduduknya. Saya bukanlah penduduk asal Aboo Suwair. Ahmad Afandi telah dipilih menjadi Yang Di Pertua Ikhwanul Muslimin Cawangan Aboo Suwair. Beliau 134 adalah seorang peniaga dan bukannya seorang ulamak. Dia terlalu sibuk dengan perniagaannya sehingga dia tidak berkesempatan menyelesaikan masalah kumpulankumpulan masyarakat yang berselisihan itu. Lantaran itu, penyatuan jemaah di situ tidak dapat dikekalkan. Penyatuannya dipulihkan setiap kali saya melawat tempat itu. Akhirnya ada juga sejumlah ahli-ahli Ikhwanul Muslimin Aboo Suwair yang sudah terlatih. Mereka kerap melawat Ismailiah. Mereka mencadangkan Syeikh Abdullah Badwi dilantik menjadi Yang Di Pertua Ikhwanul Muslimin Aboo Suwair. Dia bertugas sebagai guru besar Sekolah Rendah di situ. Dia juga seorang yang alim dan kerap menyampaikan ceramah kepada orang ramai. Kegiatan ceramahnya ini dijalankan di masjid Aboo Suwair dan juga di hampir setiap rumah di situ. Dia sangat terkenal di bandar itu. Semua orang di bandar tersebut menyayanginya. Dia mempunyai hubungan yang sangat baik dengan orang ramai. Setiap orang menghormatinya. Kelebihannya yang paling penting ialah dia mampu meluangkan masa. Selepas waktu sekolah habis, seluruh masa lapang yang terluang itu beliau gunakan untuk kegiatan Islam. Peluang ini tidak mungkin ada kepada seorang peniaga atau pekerja lain. Saya sangat setuju dengan cadangan mereka. Saya pergi menemui Abdullah Badwi di Aboo Suwair. Saya dapati beliau sangat bertepatan seperti yang diceritakan bahan lebih baik dari itu. Puji-pujian bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Saya gembira mendengar beliau seorang yang berilmu pengetahuan. Dia meneruskan pelajaran Al-Qurannya. Dia adalah seorang yang berwibawa, teliti dan jitu ketika berfikir. Saya pun menyuarakan tujuan saya menemuinya. Pada mulanya dia melahirkan rasa beratnya untuk menerima tugas itu. Setelah saya mendesak, barulah dia menerima dengan syarat dia dibenarkan mengatur rangka pentadbiran pertubuhan dengan mengambil rakan-rakan sejawatnya. Dia berpendapat guru-guru itu sangat menyayanginya dan mereka bersedia memberi kerjasama. Dia juga bercadang hendak mengambil beberapa orang tempatan yang agak matang pemikiran mereka. Saya menerima cadangannya itu. Dia pun mula menjalankan tugasnya dengan penuh kegigihan dan berazam untuk terus melaksanakannya dengan tegas. Allah memberkatinya dengan kejayaan dan cawangan Ikhwanul Muslimin di situ pun bertambah teguh. Masjid Ikhwan di Aboo Suwair Sehingga kini, hanya ada satu masjid saja di Aboo Suwair - iaitu Masjid Huroon. Masjid itu tidak cukup luas untuk menampung jumlah orang ramai yang datang bersolah di situ. Ada lagi sebuah surau kecil di tebing Terusan Ismailiah. Masjid ini juga adalah terlalu kecil untuk mengisi orang-orang yang datang menunaikan solah Jumaat. Masjid yang lain dibina oleh Syeikh Ibrahim Aboo Harish. Masjid ini belum siap pembinaannya. Syeikh Abdullah Badwi membuat keputusan untuk mengambil alih masjid ini dan menjadikannya pusat gerakan Ikhwanul Muslimin. Dia menemui Syeikh Ibrahim dan mendapat persetujuannya. Masjid itu pun diperbaiki dan dipersiapkan. Pejabat I?hwanul Muslimin dibina berkembar dengan masjid tadi. Kini segala mesyuarat dan perjumpaan para anggota Ikhwan diadakan di situ. Halaman yang luas di hadapan masjid dijadikan tempat latihan para anggota ‘Pengakap Ikhwanul Muslimin’. Ketika musim cuti, tempat itu bertukar menjadi 135 gelanggang bersyarah. Dengan demikian, masjid tersebut sangat berguna untuk tujuan dakwah Islamiah. Masjid itu menjadi landasan penting untuk memperkukuhkan perjuangan Ikhwanul Muslimin. Kami menghantar Syeikh Aidul Azhari untuk bertugas di pusat gerakan Ikhwanul Muslimin di Aboo Suwair. Beliau adalah salah seorang dari para penuntut yang menghabiskan sebahagian besar dari hidupnya di Al- Azhar dan di samping itu, beliau juga menghafal seluruh Al-Quran. Beliau telah memasuki Ikhwanul Muslimin ketika beliau datang ke Ismailiah. Dia bertugas sebagai kerani di pusat gerakan Ikhwan di Ismailiah. Dia juga adalah seorang Qari dan melaksanakan tugas sebagai Imam solah dan menyampaikan khutbah dengan baik. Kami mencadangkan beliau sebagai orang yang bertanggungjawab menjadi Imam solah, khatib dan pentadbir masjid Aboo Suwair. Gajinya dibayar oleh Pusat gerakan Ikhwan Ismailiah kerana Pusat Ikhwan di Aboo Suwair masih di peringkat awal. Kami tahu orang ramai akan tersinggung jika ada orang yang baru datang meminta wang derma yang banyak dari mereka. Permintaan wang perlu dielak sejauh mungkin dan ini adalah dasar Islam. Para pendakwah tidak pernah meminta balasan dari orang ramai. Jika para pendakwah meminta balasan, orang ramai tidak akan mendengar kata-kata mereka. Di samping itu, risalah Islam yang disampaikan oleh mereka itu tidak akan dipedulikan oleh orang ramai. Memang menjadi satu kenyataan bahawa orang ramai yang menolak risalah Islam tadi akan merasa mudah untuk memberi sumbangan di jalan Allah apabila risalah Islam itu sudah boleh diterima oleh mereka. Bahkan sumbangan yang lebih dari itu pun mereka sanggup berikan. Iaitu pengorbanan jiwa mereka sendiri untuk perjuangan di jalan Allah. Kehadiran Syeikh Aidul Azhari banyak membantu dalam menegakkan Risalah Islamiah di Aboo Suwair. Perkembangan ini memuaskan hati kami. Bendakwah di Pelabuhan Sa’id Di Ismailiah ada seorang pemuda bernama Ahmad Afandi Misri. Umurnya di dalam lingkungan 17 atau 18 tahun. Dia berasal dari Pelabuhan Said. Buat sementara waktu, dia tinggal di Ismailiah atas urusan perniagaan. Walaupun begitu, banyak juga masanya yang habis di Ismailiah. Ketika inilah dia melawat pusat gerakan Ikhwanul Muslimin dan menghadiri majlis-majlis ceramah yang diadakan di situ. Tidak lama selepas itu, Ahmad Afandi Misri menjadi ahli rasmi Ikhwanul Muslimin. Kini dia menjadi salah scorang pendakwah Ikhwanul Muslimin yang terkemuka. Selepas menunaikan tugasnya di Ismailiah, dia pun kembali ke tempat asalnya, Pelabuhan Sa'id. Dia membawa bersamanya obor perjuangan Ikhwanul Muslimin. Allah membuat perbandingan Risalah Islam seumpama sebiji benih yang akan menghasilkan buah di mana saja ia ditanam (Rujuk Al-Quran: 14: 24-25) Ahmad Afandi Misri bejaya mengumpul sejumlah besar para pemuda Pelabuhan Sa’id. Para pemuda ini tertarik dengan perjuangan Ikhwanul Muslimin. Kejayaan ini semua ialah hasil dari kewibawaan peribadi beliau sendiri serta keimanannya dan juga merupakan hasil dari pengorbanannya untuk perjuangan di jalan Allah. Berikutan itu, sebuah cawangan Ikhwanul Muslimin telah ditubuhkan di tempat yang terpencil di Pelabuhan Sa’id. Perjumpaan-perjumpaan telah diadakan di berbagai tempat di bandar itu. Orang ramai berkumpul selepas solah Maghrib atau Isyak untuk berbincang mengenai perjuangan Ikhwanul Muslimin. 136 Ahmad Afandi Misri meminta saya melawat Pelabuhan Sa’id dan bertemu dengan para belia yang telah menyertai Ikhwanul Muslimin. Saya cukup gembira menerima berita itu. Saya pergi menemui mereka sebaik saja berpeluang. Kami duduk di satu sudut dan berbai'ah untuk melancarkan jihad terhadap golongan penentang Islam sehingga kami berjaya atau kami lenyap (musnah). Selepas beberapa waktu, para anggota Ikhwanul Muslimin Pelabuhan Sa'id mula berfikir untuk memiliki tempat sendiri. Mereka berjaya menyewa sebuah tempat di Jalan Al Maniyya’ dan menjadikannya Pusat Gerakan Ikhwanul Muslimin Pelabuhan Sa'id. Duit yang dikumpul dari para anggota Ikhwan tidak cukup untuk membiayai pusat gerakan itu. Lagi pun, mereka telah mengambil keputusan tidak mahu mengutip derma dari orang ramai kecuali setelah mereka menyertai gerakan Ikhwanul Muslimin dan memberi sumbangan dalam bentuk yuran. Ikhwanul Muslimin Ismailiah menyara sebahagian dari pembiayaan Pusat Ikhwan di Pelabuhan Sa’id. Ia menghantar bantuan apabila kutipan di Aboo Suwair tidak mencukupi. Apabila Pusat Ikhwan di Pelabuhan Sa'id telah kukuh, para ahli Ikhwan di situ mengambil keputusan untuk menyebar Risalah Islam secara terbuka kepada umum. Pada bulan Muharram, tahun Hijrah 1349, mereka mengambil peluang mengadakan satu majlis perhimpunan umum di tempat mereka yang baru itu. Para pemimpin Ikhwanul Muslimin Pelabuhan Sa’id dan Ismailiah telah bercakap dalam perhimpunan tersebut. Tajuk syarahan ialah ‘Penghijrahan Rasulullah s.a.w.’. Suasana di Pelabuhan Sa’id seumpama itu yang bertujuan menjelaskan riwayat hidup (sirrah) dan sunnah Rasulullah s.a.w. Para penduduk Pelabuhan Sa’id tahu sedikit sahaja mengenai pemimpin-pemimpin dan corak perjuangan Ikhwanul Muslimin kerana tidak berpeluang berjumpa dengan mereka. Ramai penduduk Pelabuhan Sa’id hadir di dalam perhimpunan tersebut. Ia merupakan perhimpunan Ikhwanul Muslimin Pelabuhan Sa’id yang pertama. Kehadiran orang ramai sangatlah menggalakkan dan perhimpunan itu berakhir dengan penuh kejayaan. Pada hari perhimpunan itu, saya telah jatuh sakit secara mengejut. Tekak saya berasa sangat sakit. Saya menjadi begitu lemah sekali sehingga saya berbaring di sepanjang perjalanan ke Ismailiah. Doktor sekolah, iaitu Dr. Muhammad Bik Sadiq berkata kepada saya, ‘Kesihatan awak akan tergugat andainya awak mengembara pada siang hari dan bersyarah pada waktu malam nanti. Dalam keadaan apa sekali pun, awak dilarang dari bersyarah.’ Nasihat doktor itu saya ketepikan dan saya pun terus pergi ke Pusat Ikhwan di Pelabuhan Sa’id dengan keretapi. Saya terpaksa menunaikan solah maghrib cara duduk kerana terlalu lemah. Selepas solah maghrib, satu perasaan ganjil menyelubungi diri saya. Terfikir saya betapa gembiranya para anggota Ikhwan Pelabuhan Sa’id ketika itu. Mereka telah meletakkan harapan yang tinggi kepada perhimpunan itu. Mereka telah menyusun perhimpunan tersebut dengan menghadkan perbelanjaan peribadi mereka sendiri. Mereka juga telah bersusah payah menjemput orang ramai menghadiri perhimpunan tersebut. Kemudian saya bertanya kepada diri saya sendiri, ‘Patutkah saya merosakkan majlis mereka itu dengan mengatakan saya tidak sihat dan tidak boleh bersyarah?’ Saya merasa terharu memikirkan perkara ini dan hal ini telah membuat saya menangis. Saya berkeadaan begitu sehinggalah masuk waktu solah Isyak. Saya terus menangis di hadapan Allah dan berdo’a kepada-Nya agar memberi kekuatan untuk melaksanakan tugas itu. Tiba-tiba saya dapat merasa tenaga saya kian pulih. Saya 137 bersyukur kepada Allah dan menunaikan solah Isyak seperti biasa. Masa untuk menghadiri majlis perhimpunan itu pun tiba. Acara dimulakan dengan pembacaan Al- Quran. Kemudian saya bangun untuk berucap. Apabila saya mula berucap, saya tidak dapat mendengar perkataan-perkataan yang saya ucapkan. Tiba-tiba tenaga saya pun kian bertambah dan akhirnya saya berasa pulih sepenuhnya. Suara saya pun semakin jelas dan kuat sehingga dapat didengar di dalam dan diluar kawasan itu. Waktu itu tidak ada pembesar suara. Suara saya menjadi begitu tajam sehingga saya rasa cemburu kepada diri saya sendiri. Perhimpunan itu pun berakhir dengan penuh kejayaan. Ucapan saya tadi memakan masa lebih dari dua jam. Sakit tadi, yang datang pada setiap tahun, telah berhenti dari berulang melainkan di waktu cuaca yang luar biasa sejuknya atau ketika saya bekerja terlalu lebih. Sesungguhnya ini semua adalah rahmat dan kasih Allah yang Maha Besar; yang merestui usaha-usaha Ikhwanul Muslimin Pelabuhan Sa’id. Ikhwanul Muslimin Pelabuhan Sa’id terus maju di bidang Dakwah dan mengecap kejayaan demi kejayaan. Kini ada empat cabang Ikhwanul Muslimin di situ. Pusat Ikhwan di situ ada menyediakan sebuah padang permainan. Ramai pemuda yang cerdik dan ikhlas memasuki Ikhwanul Muslimin. Gerakan Dakwah di Bahrul Sagheer Satu perwakilan dari Bahrul Sagheer di Jamaliah turut serta di dalam salah satu majlis perhimpunan Ikhwan Pelabuhan Sa’id. Di antara mereka itu ialah Mahmood Afandi Abdul Latif, seorang pemuda dari Al Jamaliyah dan Umar Affandi Ghanam, seorang wakil penjual Syarikat Singer di Daqhiliyyah. Kehadiran mereka itu bukanlah satu rancangan yang telah diatur terlebih dahulu. Mereka datang ke situ kerana tertarik dengan majlis perhimpunan Ikhwanul Muslimin. Mereka mendengar segala syarahan yang diberi dan menunggu sehingga majlis itu habis untuk membincangkan tujuan dan matlamat Ikhwanul Muslimin. Dalam masa yang singkat saja, mereka mula menghantar surat demi surat kepada kami dan akhirnya sebuah cawangan Ikhwanul Muslimin telah dibuka di Bahrul Sagheer. Syeikh Mustafa At- Theer telah dipilih sebagai Yang Dipertua. Beliau adalah siswazah lepasan Al Azhar dan kini sedang mengajar di Pusat Islam Kaherah. Satu lagi cawangan dibuka di rumah Abdul Latif di Jamaliyah. Satu lagi cawangan dibuka di rumah Abdul Latif di Thaweelah yang bernama ‘Jadidatul Manzila’. Justeru itu, dakwah Islamiah telah merebak ke kawasan tersebut. Ketika hari-hari terakhir saya di Ismailiyah, saya telah pergi ke Bahrul Sagheer melalui Pelabuhan Sa’id untuk melawat cawangan-cawangan Ikhwanul Muslimin di situ. Lawatan tersebut ternyata mendatangkan rahmat. Lawatan itu juga membawa harapan baru kepada orang ramai di situ. Dalam lawatan tersebut, satu peristiwa menarik telah berlaku. Orang orang terkemuka di Al Manzila telah berkumpul untuk menyambut kedatangan saya. Mereka menyambut kedatangan saya dengan senyuman yang sangat bermakna tergambar di wajah mereka. Sebaik saja saya masuk ke dalam Pusat Ikhwan di situ, saya dapati ia penuh sesak dengan para ulamak dan pembesar bandar tersebut. Sejumlah besar masyarakat umum turut hadir di situ. Mereka juga memberi senyuman yang sangat bermakna kepada saya. Senyap-senyap saya bertanya Syeikh Mustafa At-Theer, ‘Apakah makna ini semua?’ Syeikh itu menjawab, ‘Kerana awak berbeza dari apa yang mereka duga. Mereka menyangka 138 awak adalah seorang ulamak tua yang hebat. Sebaliknya, mereka melihat seorang pemuda yang baru berumur dua puluh lima tahun. Sekarang kita mesti tunjukkan kehebatan peribadi awak agar keyakinan mereka kembali pulih. Kita mesti cuba sedaya upaya untuk membuktikan kemampuan kita.’ Saya memberitahunya, ‘Saudara, kejayaan itu berada di tangan Allah. Kekuatan atau pertolongan dari Allah saja. Sebarang ketentuan dari Allah pasti berlaku. Manusia adalah nama kepada dua anggota (jasad) kita. Anggota yang pertama ialah lidah dan anggota yang kedua ialah hati. Hati manusia berada di antara dua ‘jari’ Allah. Saudara Hameed Askariya ada bersama-sama saya.’ Saya menyambung, ‘Kehadirannya adalah satu berkat. Insya Allah, beliau akan mengisi kekosongan dan memperbetulkan keadaan.’ Saya berucap di perhimpunan itu pada waktu petang. Khemah-khemah di situ telah pun padat dengan manusia. Selepas saya berucap, sejumlah orang ramai datang berjumpa saya untuk menyuarakan pendapat mereka secara berterus-terang. Mereka memberitahu saya mereka menyangka saya ini seorang Syeikh (ulamak) tua sebelum ucapan itu bermula. Tetapi kini, mereka telah melihat Syeikh yang sebenar. Semua ini adalah rahmat Allah. Selepas majlis tadi, saya kerap melawat kawasan itu. Banyak lagi cawangan telah ditubuhkan di berbagai tempat. Cawangan-cawangan ini dipimpin oleh orangorang Islam yang berakhlak mulia dan gigih. Para anggota Ikhwan terkemuka yang saya temui terdiri dari Dr. Hilmi Al Jiyar, Keluarga Saweelam, keluarga Qadah dan keluarga Alhawari. Mereka semua senang dengan perjuangan dan kegiatan Ikhwanul Muslimin. Mereka terus memberi sokongan kepada kami. Gerakan pertama menentang dakyah Kristian yang di lancarkan oleh Ikhwanul Muslimin bermula di Al Manzila. Kemudian ia merebak ke Pelabuhan Sa’id dan akhirnya usaha kami itu menjangkau seluruh negara. Kegiatan kami tadi memberi galakan kepada orang-orang Islam lain untuk bertindak. Mereka juga turut membina rumah-rumah anak yatim dan hospital-hospital untuk orang orang Islam yang miskin. Rumah-rumah anak yatim dan hospital-hospital tadi masih ada lagi. Dakwah Islamiah di Suez Saya telah melakukan lawatan pendek ke Suez kerana hendak berjumpa Syed Muhammad Al Hafiz At Tijani, sahabat-sahabat dan para guru. Waktu itu, Hakim Mahkamah Syariah, iaitu Syeikh Muhammad Abul Sa’ud tinggal di Suez. Beliau telah melancarkan satu gerakan dakwah di Suez. Para ulamak menghadiri majlis perjumpaan yang diadakan di masjid Al Gharib bagi memperingati dan menasihati manusia di situ. Saya berbual dengan beberapa orang ulamak mengenai dakwah. Di samping itu, saya juga bertemu dengan seorang peguam bela Mahkamah Syari’ah yang bernama Encik Muhammad Al Hadi Athiya dan sahabat beliau yang bernama Muhammad Hasan As-Syed. Saya menerangkan kepada mereka mengenai perjuangan saya dan mendapat sambutan yang sangat baik dari mereka. Saya pun dijemput ke Suez untuk kali kedua. Saya pun pergi ke Suez untuk kali keduanya dan bertemu dengan mereka berdua 139 (yakni Muhammad Al Hadi Athiya dan Muhammad Hasan As-Syed). Bersama-sama mereka ada tiga orang lelaki bernama Muhammad Tahir Muneer Affandi, Syeikh Abdul Hafiz dan Syeikh Afifi Asy-Syafi’ie ‘Atwah. Hasil daripada pertemuan ini telah membawa kepada tertubuhnya sebuah cawangan Ikhwanul Muslimin di Arba’in. Syeikh Afifi Asy-Syafi’ie telah dipilih menjadi Yang Dipertuanya. Semenjak itu gerakan Islam di Suez semakin maju dan banyak lagi cawangan lain telah dibuka. Sebuah bangunan telah dibina dan ia merupakan pusat Ikhwan Suez. Kini Ikhwanul Muslimin telah membuka cawangan di hampir seluruh bandar bandar di persisiran Laut Merah. Kesernua cawangan-cawangan ini berada di bawah pengawasan Pusat Ikhwanul Muslimin Suez. Sekumpulan orang-orang Islam yang bertakwa dan wara' telah menyertai gerakan Ikhwanul Muslimin. Saya tidak lupa satu pengalaman di Suez. Pada malam itu, kami sedang duduk di atas hamparan di rumah Almarhum Hasan Afandi (semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan meletakkannya di syurga). Kami sedang mengadakan satu perbincangan ilmiah di dalam suasana malam yang sunyi sepi itu. Perbincangan itu melibatkan beberapa masalah yang sukar dan rumit. Syeikh Abdul Hafiz menghadapi kesukaran untuk memahami maksud sebenar satu ayat Al Quran di dalam surah Shad (38: 35). Ayat itu berkaitan dengan do'a Nabi Sulaiman (a.s.): Maksudnya: Ia berkata: “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepada ku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudah ku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.” Nabi Sulaiman memohon keampunan Allah dan di samping itu, perasaan bersalah atau berdosa menyelubungi fikirannya. Nabi Sulaiman juga ingin memiliki jajahan takluk yang luas dan ini menunjukkan keyakinan beliau kepada rahmat Allah. Syeikh Abdul Hafiz berasa sukar untuk memahami bagaimana kedua perkara yang bertentangan ini boleh diselaraskan. Jawapan saya kepada masalah itu ialah seperti berikut: Nabi Sulaiman a.s. telah berkata bahawa semua isteri-isterinya akan mengandung pada sesuatu malam yang tertentu. Mereka akan melahirkan anak-anak yang bertakwa, yang akan membantunya memperluaskan kerajaan dan dakwahnya. Tetapi hanya salah seorang saja dari isteri-isteri itu yang melahirkan anak dan anak itu pula cacat. Kegagalan do'anya tadi menyedarkannya kepada kesilapan yang dia telah lakukan. Dia telah berharap kepada anaknya untuk memperluas dan memperkukuhkan kerajaannya, dan bukannya kepada Allah. Allah mampu memberi sesuatu kerajaan kepada sesiapa saja yang Dia suka. Nabi Sulaiman sedar akan kesilapannya itu. Lantaran itu, dia pun memohon keampunan daripada Allah dan secara terus menerus (direct), meminta Allah memberi kerajaan yang diperlukannya itu. Tindakannya meminta terus dari Allah ini merupakan satu pembersihan dan penolakan terhadap kesilapan yang dilakukannya. Kesemua para hadirin setuju dengan huraian saya itu (atau tafsiran saya itu). Perbincangan begini berterusan sehingga lewat malam. Ianya berakhir dengan satu pengalaman rohani yang anih dan mengagumkan. Bayu pagi menghembus lembut. Setiap orang dari kami begitu asyik (khusyuk) sekali menghubungi Allah sehingga semuanya rasa sangat terharu. Setengahnya menangis dan ada pula yang 140 sedang bersedih dan bertaubat. Sebahagiannya pula sedang bertakwa dan beribadat. Begitulah kami menghabiskan malam. Kami semua pun memperbaharui bai’ah pada malam itu. Seterusnya sembahyang malam sehingga fajar. Firman Allah (33:23): Maksudnya: “Di antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; dan di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu* dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya) ........” * Maksudnya menunggu apa yang Allah telah janjikan kepadanya. Saya masih ingat lagi kisah ‘buah henna’. Saya telah menziarahi rumah seorang anggota Ikhwan semasa lawatan saya ke Suez. Saya dapati di atas meja rumahnya ada sebuah buku pengembaraan oleh Fairuz Abadi. Saya pun membukanya lalu terus membaca keratannya. “Sesungguhnya Nabi s.a.w. begitu suka dengan buah henna.” Saya pun begitu teringin untuk mendapatkan buah henna sebagai mengikuti langkah nabi s.a.w. Bagaimana harus saya mendapatkannya sedangkan saya di negeri dan di rumah orang. Kemudian kami pun menuju ke Pusat Ikhwan di situ. Saya pun menceritakan kepada mereka. Ketika itu terdengar seorang dari sekumpulan kanak-kanak memanggil nama Syeikh al Hadi ‘Atiah. Lalu beliau pun keluar mendapatkan mereka. Budak itu telah memberi seranting yang penuh dengan buah henna dan berkata: Berikan ini kepada Syeikh itu lalu ditunjukkannya kepada saya. Syeikh al Hadi membawa buah itu sambil berkata: Ini merupakan hadiah dari 40 orang budak itu kepada kamu. Saya berkata sambil tersenyum: Ini bukan saja hadiah 40 orang budak itu bahkan hembusan dari mengingati Rasulullah s.a.w. Kami pun berasa gembira pada hari itu. Sejarah Gerakan Islam di Kaherah Sebuah pertubuhan agama telah diasaskan di Sekolah Perdagangan di Jalan Al Falaki. Ia diasaskan oleh dua orang penuntut bernama Abdur-Rahman As Sa’ati dan Mahmood Sa’adi Al Hakeem. Beberapa orang rakan mereka berdua turut terlibat di dalam pertubuhan tersebut. Kerap kali mereka dicemuh oleh para penuntut lain. Sebahagian dari para penuntut dan kakitangan sekolah menentang mereka. Namun begitu, mereka tetap menjalankan kegiatan dengan senyap dan sabar. Para penuntut yang bergiat tadi kini telah tamat pengajian mereka. Dengan rahmat Allah, Abdur-Rahman As Sa’ati dan Mahmood Sa’adi l Hakeem mendapat kerja di Bahagian Kejuruteraan, Keretapi Mesir. Hati mereka dipenuhi kecintaan kepada Islam. Mereka begitu bersedia sekali untuk berjuang di jalan Allah dengan penuh tanggungjawab. Mereka sentiasa bersedia untuk melakukan pengorbanan kepada Islam dan orang orang Islam. Waktu itu, jalan paling baik untuk memperjuangkan Islam ialah dengan menubuhkan sebanyak-banyak pertubuhan Islam yang boleh. Lantaran itu, mereka pun bersepakat untuk menubuhkan satu pertubuhan yang memperjuangkan Islam. Pertubuhan yang diasaskan oleh ialah Persatuan Kebudayaan Islam. Mereka telah menjadikan sebuah bilik di halaman pejabat Rom sebagai tempat kegiatan mereka pada awalnya. Sejumlah besar para cendekiawan 141 menyertai gerakan mereka. Mereka kerap menyampaikan syarahan dan ceramah yang menyentuh Islam. Mereka menyeru dan mengajak orang ramai kepada Islam dengan cara yang amat menarik. Para penuntut dan cendekiawan muda terkemuka yang menyertai persatuan tersebut ialah Syeikh Muhammad Ahmad Syariyyat, Hamid Syariat, Mahmood Al Barari, Syeikh Muhammad Farghali dan Syeikh Jamil Uqqad. Di ketika yang sama juga, persatuan itu mengkaji perjalanan Ikhwanul Muslimin Ismailiah. Mereka memerhati bagaimana cawangan-cawangan Ikhwanul Muslimin merebak di seluruh bandar Ismailiah. Setelah mengkaji ini semua, mereka pun membuat kesimpulan bahawa perpaduan bererti kekuatan dan perpecahan membawa kepada kelemahan. Mereka yakin betapa perlunya penyatuan usaha dalam memperjuangkan Islam, Berikutan itu, mereka pun menghubungi Ikhwanul Muslimin Ismailiah dan berbincang mengenai penyatuan. Hasilnya menggalakkan. Persatuan Kebudayaan Islam pun diserapkan ke dalam Ikhwanul Muslimin dan ia dijadikan cawangan Ikhwan di Kaherah. Selepas pernyerapan itu, Ikhwanul Muslimin Kaherah mendapat sebuah bilik baru sebagai pusat gerakannya. Bilik itu terletak di Bangunan Saleem Basya Hijazi di Jalan Souqul as-Silah. Para anggota Ikhwan memperbaiki tempat itu sehingga ianya sesuai untuk kegiatan mereka di ibu negeri Mesir itu. Namun begitu, mereka tidak mampu mengubah bilik itu menjadi pusat kegiatan yang besar di Kaherah kerana tabung kewangan tidak mencukupi. Oleh itu, pembiayaan pusat gerakan Ikhwan Kaherah ditanggung oleh Ikhwan Ismailiah sehinggalah ia mampu berdikari. Tidak lama kemudian, saya pun ditukarkan ke Kaherah. Berikutan itu, induk (ibu pejabat) gerakan Ikhwanul Muslimin di Ismailiah telah dipindahkan ke Kaherah pada Oktober tahun 1932 M. Waktu itu, pusat Ikhwan Kaherah sedang menghadapi masalah kewangan yang sangat genting kerana masih berada di peringkat awalnya. Ia dibantu oleh Ikhwan Ismailiah. Ketika Ikhwan Kaherah berada di dalam keadaan ini, ia telah ditawarkan bantuan kewangan yang besar dengan syarat ia menyebelahi kerajaan dan menyokong segala rancangannya. Perdana Menteri ketika itu ialah Sidqi Basya. Waktu membincangkan tawaran kerajaan itu, Abdur Rahman as Sa’ati (ketika itu hanyalah seorang pegawai kerajaan biasa) memberi pendapatnya. Pendapatnya itu diingati oleh kami semua dengan penuh kebanggaan. Berikut ialah pendapatnya itu: “Tangan kita mungkin dipotong. Tetapi tangan-tangan ini tidak boleh menerima bantuan kewangan yang ditawarkan dengan tujuan memesongkan kita dari Islam atau sebagai keuntungan peribadi. Akan kita puas hati dengan dasar kerajaan sekarang ini, maka kita berkewajipan menyokongnya walaupun kitar terpaksa mengorbankan nyawa dan harta benda kita. Pengorbanan kita itu tidak meminta sebarang balasan.” Begitulah gambaran iman para anggota Ikhwan yang terdiri pendakwah dan para penuntut muda dan pegawai pegawai kerajaan. Allah telah memusnahkan dan menggagalkan rancangan jahat para penentang Islam. Allah telah memberi kejayaan kepada para anggota Ikhwan yang amanah dan ikhlas itu. Allah sentiasa membantu orang-orang yang mempertahankan Islam. Puji-pujian bagi Allah, Tuhan seluruh alarm. 142 Sekolah Ummahaatul Mu’minin Setelah Sekolah Islam Hira untuk lelaki diurus dan ditadbir dengan jayanya, maka para anggota Ikhwan pun berpakat untuk membuka sekolah yang serupa itu bagi kaum wanita. Mereka menyewa sebuah bangunan untuk dijadikan sekolah yang dimaksudkan itu. Sekolah itu diberi nama ‘Sekolah Ummahaatul Mu’minin’. Mereka juga menyusun satu sistem pengajian bagi kaum wanita yang sesuai dengan Islam dan menggunakan kaedah pembelajaran yang moden dan saintifik. Saya mencadangkan supaya kaum wanita terpelajar di Ismailiah dilantik menjadi tenaga pengajar sekolah itu. Cadangan saya itu diterima. Ahmad Abdul Hamid, seorang Muslim yang berperibadi mulia dan alim telah dilantik menjadi pengetua sekolah tersebut. Beliau adalah seorang ahli Ikhwan yang sangat rapat. Sekolah Ummahaatul Mu’minin memainkan peranannya dalam gerakan Islam seperti yang dikehendaki oleh Ikhwanul Muslimin. Tidak lama kemudian, ia diambil alih oleh Kementerian Pelajaran. Berikutan itu, sebuah cawangan Al Akhawatul Muslimat telah ditubuhkan. Ahlinya terdiri dari para isteri, anak-anak perempuan, kakak dan adik perempuan dan saudara mara wanita para anggota Ikhwanul Muslimin. Para guru wanita sekolah Ummahaatul Mu’minin mengajar dan mendidik bahagian wanita kami (Al Akhawatul Muslimat). Satu garis panduan disediakan untuk mereka agar mereka akan menjadi wanita-wanita yang mampu dan layak memperjuangkan Islam. Kumpulan Pengakap Ikhwan juga menyusun rancangan latihan jasmani untuk para belia. Ia berlandaskan semangat jihad. Kesemua ahli Ikhwan bersedia untuk berjihad. Mereka sentiasa teringat hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang dan tidak ada berniat untuk berperang pun, (sebenarnya) telah mati dalam (kematian) jahiliyyah.” (Riwayat Muslim) Para anggota Ikhwan pun melatih sekumpulan belia sebagai pengakap dan menamakannya Kumpulan Pengakap Pengembara. Gerakan pengakap yang dimulai oleh Ikhwan Ismailiah telah dituruti oleh cawangan-cawangan Ikhwanul Muslimin yang lain. Gerakan pengakap Ikhwan ini berjalan dengan baik. Gerakan Islam di Jabasat al Balah Sejumlah buruh di Jabasat berpeluang menemui para anggota Ikhwan Ismailiah. Mereka sangat tertarik dengan Ikhwan. Mereka telah berazam hendak menyebarkan risalah Islam di kalangan buruh-buruh lain di Jabasat. Akhirnya, saya telah dijemput melawat Jabasat. Saya pun bertolak ke Jabasat dan melakukan bai’ah dengan mereka. Hal ini membawa perubahan kepada permikiran mereka. Tidak lama selepas itu, buruh-buruh yang menjadi anggota Ikhwan telah meminta Syarikat Terusan Suez membina sebuah masjid kerana terdapat lebih dari 300 buruh yang beragama Islam di situ. Syarikat Terusan Suez bersetuju dengan 143 permintaan tersebut dan ia pun membina sebuah masjid untuk mereka. Di samping itu, Syarikat Terusan Suez telah meminta Ikhwanul Muslimin dan menghantar seorang ulamak untuk menjadi imam dan mengajar Al Quran di masjid tersebut. Syeikh Muhammad Farghali telah dipilih untuk menjalankan tugas tadi. Ketika itu, dia sedang mengajar di Sekolah Islam Hira di Ismailiah. Syeikh Muhammad Farghali tiba di Jabasat Al Balah dan terus menjalankan tugasnya di masjid tadi. Sebuah rumah berdekatan dengan masjid telah disediakan untuknya. Dia berjaya menarik buruh-buruh Islam di situ kepada ajaran dan amalan Islam. Dalam tempoh tidak sampai beberapa minggu, dia berjaya mengubah pemikiran mereka. Dia membuat mereka sedar betapa pentingnya hidup ini dan betapa perlunya mereka membebaskan diri mereka daripada penyakit rendah diri (inferiority complex). Kini mereka telah merasa diri mereka berharga kerana hati mereka telah dipenuhi tenaga iman. Kini mereka telah sedar mereka berkewajipan menegakkan kerajaan Allah di atas muka bumi. Buruh-buruh Islam ini begitu gigih berdakwah dan mengamalkan dasar-dasar Islam. Mereka sentiasa teringat hadith Rasulullah s.a.w. yang berikut: “Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu mengerjakan sesuatu amalan (hingga) ia menyempurnakannya.” (Riwayat Baihaqi) Buruh-buruh Islam tadi mengamalkan ajaran-ajaran Islam dengan tegas sekali. Mereka tidak pernah meminta sesuatu yangg bukan hak mereka. Mereka menjauhkan diri dari sebarang godaan dan sifat tamak. Setiap buruh menghadapi pegawainya dengan rasa bangga tetapi dengan cara yang tertib. Percakapan mereka bersopan bersuara rendah. Mereka tidak kasar atau biadab. Mereka tidak mencela orang tetapi mereka tidak berdiam diri jika mereka dicela. Buruh-buruh tadi telah menjadi orang orang yang baik dan bermaruah melalui ikatan persaudaraan Islam (Ukhuwwah Islamiah). Para pegawai Syarikat Terusan Suez tidak senang dengan keadaan ini. Mereka sedar jika keadaan ini dibiar berterusan, lambat laun Syeikh Farghali akan berupaya menguasai sepenuhnya buruh-buruh Islam tadi. Bila hal ini berlaku, pihak Syarikat tidak akan mampu menghadapi mereka. Pertikaian Antara Syelkh Farghali Dengan Syarikat Terusan Suez Para pegawai Syarikat tersebut mengambil keputusan memecat Syeikh Farghali. Seorang pegawai telah ditugaskan untuk pergi menemuinya. Pegawai tadi berkata kepada Syeikh Farghali, ‘Pengarah memberitahu saya bahawa perkhidmatan awak tidak diperlukan lagi. Pihak Syarikat bercadang hendak melantik orang lain menggantikan tempat awak. Dia akan menjalani tugas sebagai imam solah berjamaah di masjid. Pengarah menyuruh saya menyampaikan gaji terakhir awak.’ Dengan tenang Syeikh Farghah menjawab, ‘Encik Franso (Francoise), saya tidak tahu bahawa saya ini bekerja dengan Syarikat Terusan Suez. Kalau saya tahu, saya tidak akan menerima tugas ini. Saya adalah wakil Ikhwanul Muslimin Ismailiah. Saya tidak akan menerima sebarang bayaran dari awak dan juga tidak akan berhenti bertugas di masjid walaupun kekerasan digunakan terhadap saya. Saya dilantik oleh ketua Ikhwanul Muslimin. Oleh itu, saya akan pergi jika ketua Ikhwanul Muslimin 144 meminta saya berbuat demikian. Sepatutnya, awak pergi ke Ismailiah dan berbincang perkara ini dengannya.’ Pegawai tadi kembah ke tempatnya selepas mendengar kata-kata Syeikh Farghali. Mereka menunggu kalau-kalau Syeikh Farghali datang meminta gajinya. Sebaliknya, beliau datang menemui saya di Ismailiah dan berbincang dengan saya mengenai perkara itu. Saya menasihatinya supaya bertegas dengan keputusannya dan jangan meninggalkan tempatnya dalam keadaan apa sekalipun. Saya memberitahunya supaya jangan berasa bimbang kerana tindakannya itu betul dan tidak mengambil apa apa pun dari pihak Syarikat. Berikutan itu, pihak pengurusan Syarikat itu akhirnya telah menghubungi Ibu pejabat mereka. Pengarah Syarikat tersebut pula kemudiannya menghubungi Gabenor Suez. Gabenor serta merta mengarah Inspektor Polis menghantar sepasukan polis ke Jabasat Al Balah untuk mengawal keadaan. Inspektor itu membawa sepasukan polis dan pergi ke pejabat Syarikat. Dia meminta Syeikh Farghali datang menemuinya di pejabat. Waktu itu, Syeikh Farghali berada di masjid. Beliau memberi jawapan berikut kepada orang yang datang memanggilnya ke pejabat, ‘Saya tidak ada urusan dengan Pengarah atau Inspektor Polis. Urusan saya ialah di masjid. Jika salah seorang dari mereka ingin berjumpa saya, biarlah dia datang ke sini.’ Akhirnya, Inspektor Polis itu datang menemuinya di masjid. Dia mendesak Syeikh Farghali supaya mematuhi arahan Pengarah Syarikat dengan meletakkan jawatannya dan kembali ke Ismailiah. Syeikh itu mengulangi jawapan yang pernah diberinya dahulu sambil menambah, ‘Saya akan meninggalkan tempat ini jika awak membawa surat tamat perkhidmatan dari pejabat Ikhwan di Ismailiah. Jika awak ingin menggunakan kekerasan terhadap saya, silakan. Saya tidak akan berganjak dari tempat ini walaupun seinci. Hanya mayat saya saja yang akan meninggalkan tempat ini.’ Berita ini sampai kepada buruh-buruh Syarikat tersebut seperti halilintar. Mereka melancarkan mogok, berbaris dan terus datang ke situ. Inspektor Polis tadi dapat merasakan bahaya yang kian mengancamnya. Dia cepat-cepat kembali ke Ismailiah. Akhirnya dia menemui saya dan menyatakan kesediaannya untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Saya memberitahunya saya tidak boleh berkata apa-apa lagi sehinggalah saya telah mengkaji perkara itu dengan teliti dan mengadakan mesyuarat dengan ahli ahli Jawatankuasa. Sementara itu, saya telah pergi ke Kaherah dan menemui satu-satunya orang Mesir yang menjadi ahli Lembaga Pentadbir Syarikat Terusan Suez. Saya berbincang dengannya mengenai perkara itu tetapi dia menunjukkan sikap tidak mempedulikan langsung kebajikan buruh-buruh Syarikat tersebut. Pendapatnya menyebelahi Pengarah dan Syarikat tadi. Bahkan dia tidak ada perasaan cintakan negaranya sendiri. Akhirnya saya menemui Pengarah Syarikat dan meminta dia memberitahu sebab Syeikh Farghali hendak dipecat. Dia tidak menyatakan apa-apa sebab. Dia hanya mahu orang yang sanggup mematuhi arahannya. Saya masih ingat kata katanya: ‘Saya berkawan dengan ramai pemimpin Islam. Saya tinggal di Aljazaair (Algeria) selama dua puluh tahun. Namun begitu, saya belum pernah berjumpa dengan orang seperti Syeikh Farghali yang ingin menguasai kami seperti seorang Jeneral tentera.’ 145 Saya bercakap dengannya dengan cara yang lembut dan berusaha sedaya upaya meyakinkan bahawa Syeikh Farghali tidak bersalah. Sebenarnya Syarikat ini berlaku zalim terhadap buruh-buruh Islam dan merampas hak-hak mereka yang sah. Mereka tidak dilayan seperti manusia. Syarikat mendapat keuntungan banyak tetapi membayar gaji yang sedikit kepada buruh-buruh mereka. Keadaan Syarikat ini perlu diperbaiki. Akhirnya, pengarah tadi setuju menyambung perkhidmatan Syeikh Farghali selama dua bulan lagi. Selepas itu, pihak Syarikat minta dia berhenti. Pengarah itu juga meminta pihak Ikhwan menghantar seorang imam lain selepas Syeikh Farghali tamat. Dia sanggup membayar gaji dua kali ganda dan menyediakan rumah dan lain lain kemudahan untuk imam baru itu. Selepas tempoh dua bulan, Syeikh Farghali kembali ke Ismailiah dan Syeikh Syafi’ie Ahmad dilantik menggantikan tempatnya. Semenjak itu, kegiatan di situ berjalan dengan aman dan jayanya. Peristiwa Solah Hari Raya Adalah menjadi amalan biasa saya untuk bercakap mengenai Islam di waktu bulan Ramadhan selepas solah Fajar di Masjid Abbasi. Ianya berkisar mengenai keberkatan bulan Ramadhan; mengenai puasa dan juga zakat. Di penghujung bulan Ramadhan, saya mula menerangkan mengenai solah Hari Raya. Saya memberitahu orang ramai bahawa solah Hari Raya sunat dilakukan di tempat lapang di luar bandar. Kesemua lelaki dan wanita Islam patut sekali memaparkan kegemilangan dan perpaduan Islam pada Hari Raya Aidil Fitri. Kesemua Imam Mujtahid kecuali Imam Syafi’e berpendapat fadhilat solah Aidil Fithri dilakukan di tanah lapang. Menurut Imam Syafi’e, adalah lebih baik dilakukan solah sunat Hari Raya di dalam masjid andainya masjid itu cukup besar untuk mengisi kesemua penduduk Islam dalam sesebuah bandar. Ketika saya sedang memberi huraian mengenai solah sunat Hari Raya, seorang lelaki dari kalangan para hadirin mencadangkan dihidupkan semula sunnah Rasulullah s.a.w. dengan melakukan solah Hari Raya di padang pasir yang berada di luar kawasan bandar. Waktu itu, tidak ada masjid yang cukup besar untuk menampung kesemua penduduk Islam Ismailiah. Terdapat sebuah padang pasir luas di sekeliling bandar Ismailiah. Kesemua para hadirin bersetuju dengan cadangan itu. Saya pun turut setuju kerana saya tahu orang-orang Islam di kawasan itu sangat mudah berpecah-belah. Perasaan mereka sangat peka kepada persoalan agama. Bandar Ismailiah baru saja selesai mengalami satu perbalahan pendapat mengenai agama. Saya memberitahu mereka supaya jangan bertindak lagi sehingga perkara tersebut dirujuk kepada para ulamak. Jika para ulamak bersetuju, barulah kita laksanakan rancangan tadi. Andainya mereka tidak bersetuju, kita batalkan rancangan tersebut. Pihak penentang saya bertindak begitu cepat sekali. Berbagai tuduhan palsu dilemparkan kepada saya. Menurut mereka, bersolah di tanah lapang adalah satu bida’ah. Ianya satu langkah untuk meninggalkan masjid. Mereka menganggap cadangan tersebut bertentangan dengan Islam bahkan sebagai satu penyelewengan. Mereka berkata, ‘Siapakah dia yang sanggup berkata solah di jalan raya itu lebih baik 146 dari solah di masjid. Kami tidak pernah mendengar perkara seumpama itu sejak dari zaman nenek kami.’ Berita ini tersebar ke seluruh bandar dengan cepat sekali. Orang ramai bercakap mengenainya di masjid-masjid, tempat-tempat umum dan kedai-kedai makan (restoran). Ini merupakan satu komplot merbahaya terhadap diri saya. Waktu itu, bulan Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Saya sedang beri’tikaf di dalam masjid Al Abbasi. Setiap kali lepas solah, orang ramai mengerumuni saya kerana hendak bertanya mengenai apa yang dikatakan bidaah tadi. Pertanyaan pertanyaan mereka mengejutkan saya. Walau bagaimanapun, saya menerangkan dasar-dasar Islam kepada mereka dengan bahasa yang mudah, sambil menyebut berbagai rujukan yang berkenaan. Saya selalu berusaha mengelakkan diri dari perkara-perkara yang menimbulkan pertentangan. Saya menasihati mereka supaya menurut dasar-dasar Islam dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang mencetuskan kekecohan. Malangnya masalah ini tidak dapat dikawal lagi hatta oleh para ulamak bandar itu sendiri. Orang ramai naik radang. Mereka ingin belajar dan menurut sunnah Rasulullah s.a.w. secara terperinci. Mereka mengisytiharkan bahawa Solah Sunat Aidil Fitri diadakan di kawasan lapang di luar bandar. Mereka terus membuat persediaan yang perlu. Saya mengatur rancangan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri di Kaherah bersama keluarga. Saya tiba di Kaherah pada malam Hari Raya. Masalah di Ismailiah tadi diselesaikan oleh orang ramai sendiri. Solah Sunat Aidil Fitri di masjid Al Araisya diimamkan oleh Syeikh Muhammad Madyan. Orang di Ismailiah berasa gembira dan puas hati. Kini mereka dapat merasai keberkatan sunnah Rasulullah s.a.w. Mereka bergembira kerana dapat bersolah dengan cara sunnah. Selepas saya kembali dari Kaherah, saya dapati setiap orang kelihatan riang saja. Keributan yang disebabkan oleh para penentang tadi telah reda. Sunnah Rasulullah s.a.w. telah diamalkan secara terperinci. Kini, kedua-dua solah Hari Raya selalu diadakan di luar Ismailiah. Peristiwa di Rumah Hakim (Qadhi) Pada satu malam di bulan Ramadhan, saya menziarahi rumah seorang hakim Syariah dari Ismailiah. Turut hadir di rumahnya itu ialah Inspektor Polis, Hakim Mahkamah Awam, seorang Pengetua Sekolah Rendah, seorang Pengawas Pelajaran, para ulamak, orang-orang terpelajar, para peguam dan penduduk Ismailiah terkemuka yang lain. Suasana di majlis tersebut sangat menarik. Hakim tadi menghidangkan teh di dalam cawan-cawan perak. Apabila cawan perak itu dihulur kepada saya, saya meminta gelas biasa. Hakim memerhati saya sambil tersenyum. Katanya, ‘Mungkin awak tidak mahu minum di dalam cawan perak.’ Saya menjawab, ‘Benar. Lagi pun kita sedang berada di rumah seorang hakim Mahkamah Syari'ah.’ Hakim tadi menyambung, ‘Perkara ini boleh menimbulkan perselisihan dan memerlukan perbincangan. Mengapa kita harus bertegas di dalam perkara ini, pada hal kita tidak menurut dasar-dasar Islam yang lain?’ Saya menjawab, ‘Tuan! Tidak ada khilaf mengenai peraturan Islam yang melarang mengambil makanan dari bijana perak dan emas. Kami ada hadith sahih yang melarang perbuatan itu. Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: 147 “Orang yang makan dalam bijana emas dan perak, perutnya akan dimakan api neraka.” ‘Peraturan itu jelas dan tidak perlu tafsiran lain lagi. Kita berkewajipan menurut sunnah Rasulullah s.a.w. Sepatutnya awaklah yang menyuarakan bangkangan. Sepatutnya awaklah yang menyuruh para hadirin minum teh di dalam gelas kaca.’ Beberapa orang lain turut terlibat di dalam perbincangan tersebut. Mereka berpendapat tidak perlu menolak minuman yang dihidangkan di dalam bijana perak kerana perkara itu ada khilaf. Hakim Mahkamah Awam pun turut mencampuri perbincangan itu. Beliau berkata kepada Qadhi itu, ‘Tuan, apabila ada peraturan, kita harus menghormatinya. Kita tidak perlu menyiasat sama ada larangan itu sesuai atau tidak. Pertama sekali, kita harus mematuhinya. Setelah itu, jika kepentingannya dijelaskan kepada kita, maka itu adalah lebih baik. Jika tidak, kita harus mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. tanpa soal jawab lagi.’ Saya pun mengucapkan terima kasih kepada hakim mahkamah awam tadi dan berkata, ‘Tuan, awak telah memberi pendapat yang menyebelahi syarak. Oleh itu, awak juga hendaklah menanggalkan cincin emas di jari awak kerana Islam melarang lelaki memakai perhiasan emas.’ Hakim mahkamah awam itu senyum dan menjawab, ‘Tuan, pendapat saya berdasarkan Kanun Napoleon dan pendapat Qadhi tadi berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Setiap orang dari kita tertakluk dengan undang-undangnya sendiri. Oleh itu, maafkanlah saya. Walau bagaimanapun, awak boleh menegur Qadhi awak.’ Saya menjawab, ‘Setiap orang Islam wajib mematuhi peraturan Islam. Awak juga adalah orang Islam. Oleh itu, awak juga sepatutnya mematuhi Syarak.’ Hakim itu pun menanggalkan cincinnya. Lepas itu, kami pun meneruskan perbincangan di dalam suasana yang lebih selesa. Berita perbincangan tadi tersebar di seluruh bandar dan orang ramai menyokong pendirian saya. Ceramah Saya Mengenai Israk dan Mikraj Ketika menyambut Israk dan Mikraj, saya telah menyampaikan satu ceramah sempena malam Israk. Saya berkata, ‘Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan satu penghormatan besar kepada baginda Rasulullah s.a.w. Jika kita yakin bahawa roh dapat menguasai seluruh jasad, maka berdasarkan alasan ini, bolehlah kita katakan bahawa roh Rasulullah s.a.w. menguasai seluruh jasad baginda. Dan roh tadi telah menangguhkan segala pergerakan jasmani seperti makan, minum dan lain-lain lagi.’ Huraian ini boleh diterima. Di samping itu, orang-orang yang meragui peristiwa Israk dan Mikraj dapat memahami perkara tersebut dengan lebih baik dan mudah. Ahli sya’ir terkenal, iaitu Syouqee pernah berkata, ‘Orang bertanya adakah perjalanan Israk Rasulullah s.a.w. melibatkan hanya roh saja atau pun termasuk juga jasad baginda. Tiada ragu lagi bahawa peristiwa itu melibatkan pengembaraan roh dan jasad baginda. Ini adalah kerana roh dan jasad telah dibersihkan begitu rupa sehingga keduanya telah menjadi sama.’ 148 Selesai saja majlis tersebut, saya dapati para hadirin kelihatan gembira mendengar ceramah saya. Tetapi para penentang kami pula menyebarkan fitnah. Berikut ialah tuduhan tuduhan yang dilemparkan oleh mereka: i) Ikhwanul Muslimin menyangkal berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj; ii) Ikhwanul Muslimin menolak peristiwa itu sebagai satu mukjizat; iii) Ikhwanul Muslimin berpendapat peristiwa Mikraj melibatkan roh saja tanpa jasad; iv) Pendapat Ikhwanul Muslimin ini bertentangan dengan ijmak ummah. Keempat-empat Imam Mujtahid tidak berpendapat begitu. Pihak Ikhwan hendak memberi jawapan balas tetapi saya menahan mereka. Saya memberitahu mereka, ‘Dalam keadaan begini, hanya pendekatan yang membina (positif) saja yang berguna. Kewajipan awak semua ialah memimpin umat manusia ke jalan yang benar agar mereka meninggalkan keyakinan (aqidah) yang salah.’ Pihak Ikhwan pun bertanya, ‘Apa yang patut kita buat sekarang?’ Saya menyuruh mereka mengatur satu lagi ceramah atas tajuk ‘Keagungan Rasulullah s.a.w.’ Mereka pun mengadakan majlis ceramah tadi. Orang ramai pun berhimpun menurut jadualnya. Dalam ceramah tersebut, saya menjelaskan beberapa sudut perjalanan hidup (seerah) Rasulullah s.a.w. yang gilang-gemilang itu. Ceramah itu memberi kesan kepada orang ramai yang hadir di situ. Mereka turut berbincang sesama mereka mengenai ceramah tersebut. Justeru itu, gagallah rancangan pihak penentang kami. Kewibawaan Berdakwah di Bahrul Sagheer Syeikh Ahmad Al Madani menjadi Ketua Ikhwanul Muslimin di Mayet Marja Salisil (Al Bahrul Sagheer) semenjak tahun 1930 lagi. Beliau pernah menulis surat kepada saya menyatakan tidak puas hatinya kerana saya tidak menulis apa-apa pun mengenai kegiatan Ikhwan Muslimin Mayet Marja yang merupakan salah satu perintis Ikhwanul Muslimin. Tegurannya itu benar dan membina. Syeikh Ahmad Al Madani dan mujahidinnya telah memberi pengorbanan yang banyak untuk Islam dan mereka masih istiqamah dengan perjuangan mereka. Semoga Allah mengasihi mereka. Setakat ini, apa yang saya tulis mengenai perjuangan kami adalah ringkas dan berlandaskan fakta-fakta. Kini, saya ingin menerangkan kemajuan kami di masa lepas dan sekarang. Telah lama pihak Ikhwan ingin mendengar mengenainya. Walaupun saya berpendapat sudah memadai mereka mengetahui dasar-dasar perjuangan saja, namun begitu saya terus juga memberi penerangan yang diperlukan untuk memuaskan hati Syeikh Ahmad Al Madani serta rakan rakannya yang terpelajar itu. Semoga Allah memimpin kita semua ke jalan yang benar dan memberi kita kekuatan untuk meneruskan perjuangan dengan jayanya. Saya memohon maaf kepada mereka yang ada hubungan dengan perjuangan kita tetapi saya tidak menulis mengenai mereka di dalam lembaran-lembaran ini. Allah saja yang mengetahui sumbangan yang mereka berikan dan sudah pasti Dia akan memberi ganjaran yang setimpal. Allah itu Maha Sempurna dan Maha Kekal.’ Tuhan yang Disembah Pada suatu, hari dua orang anggota Ikhwan datang kepada saya dan berkata, ‘Satu fitnah yang menyentuh kita sedang disebarkan di seluruh bandar dan kami tidak 149 tahan lagi mendengarnya. Benarkanlah kami bertindak ke atas mereka yang menyebarkan fitnah tersebut.’Setelah mendengar kata-kata mereka itu, saya pun tersenyum dan berkata, Semua perkara ini menguntungkan kita kerana Allah telah berfirman (3: 186) di dalam Al-Quran: Maksudnya: “Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan kamu akan mendengar banyak perkataan yang menyakitkan hati dari orang-orang keturunan Kitab yang terdahulu, dan dari orang-orang yang mempersekutukan Tuhan (penyembah berhala). dan kalau kamu sabar dan memelihara dirimu, sesungguhnya hal itu termasuk perkara keteguhan hati yang utama.” ‘Oleh itu, kita mestilah bersabar dan bertakwa. Apabila fitnah dilempar kepada kita, ini membuktikan bahawa kita benar-benar sedang berjuang untuk Islam. Sudah menjadi amalan para penentang Islam untuk menyebar fitnah terhadap pendakwahpendakwah Islam yang benar. Cara yang serupa juga digunakan oleh musuh-musuh Islam ketika peringkat awal dulu bahkan Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak terkecuali dari tindakan mereka.’ Saya pun menerangkan dengan terperinci latar belakang sejarah gerakan Islam tetapi mereka masih berasa bimbang dan berkata, ‘Tuduhan ini sangat buruk dan kami tidak boleh berdiam diri. Tuduhan yang merbahaya ini sedang disebarkan oleh beberapa orang yang terkenal.’ Saya bertanya mereka, ‘Apakah tuduhan itu?’ Mereka menjawab, ‘Mereka menuduh awak sedang menyuruh kami supaya menyembah awak dan bukannya Allah. Mereka juga menuduh pihak Ikhwan yakin bahawa Hasan Al Banna itu tuhan dan tidak bersifat baharu (tidak mati dan kekal abadi) dan bukan pula seorang Rasul atau wali. Sebelum kami datang ke sini, kami telah mengetahui punca fitnah tersebut. Orang yang memulakannya adalah seorang pemimpin dan ulamak yang memegang jawatan penting. Kata-katanya dipercayai orang. Kami telah menyiasat perkara ini dengan teliti, bahkan kami telah menemui ulamak tersebut dan memintanya memberitahu dari mana dia mendapat maklumat yang mengatakan pihak Ikhwan menganggap Hasan Al Banna sebagai tuhan mereka. Dia menjawab, Saya dengar dari Hasan Al Banna sendiri.’ Kami terkejut mendengar jawapannya. Kami bertanya lagi dan dia memberi jawapan yang serupa. ‘Kami tidak percaya kata-katanya kamu. Kami datang menemui awak kerana hendak tahu perkara sebenarnya. Sebenarnya kami terpegun dengan, keyakinan itu. Kami ingin awak memberi penjelasan sebenar mengenai tuduhan itu.’ Berita ini betul-betul menggemparkan saya. Saya terkejut melihat orang-orang itu sanggup menipu manusia sehingga ke peringkat ini. Saya pun mula mengingat kembali kalau-kalau saya pernah bertemu dengan ulamak tersebut. Saya juga mual memikirkan sebab yang telah mencetuskan fitnah tadi. Namun begitu, saya gagal membuat sebarang kesimpulan. Saya pun bangun serta merta dan mengajak dua orang anggota Ikhwan mengikut saya. Saya juga mengajak dua orang guru Ikhwan yang kenal baik dengan ulamak tadi. Saya menceritakan perkara itu kepada mereka berdua dan terus berkata, ‘Kita mesti pergi berjumpa ulamak itu dan meminta dia memberitahu punca fitnah tersebut. Selepas mendengar laporan kedua sahabat kita ini, saya tidak ada pilihan lain lagi selain dari menyiasat perkara yang sebenarnya. Saya 150 hendak tahu sama ada ulamak tadi yang salah faham atau pun kedua sahabat kita ini yang tidak memahami maksud sebenar kata-kata ulamak tersebut. Tuduhan itu begitu berat sekali sehingga ia tidak boleh dibiarkan begitu saja. Mari kita pergi kepada ulamak itu untuk mendapatkan penjelasan.’ Kami berlima pun pergi ke rumah ulamak tadi dan mengetuk pintu. Pintu dibuka dan kami pun masuk dan duduk di bilik menanti. Tidak lama kemudian, ulamak itu muncul dan mernberi salam kepada kami. Sebaik saja dia melihat kami mukanya menjadi pucat. Dia mula menggeletar dan suaranya pun tersekat-sekat. Dia tahu bahawa dia kini sedang menghadapi kesukaran. Saya pun berkata kepadanya, ‘Kedua sahabat saya ini mengatakan bahawa awak telah mendengar saya menyeru orang menyembah saya dan bukannya menyembah Allah. Sekarang saya hendak penjelasan sama ada awak mengaku atau menyangkal kenyataan mereka itu.’ Ulamak itu menjawab, ‘Benar, saya telah berkata begitu.’ Kemudian saya menyambung, ‘Sekarang jelaslah kedudukan dua sahabat saya itu. Mereka telah menyampaikan berita yang benar. Semoga Allah mencucuri rahmat dan berkat ke atas mereka kerana telah berkata benar.’ Selepas itu, saya berpaling ke arah ulamak tadi dan berkata, ‘Maulana, bilakah awak mendengar saya menyeru para pengikut saya supaya menyembah saya seperti Tuhan?’ Ulamak itu menjawab, Saya agak awak melakukan perkara itu sebulan yang lalu ketika kita berada di dalam sebuah masjid. Seorang guru yang bernama Muhammad Al Laitsee Afandi telah datang dan duduk bersama sama kita. Kemudian para anggota Ikhwan pun tiba seorang demi seorang dan mengucapkan salam kepada awak. Setelah melihat tingkah laku mereka ini, Muhammad AI Laitsee Afandi pun berkata kepada awak, ‘Tuan, para anggota Ikhwan menyayangi tuan sehingga ke peringkat menyembah.’ Kemudian awak menjawab, tika mereka kasih kerana Allah, itu adalah tindakan terpuji. Kami berdo'a kepada Allah agar menambahkan lagi kasih sayang yang seumparna itu.’ Awak juga menyebut kata-kata Imam Syafi’e yang berbunyi demikian: Maksudnya: “Apabila ada golongan rafidh yang kasih pada keluarga Muhammad maka hendaklah jin dan manusia menyaksikan bahawa saya juga golongan itu (yakni rafidh).” Saya pun berkata kepada ulamak itu, ‘Ya, saya masih ingat peristiwa itu.’ Ulamak itu pun terus menambah, ‘Bukankah itu bermakna mereka menyembah awak?’ Seorang anggota Ikhwan yang mengiringi saya dan di samping itu menjadi kawan kepada ulamak tadi pun bangun dan mula mengecamnya. Dia juga menyerbu dan memukul ulamak itu di dalam rumahnya sendiri. Katanya dengan penuh kemarahan, ‘Inikah saja yang awak dapat fahami? Adakah itu yang dipelajari oleh awak? Inikah caranya menyampaikan kebenaran?’ Kami pun menyuraikan mereka. Saya pun berkata kepada ulamak tadi, ‘Maulana, awak telah menyebut kata-kata saya dan awak juga berhak meletakkan maksud yang awak suka. Tetapi awak telah silap bila awak telah berpendapat saya telah menyuruh para anggota Ikhwan menyembah saya (sedangkan Islam melarang berbuat demikian). Awak tidak menyebut langsung tindakan saya memarahi Muhammad Al Laisee Afandi kerana menggunakan perkataan perkataan tadi (yakni menyembah) tadi. Saya telah memberitahunya bahawa penggunaan perkataan-perkataan itu bertentangan dengan Islam. Pendapat151 pendapat begitu telah menyusup ke dalam penulisan dan perbincangan kita lantaran pengaruh kesusasteraan dan kebudayaan Barat. Oleh itu, setiap orang Islam berkewajipan menjauhkan diri dan menggunakan perkataan-perkataan yang bertentangan dengan Islam. Awak ingat kata kata Muhammad Al Laitsee Afandi tetapi lupa kepada teguran-teguran yang saya berikan padanya. Walau bagaimanapun kami rasa sudah cukup kami menerima telatah awak. Saya bersyukur kepada Allah kerana sudah jelas perkara yang sebenarnya.’ Para anggota Ikhwan yang menjadi kawan kepada ulamak tadi berasa tidak puas hati dengan hanya teguran ini saja. Mereka mahu ulamak tadi menjelaskan perkara yang sebenarnya di hadapan satu perhimpunan besar para anggota Ikhwan. Jika tidak, mereka mengugut hendak menghukum ulamak tadi lantaran perbuatannya itu. Ulamak itu bersetuju. Beliau pun menjelaskan kedudukan yang sebenarnya di dalam satu perhimpunan agung para anggota Ikhwan. Dia juga berterima kasih kepada pihak Ikhwan dan menghargai usaha-usaha gigih mereka untuk memperjuangkan Islam dan umat Islam. Kenangan Pada Tahun Hijrah 1348 Pada tahun 1348 Hijrah, Jami’atul Syubban Al Muslimin di Kaherah telah menganjurkan satu persidangan sempena menyambut peristiwa penghijrahan baginda Rasulullah s.a.w. Berbagai alim ulamak turut mengambil bahagian dan memberi syarahan di dalam persidangan itu. Saya juga memberi satu syarahan pendek yang bertajuk ‘Penghijrahan Rasulullah s.a.w. dan Risalah Islam.’ Tidak lama kemudian, pihak Jami’atul Syubban Al Muslimin telah menerbitkan sebuah buku kecil yang mengandungi syarahan-syarahan yang telah disampaikan itu. Syed Muhammad Zabbara Al Hassan dari Yaman turut mengambil bahagian di dalam persidangan itu. Ketika itu dia menjadi Gabenor Qasrul Sa’id di Sana’a. Selepas syarahan, dia bertemu dengan saya dan kami pun berbincang panjang mengenai keadaan di Yaman dan Mesir. Kami bertukar-tukar pendapat mengenai gejala-gejala lucah dan fahaman mulhid (atheisma) yang sedang merebak di keduadua negara tersebut. Kami juga memikirkan cara-cara untuk mengatasi gejala-gajala tadi. Semenjak peristiwa pertemuan ini, kami pun menjadi kawan rapat. Syed Muhammad Zabbara Al Hassan mempelawa saya jawatan guru di Yaman. Beliau telah berutus surat dengan Imam negara Yaman dan juga dengan Saiful Islam Muhammad untuk memberitahu perkara perlantikan saya sebagai guru di Yaman. Saiful Islam Muhammad adalah seorang tokoh pembaharuan yang ingin membawa perubahan kepada masyarakat negaranya. Saya juga berutus surat secara langsung dengan Saiful Islam dan kami pun berkenalan antara satu sama lain tanpa bertemu muka. Namun begitu, saya tidak dapat pergi ke Yaman kerana beberapa sekatan resmi dan masalah politik.Waktu itu, Mesir berada di bawah pengaruh British. Pihak British tidak suka Mesir mempunyai hubungan dengan negara-negara Arab. Syed Muhammad Zabbara melawat Ismailiah dan tinggal bersama saya selama tiga hari. Beliau juga melawat pusat-pusat Ikhwanul Muslimin dan mengkaji rancangan-rancangan dan pusat-pusat pendidikannya. Dia melihat sendiri Sekolah Islam Hira dan Sekolah Ummahatul Mu’minin. Dia juga menyaksikan kegiatankegiatan yang dijalankan oleh para pengakap Ikhwan. Dalam masa yang begitu singkat saja, beliau sempat juga menghadiri ceramah-ceramah yang diadakan oleh Ikhwanul Muslimin dan mengkaji sikap para anggotanya. Dia dapati hati nurani para anggota Ikhwan begitu cinta kepada Islam dan persaudaraan Islam (ukhuwwah 152 Islamiah). Syed Muhammad Zabbara sangat tertarik dengan Ikhwanul Muslimin. Saya masih mempunyai hubungan baik dengannya. Kekayaan dan Kedudukan Dua perkara ini selalu menjadi punca kekacauan. Bahkan dua gejala ini menjadi akar umbi pertikaian di dunia. Para anggota Ikhwanul Muslimin di Ismailiah sangat berkasih sayang di antara satu sama lain. Mereka menjalani kehidupan yang suci dan mulia. Mereka selalu berlumba-lumba untuk berkorban di jalan Allah dan Rasul Nya. Mereka menganggap setiap kesukaran sebagai remeh saja. Ayat Al Quran terikut sentiasa berlegar di dalam pemikiran mereka: (59:9) Maksudnya: “Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (muhajirin), mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang-orang Muhajirin), dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekali pun mereka dalam kesusahan. Dan sesiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Apabila sekolah-sekolah Ikhwan dibuka, beberapa rancangan telah dilaksanakan. Ada sejumlah guru yang memiliki ijazah akademik yang tinggi serta lain-lain kelayakan tetapi mereka kurang layak di segi rohani dan latihan dakwah. Ini merupakan satu perkara yang asing dari fahaman dan cara hidup Ikhwan. Guru-guru ini mula berusaha merebut jawatan-jawatan di dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Kedudukan kewangan Ikhwan tidaklah mewah. Tabung kewangannya hampir habis. Kerap kali para anggota Ikhwan terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk menjayakan rancangan-rancangan tadi. Golongan yang jahat itu mula mengumpat dan berkomplot untuk merebut jawatan bukan saja di dalam pentadbiran sekolah bahkan termasuk juga jawatanjawatan di dalam berbagai cabang pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Mereka telah menyusun satu rancangan untuk mencapai maksud tadi. Seorang ulamak di Sekolah Hira yang bijak dan fasih bersyarah telah diperbesarkan oleh para penyokongnya. Dia kerap dilantik menjadi pengerusi beberapa jawatan kuasa, penyelia pelajaran dan diberi pujian serta penghormatan yang berlebihan. Hal ini telah menimbulkan keinginan di dalam dirinya untuk menjadi Ketua Ikhwanul Muslimin di Ismailiah. Dia tahu saya adalah pegawai kerajaan yang telah menghabiskan tempoh empat tahun di bandar Ismailiah. Saya mungkin akan ditukarkan ke bandar lain tidak lama lagi. Kerana terlalu gilakan jawatan, dia lupa bahawa dia sendiri adalah pegawai kerajaan yang boleh ditukar atau dipecat bila-bila masa saja. Dia tidak mengikut cara yang lumrah untuk mencapai cita-citanya iaitu dengan memberi khidmat yang ikhlas dan gigih kepada gerakan. Sebaliknya dia telah menggunakan cara-cara yang jahat seperti berkomplot, memecah belah dan mengumpat. Dia memperkukuhkan hubungannya dengan beberapa orang anggota Ikhwan yang menjadi ahli Jawatan Kuasa pimpinan Ikhwanul Muslimin. Dia menyangka dengan berbuat demikian, dia akan dapat menyebarkan pengaruhnya di kalangan anggota Ikhwan. Alangkah gigihnya dia 153 dalam usaha untuk memperkuatkan hubungannya dengan para anggota Ikhwan. Kami semua menganggap kegiatannya itu ikhlas dan jujur. Risalah yang dibawa oleh Ikhwan adalah suci. Peribadi Ikhwan juga bersih. Ikhwan bertujuan memperkemas dan memperkukuhkan persaudaraan, akhlak dan ikatan rohani sesama mereka. Perlantikan Naib Ketua Ikhwan Ismailiah Pihak Ikhwan bimbang andainya saya ditukar ke tempat lain. Mereka mahu ada orang yang boleh menggantikan tempat saya dalam memperkembangkan dakwah. Mereka menemui saya untuk menyatakan maksud mereka yang penting itu. Saya sedar betapa mustahaknya perkara itu sehingga saya mengambil masa yang agak lama untuk memikirkannya. Akhirnya saya mencadangkan Syeikh Ali Al Jadawi sebagai pengganti saya kerana dia dikira terbaik di kalangan kami di segi agama dan akhlak. Syeikh Ali Al Jadawi adalah orang yang berpengetahuan sederhana. Bacaan Al Qurannya sangat sedap didengar. Beliau juga sangat giat di dalam perbincangan perbincangan agama. Dia juga selalu mengkaji dan mengajar Al Quran. Di samping itu, dia adalah salah seorang ahli Ikhwan di peringkat awal dulu. Beliau disayangi oleh para anggota Ikhwan. Satu hari, saya mengadakan mesyuarat dan mengesyorkan kepada para anggota Ikhwan supaya dilantik seorang Timbalan Yang Dipertua yang akan memikul tugas kepimpinan andainya saya ditukar di masa kecemasan. Saya pun mencadangkan nama Syeikh Ali Jadawi dan semua ahli Ikhwan menyokong cadangan tersebut. Ada sebahagian ahli Ikhwan mengesyorkan agar Syeikh Ali Al Jadawi menutup perniagaannya dan diambil bekerja dengan Ikhwan sepenuh masa. Dengan cara ini, barulah dia dapat memberi penumpuan sepenuhnya kepada kerja-kerja dakwah. Syeikh Ali Al Jadawi adalah seorang tukang kayu dan mempunyai bengkelnya sendiri. Saya setuju dengan cadangan itu kerana pertubuhan Ikhwan sangat memerlukan seorang pekerja sepenuh masa. Kesemua ahli Ikhwan turut menyatakan persetujuan mereka. Kami melantiknya sebagai imam di masjid Ikhwan. Kami memberi kepadanya sagu hati bulanan dan dia menerimanya dengan senang hati kerana dia memasuki Ikhwan atas dasar pengorbanan dan bukannya untuk mendapat keuntungan duniawi. Hampir kesemua anggota Ikhwan bersikap ?emikian. Dengan berkat Allah, kami sernua berasa gembira dan puas hati. Apabila mengingatkan kami berkemungkinan berpisah dari para sahabat, barulah kami berasa sedih. Komplot Dalam Yang Pertama Bagi Ikhwanul Muslimin Ulamak yang berkeinginan hendak menjadi Ketua Ikhwanul Muslimin Ismailiah berasa terkejut apabila kepimpinan pertubuhan terlepas dari tangannya lantaran perlantikan Timbalan Yang Di Pertua. Dia tidak tahan melihat seorang yang lebih rendah taraf darinya dilantik sebagai Timbalan Yang Di Pertua. Dia berkata kepada dirinya sendiri, ‘Bagaimana seorang tukang kayu boleh disamakan dengan seorang yang terpelajar?’ Ulamak tersebut adalah seorang ahli sajak yang berkelulusan Ijazah Sarjana (M.A.) Al Azhar. Dia juga pandai bersyarah. Justeru itu, dia pun mula mengatur rancangan untuk merampas jawatan yang dipegang oleh Syeikh Ali Al Jadawi. Dia cuba meyakini kawan-kawannya bahawa dia lebih sesuai 154 memegang jawatan itu dan bukannya seorang tukang kayu seperti Syeikh Ali Al Jadawi. Dia juga memberitahu mereka bahawa haknya telah dirampas dan pihak Ikhwan tidak menghargai atau mengiktiraf sumbangan (atau khidmat)nya kepada pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Ulamak itu berusaha dengan gigihnya untuk meyakinkan rakan-rakan Ikhwannya bahawa dia telah menghadapi banyak kesukaran dan menghabiskan banyak wang dan masanya untuk gerakan itu. Menurutnya, senarai pengorbanannya sangatlah panjang. Dia juga menganggap sumbangan Syeikh Ali Al Jadawi sangatlah sedikit jika dibandingkan dengan sumbangannya. Dia menganggap, dirinya telah dizalimi. Dia mengatakan bahawa mesyuarat agung yang diadakan itu tidak sah kerana ianya dilakukan dengan tergesa-gesa dan tanpa pemberitahuan yang sempurna. Menurutnya, ada ahli-ahli Ikhwan yang tidak tahu mengenai mesyuarat tersebut. Oleh itu, mereka tidak dapat memberi pendapat. Mungkin mereka mempunyai pendapat yang berbeza. Bahkan hak mereka untuk menyuarakan pendapat telah dirampas. Ulamak itu terus mengecam Syeikh Ali Al Jadawi. Katanya, ‘Bagaimana Syeikh Ali boleh menerima gaji tiga junaih sebulan untuk tugasnya sebagai imam masjid pada hal pihak Ikhwan sedang menghadapi kekurangan wang. Di samping itu, pihak masjid, sekolah dan lain lain bangunan juga masih berhutang dengannya sebanyak 350 junaih.’ Ulamak itu berkata dia sanggup menjadi Imam masjid tanpa gaji dan akan berpuas hati dengan gaji yang dibayar oleh pihak sekolah. Jika perlu, dia tidak akan meminta gaji lebih dari 50 Qursh. Dengan cara ini, ulamak itu cuba mempengaruhi kawan-kawannya supaya memandang buruk kepada Syeikh Ali Al Jadawi. Dia bertujuan hendak mengubah keputusan mesyuarat dan merampas jawatan Imam dan Timbalan Yang Dipertua untuk dirinya sendiri. Kawan-kawannya itu terpengaruh dengan kata-katanya dan mereka pun mula menghubungi ahli-ahli Ikhwanul Muslimin yang lain untuk mendapat sokongan. Sebilangan anggota Ikhwan menasihatinya supaya jangan meneruskan kegiatannya itu. Tetapi ada sebahagian ahli-ahli Ikhwan yang menyebelahinya. Berita ini tersebar dengan cepat sekali di kalangan ahli-ahli Ikhwan. Saya dapat merasakan punca berita itu. Saya memanggil orang yang bertanggungjawab mengenai hal itu dan cuba sedaya upaya meminta dia memahami perkara yang sebenarnya tetapi dia terlalu terpengaruh dengan ulamak tadi sehingga tidak dapat melihat kebenaran. Dia berpendapat kata-kata ulamak itu adalah untuk kepentingan Ikhwanul Muslimin. Dalam keadaan beginilah syaitan berjaya menyesatkan orang-orang Islam. Perkara ini menjadi semakin genting. Tiga lagi ahli Ikhwan menjadi penyokongnya. Mereka menyokongnya kerana: i) mereka adalah kawan ulamak tadi; ii) mereka terpengaruh dengan ulamak itu; iii) mereka tidak suka kepada Syeikh Ali Al Jadawi dan berasa iri hati apabila beliau dilantik sebagai Ketua Ikhwan Ismailiah. Mereka menjalankan rancangan mereka itu atas alasan untuk kepentingan dan kemajuan Ikhwanul. Muslimin. Saya berazam hendak menyekat fitnah tersebut habis155 habisan. Saya membuat keputusan ini kerana saya menghargai pengorbanan mereka untuk Islam. Saya sayangkan mereka. Saya sedar betapa sukar hendak mencari para anggota yang begitu ikhlas dan bersedia untuk memberi pengorbanan kepada perjuangan Ikhwan. Masa yang panjang diperlukan untuk melatih para belia yang sanggup berkhidmat untuk Islam. Saya menghargai mereka kerana mereka adalah saudara seharakah. Allah telah berfirman di dalam Al Quran (9 : 128): Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang orang mukmin.” Para pendakwah Islam berkewajipan menghayati ayat Al-Quran ini dan setiap sudut hidup mereka haruslah menurut sunnah Rasulullah s.a.w. Mereka sepatutnya mampu menghadapi segala kesukaran hidup dan mengekalkan hubungan yang baik sesama mereka. Sebab-sebab inilah yang membuat saya tidak suka menghukum atau memecat para anggota Ikhwan yang telah melakukan kesilapan itu atau menjauhkan mereka dari saudara Ikhwan lain. Saya menjemput mereka ke rumah saya dan bertanya apa yang dikehendaki mereka. Mereka menjawab, ‘Kami tidak ingin awak melantik Syeikh Ali Al Jadawi sebagai Timbalan Ketua.’ Saya pun berkata, ‘Awak saja yang ingin berbuat demikian sedangkan rakan-rakan awak yang lain mempunyai pendapat yang berbeza dari awak. Mereka telah memilih Syeikh Ali Al Jadawi sebagai Timbalan Ketua. Jika saya menurut kehendak awak, ini bermakna saya telah mengenepikan keputusan rakan rakan awak.’ Mereka menjawab, ‘Tidak! Bukan semua mereka yang hadir. Jika mereka semua hadir, keputusannya akan berbeza. Mesyuarat itu diadakan secara tergesa-gesa dan agendanya tidak jelas.’ Saya bertanya mereka, ‘Andainya kita menjemput kesemua ahli-ahli Ikhwanul Muslimin Ismailiah ke mesyuarat sekali lagi; menerangkan kepada mereka tujuan mesyuarat tersebut awal-awal lagi dan membenarkan setiap ahli menyatakan pendapatnya dengan bebas, maka sudikah awak menerima keputusan suara terbanyak?’ Mereka bersetuju. Saya meneruskan, ‘Nampaknya kita belum lagi kerugian apa-apa. Marilah kita bersumpah di hadapan Allah bahawa kita semua akan berpegang teguh kepada, pendirian kita.’ Kami semua pun bersumpah kepada Allah bahawa kami akan mengotakan kata-kata kami tadi. Tarikh mesyuarat pun ditentukan. Kemudian kad-kad jemputan pun dihantar kepada semua ahli-ahli Ikhwanul Muslimin. Agenda mesyuarat juga dicatitkan dengan jelas di dalam kad jemputan tersebut. Mesyuarat ini adalah perkara yang unggul bagi Ikhwan. Ahli-ahli Ikhwan selalu dijemput di dalam perkara yang membabitkan tatatertib pertubuhan. Mereka menepati hadith Rasulullah s.a.w.: Maksudnya: “Perbandingan orang orang Mu’min di dalam ertikata kasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka dan dalam rasa simpati mereka adalah laksana badan yang satu.” 156 Dan sabda Rasulullah s.a.w. lagi: Maksudnya: “Orang-orang Islam berlaku adil antara satu sama lain. Bahkan orang-orang perseorangan di dalam masyarakat tersebut sentiasa berusaha memelihara keadilan. Dan mereka semua selalu bersatu dalam menghadapi musuh-musuh mereka.” Saya menggunakan kaedah (cara) ini untuk mengelak dari kemungkaran dan menegakkan keadilan untuk semua. Saya memahami apa yang diperkatakan oleh orang-orang tadi. Saya juga dapat menyelami hati mereka. Saya memberitahu Syeikh Ali Al Jadawi supaya membuat pengumuman dia tidak akan mengambil sebarang sagu hati ketika bertugas sebagai Imam masjid andainya dia terpilih di dalam mesyuarat agung nanti (yakni tugas itu dilakukan secara sukarela). Mesyuarat pun diadakan menurut jadual yang telah ditetapkan. Pemilihan pun dijalankan dengan aman. Apabila keputusan diumumkan, kesemua anggota Ikhwan, kecuali segelintir yang memang merupakan para penentang, telah memilih Syeikh Ali Al Jadawi. Dia berdiri, mengucapkan terima kasih dan terus membuat pengumuman yang saya syorkan itu. Kesemua ahli-ahli Ikhwan tertarik dengannya. Ulamak yang inginkan jawatan itu terpegun dengan keputusan mesyuarat tersebut. Lantaran itu, rancangan empat manusia yang hendak memaksakan pendapat mereka ke atas lebih lima ratus ahli telah menemui kegagalan. Ahli-ahli sedemikian memang boleh membawa masalah kepada sebarang pertubuhan. Dalam hal ini, peraturan Islam sangat jelas dan tegas sekali. Rasulullah s.a.w. bersabda, Maksudnya: “Jika ada satu kumpulan datang kepada kamu lalu menguasai kamu untuk meretakkan tongkat (perpaduan) kamu maka hendaklah kamu memukulnya dengan pedang kamu dalam keadaan mana sekali pun.” Kita kini menerima kesan dari corak hidup yang disogokkan kepada kita atas nama demokrasi dan hak kebebasan perseorangan. Kekacauan masyarakat tidak boleh dibiarkan berlaku atas nama demokrasi dan hak perseorangan. Selepas mesyuarat, para anggota Ikhwan mengerumuni saya untuk memberi sumbangan mereka kepada Syeikh Ali Al Jadawi, yang telah sanggup meninggalkan tugasnya dan memberi khidmatnya dengan percuma itu. Tetapi saya yakinkan mereka bahawa Syeikh Ali tidak akan dibiarkan begitu saja tanpa sebarang pembelaan. Kita akan memberi kepadanya salah satu kedai kedai di masjid untuk dia mencari nafkah. Dengan cara itu, dia juga dapat tinggal berdekatan dengan masjid. Saya berdo'a bagi pihak semua ahli yang hadir di mesyuarat tersebut dan menganggap komplot itu sudah selesai. Komplot Yang Kedua Hati manusia, apabila perasaan tamak bertempat di dalamnya maka dia tidak akan nampak kebaikan dan kebenaran. Perkara yang begini berlaku kepada kami. Selepas mesyuarat, para penentang tadi pergi bertemu ulamak yang gila pangkat itu 157 dan menceritakan kepadanya perjalanan mesyuarat. Mereka mula merancang satu komplot baru setelah keputusan mesyuarat tidak menepati kehendak mereka. Mereka merancang hendak memburukkan Ikhwanul Muslimin atas nama simpati dan nasihat. Mereka mula menyebarkan dakyah berikut: i) Hassan Al Banna telah memberi seluruh tanggungjawab pertubuhan ke tangan orang yang sangat merbahaya kepada gerakan; ii) pihak Ikhwan berhutang dengan para peniaga sebanyak 350 junaih untuk pembinaan masjid dan pusat gerakan Ikhwan; iii) jika para peniaga tahu mengenai keadaan ini, mereka akan meminta wang mereka dikembalikan dan orang-orang lain pun akan berhenti dari memberi sumbangan. Dengan demikian, orang ramai akan memburukkan nama pertubuhan Ikhwan; iv) mampukah Syeikh Ali Al Jadawi memikul tanggungjawab kepimpinan yang berat itu, lebih-lebih lagi apabila Hasan Al Banna ditukar ke tempat lain? Bukankah lebih baik jika dilantik seorang yang tabah dan kaya sebagai Timbalan Yang Dipertua? Orang begini boleh menyelamatkan pertubuhan dari sebarang pertikaian. Saya mendapat tahu dakyah ini sedang tersebar di kalangan masyarakat. Orang ramai mula berbincang perkara ini apabila mereka bertemu dan berkumpul. Saya menyahut cabaran ini dengan penuh semangat dan berazam menyelesaikannya dengan cara saya sendiri. Saya memanggil para peniaga yang menjadi peminjam (pemberi hutang) kepada Ikhwan. Jumlah mereka hanya tiga atau empat orang. Saya meminta mereka bersatu dengan menggunakan satu nama saja untuk memudahkan Ikhwan membayar hutang. Kesemua mereka bersetuju. Peniaga yang menyanggupi bebanan hutang itu telah diberitahu bahawa duitnya akan dibayar secara ansuran yang memakan masa yang sangat lama untuk diselesaikan. Ansuran bayaran itu ialah sebanyak lapan paun sebulan. Dia bersetuju menerima bayaran ansuran yang sangat sedikit itu. Saya menulis hutang atas nama saya dan meminta dia memberi pengakuan bahawa Ikhwanul Muslimin tidak beri hutang apa-apa dengannya lagi (yakni bebanan hutang itu terletak kepada Hassan Al Banna penterjemah). Pengakuan bertulis ini dikepilkan bersamasama pengakuan bertulis para peniaga lain. Sekarang Ikhwanul Muslimin Ismailiah tidak berhutang kepada sesiapa lagi. Selepas itu, saya pun menjemput semua ahli Ikhwan menghadiri satu mesyuarat. Empat orang penentang tadi juga turut hadir. Saya menceritakan segala tindakan saya itu kepada mereka. Keempat orang penentang tadi terkejut besar. Mereka pun mula mencipta alasan alasan yang lemah. Kata mereka, ‘Mengapa awak bersusah payah begitu banyak sekali? Kami tidak akan membenarkan awak memikul bebanan (hutang) itu sendirian. Patutkah awak diberi ganjaran di atas pengorbanan awak itu? Jika kesukaran timbul dengan tiba-tiba, apakah yang awak akan lakukan?’ Saya memberitahu mereka, ‘Perkara yang berkaitan dengan diri saya, biarkan saja kepada saya seorang. Berkenaan dengan hutang yang saya tanggung itu, saya 158 telah membuat persediaan untuk membayar kesemuanya dengan cara ansuran yang sangat mudah. Peminjam (semoga Allah memberkatinya) saya setuju dengan cara bayaran itu. Saya melibatkan diri di dalam pertikaian ini sebagai salah seorang anggota masyarakat Islam. Adalah menjadi kewajipan saya untuk berbelanja di jalan Allah (untuk Islam). Oleh itu, janganlah berasa bimbang terhadap diri saya. Ini sudah cukup bagi kita semua untuk terselamat dari dituduh yang bukan-bukan oleh orang ramai. Semoga Allah meletakkan kita di jalan yang lurus. Selepas itu, para penentang tadi tidak ada apa yang hendak disebutkan lagi. Salah seorang penentang itu menyatakan hasratnya hendak meletakkan jawatannya sebagai Setiausaha Kewangan. Perletakan jawatannya diterima dan jawatan itu diserahkan kepada ahli Ikhwan yang lain. Apabila dia mengeluarkan peti wang untuk diserahkan, dia kelihatan pucat. Sambil menyerahkan kunci peti itu, dia berkata, ‘Semoga, dengan izin Allah, tabung kewangan ini akan selamanya kosong,’ Saya membalas, ‘Bukan begitu saudara. Semoga dengan rahmat Allah, tabung kewangan ini akan sentiasa penuh.’ Para penentang tadi pun meninggalkan tempat itu. Setelah itu, dengan rahmat Allah, tabung kewangan tidak pernah kosong. Semoga Allah memberkati orang-orang yang telah memastikan agar tabung kewangan Ikhwanul Muslimin sentiasa penuh. Apabila mereka tahu saya telah menanggung seluruh bebanan hutang Ikhwan, mereka pun mengadakan mesyuarat di rumah Syeikh Muhammad Hussain Zamloot. Mereka yang berkumpul di situ begitu pemurah sekali sehingga mereka sanggup sama sama memikul bebanan hutang tadi. Dalam masa yang singkat saja, lebih 400 paun telah dikumpulkan dan kesemua hutang tadi dapat dijelaskan. Baki 5 paun yang tinggal telah dimasukkan ke tabung kewangan Ikhwan. Kami juga menerima derma yang mencukupi dari para anggota Ikhwan. Kini, wang yang ada di dalam tabung kewangan kami sudah cukup. Allah berfirman di dalam Al Quran (63 : 7): Maksudnya: “Padahal kepunyaan Allahlah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang orang munafik itu tidak memahami.” Para Penentang Membuat Aduan Kepada Pendakwa Raya Para penentang tadi telah melihat betapa pemurahnya ahli-ahli Ikhwan hingga berebut-rebut untuk mengorbankan harta benda mereka demi mendapat keredhaan Allah. Para penentang tadi tidak mengambil pengajaran dari contoh akhlak ini. Sebaliknya permusuhan dan kebencian mereka semakin bertambah. Memang benar; apabila seseorang itu merasa tamak, dia akan menggunakan berbagai cara yang salah untuk mencapai cita-citanya. Ada berbagai jenis manusia di atas muka bumi ini. Dunia ini diduduki oleh makhluk-makhluk yang beranika ragam. Orang yang meletak jawatan sebagai Setiausaha Kewangan itu telah menemui Pendakwa Raya dan membuat aduan bertulis. Yang baiknya mengenai dirinya ini ialah dia menentang secara terbuka. Ini menunjukkan keberanian dan kesan dari dakwah yang diterimanya. Saya berpendapat sifat ini adalah hasil dari latihan Ikhwan walau pun ia digunakan untuk tujuan lain. Aduannya itu berbunyi demikian: 159 ‘Hassan Al Banna, Ketua Ikhwanul Muslimin Ismailiah dan guru sekolah rendah sedang menyalahgunakan tabung kewangan Ikhwanul Muslimin. Dia juga menghantar wang kepada adiknya di Kaherah yang merupakan Yang Dipertua Ikhwanul Muslimin Kaherah. Dia juga menghantar wang ke Pelabuhan Sa’id dan Aboo Suwair. Wang tersebut didermakan oleh para penduduk Ismailiah. Oleh itu, ia harus dibelanjakan di Ismailiah saja. Maka Pendakwa Raya berkewajipan melindungi wang, maruah dan darah rakyat Ismailiah. Semoga Pendakwa Raya mencampuri perkara ini dan menyekat Hasan Al Banna dari terus membazirkan wang orang ramai.’ Pendakwa Raya yang menerima surat aduan itu mempunyai fikiran yang tajam dan teliti. Setakat yang saya ingat, namanya ialah Mahmood Mujahid yang kini bertugas sebagai seorang hakim. Dia memanggil orang yang membuat aduan tadi dan menyoalnya dengan baik sama ada dia (pengadu tadi) termasuk di dalam Jawatan Kuasa Kerja Ikhwan. Dia menjawab ya! Dia juga memberitahu bahawa dia bertugas sebagai Bendahari dan telah meletakkan jawatan dan perletakan jawatannya itu diterima. Pendakwa tadi bertanya sama ada pihak Jawatan Kuasa Kerja membenarkan dia membelanjakan wang tabung. Dia menjawab ya juga. Pendakwa itu bertanya lagi sama ada dia menjadi anggota Majlis Tertinggi. Dia menjawab, ‘Saya menjadi anggota setiap Jawatan Kuasa Pertubuhan itu. Sekarang saya tidak menganggap diri saya menjadi anggota mana-mana Jawatan Kuasa pun. Saya benci kepada mereka semua.’ Pendakwa itu menyoal lagi, ‘Jika belanjawan ini dibentangkan di hadapan Majlis Tertinggi, adakah ia akan diluluskan?’ Dia menjawab, ‘Ya, bahkan jika wang itu digunakan oleh diri Hasan Al Banna sendiri, pihak Majlis Tertinggi akan meluluskannya. Hasan Al Banna telah memukau mereka. Mereka meluluskan tindakannya tanpa berfikir lagi di dalam segala hal.’ Selepas perbincangan yang panjang itu, Pendakwa itu berkata, ‘Andainya Jawatan Kuasa Kerja dan Majlis Tertinggi meluluskan setiap cadangan yang dikemukakan oleh Hasan Al Banna, mengapa awak harus mencampuri urusan mereka, sedangkan awak bukan menjadi ahli pertubuhan itu. Apakah kaitan pihak Pendakwa Raya dengan perkara ini? Ikhwanul Muslimin ialah sebuah pertubuhan yang terdiri dari orang-orang yang berakhlak mulia. Orang-orang Islam telah mendermakan wang mereka dan wang itu dibelanjakan oleh wakil-wakil mereka. Atas alasan apakah pihak Pendakwa Raya hendak mencampuri urusan mereka ini? Mereka boleh buat apa yang mereka suka dengan wang mereka itu.’ Pendakwa tadi meneruskan hujahnya, ‘Orang muda! Awak adalah seorang yang ikhlas di segi zahirnya tetapi melakukan kesalahan yang besar. Dengan tulus ikhlas, saya menasihati awak supaya kembali ke pangkuan mereka. Bekerjalah bersama mereka dan jauhkan dari fikiran yang sebegini. Jika awak tidak setuju dengan kegiatan mereka, maka pulanglah ke rumah dan buatlah kerja lain. Biarlah mereka dengan kerja yang sedang mereka lakukan. Awak patut sekali mengikuti nasihat saya demi kepentingan diri awak sendiri.’ Selepas mendengar kata-kata ini, pemuda itu pun beredar dari situ. Syeikh Hamid Askariya mendapat tahu perkara yang sedang berlaku. Dia pun datang ke Ismailiah dari Syabrakhiyat. Dia berusaha untuk menjadi orang tengah dan 160 membawa para pemuda yang terlibat tadi kembali ke jalan yang benar, tetapi gagal. Para pemuda itu tidak mahu meninggalkan sikap permusuhan mereka. Syeikh Hamid Askariya adalah seorang yang sangat bijaksana dan bertimbang rasa. Selepas menemui mereka tadi, dia datang kepada saya sambil berkata, ‘Tidak ada kebaikan lagi yang masih tinggal di dalam diri mereka. Mereka tidak memiliki roh (semangat) Islam lagi. Mereka sudah hilang sifat patuh kepada pemimpin mereka. Orang-orang yang sudah kehilangan dua sifat ini tidak akan membawa kebaikan kepada Ikhwanul Muslimin. Penentangan mereka ialah satu keberkatan yang tersirat bagi orang-orang Mukmin. Teruskanlah perjuangan awak.’ Syeikh Hamid Askariya pun kembali ke Syabrakhiyat selepas menyuarakan pendapatnya mengenai golongan penentang tadi. Terfikir oleh saya hendak mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi untuk memecat para penentang tadi secara resmi dari Ikhwanul Muslimin. Sebelum saya dapat berbuat demikian, para penentang tadi telah menghantar surat berhenti dari menjadi ahli ke pejabat Ikhwanul Muslimin. Jawatan Kuasa Kerja menerima keputusan bertulis mereka itu dan pertikaian tersebut pun berakhir. Usaha Untuk Menggugat Perpaduan Para penentang tadi mendapati diri mereka sudah jauh dari ahli Ikhwanul Muslimin. Mereka tidak boleh mencari jalan untuk berkomplot terhadap Ikhwanul Muslimin lagi. Oleh itu, mereka pun mula menyebar fitnah terhadap kami. Mereka menghantar surat-surat layang ke pejabat-pejabat kerajaan dari Kementerian Pelajaran ke Balai Polis dan Hakim Daerah. Anasir-anasir ini cuba bergaul dengan orang-orang berpengaruh Ikhwanul Muslimin dengan tujuan menyebarkan fitnah di kalangan mereka agar mereka menjauhkan diri dari pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Sasaran pertama mereka ialah Syeikh Muhammad Hussain Zamloot. Mereka memberitahunya, ‘Ikhwanul Muslimin ialah satu pertubuhan yang merbahaya. Jika awak tahu mengenai kegiatan sulitnya, awak akan menjauhkan diri dari mereka serta merta. Bahkan awak akan berusaha menyelamatkan nyawa awak. Kami ingin membawa perkara kegiatan mereka ini kepada Jabatan Kerajaan. Sebelum kami berbuat demikian, kami mahu awak tahu mengenai perkara ini agar awak dapat berhati-hati dan memutuskan hubungan awak dengan mereka. Adalah lebih baik jika awak mengumumkan pemberhentian awak dari menjadi ahli Ikhwanul Muslimin. Selepas itu, barulah kami memberitahu pihak berkuasa yang berkenaan mengenai kegiatan mereka yang merbahaya itu. Dengan cara ini, awak tidak akan terlibat dengan kegiatan mereka itu.’ Syeikh Muhammad Hussain Zamloot bertanya, ‘Awak yakinkah bahawa apa yang awak katakan itu benar?’ Mereka menjawab, ‘Kami yakin kami benar. Bahkan kami juga mengambil bahagian di dalam kegiatan sulit mereka.’ Syeikh Zamloot adalah seorang yang bijaksana dan berkemampuan. Dia memiliki iman yang teguh. Dia juga berani dan juga lantang ketika menyuarakan pendapat. Dia berkata kepada mereka, ‘Dalam hal ini, hanya dua penilaian saja yang ada kaitan dengan awak. Jika awak bercakap benar, ini bermakna awak telah berkhianat dan memecah amanah (pertubuhan). Jika awak berdusta, ini bermakna awak semua adalah pendusta. Dalam keadaan begini, bagaimana saya hendak menyebelahi atau menghormati awak? Sama ada awak adalah pendusta atau perampas hak, sila keluar dari sini kerana saya tidak mahu melihat muka awak lagi.’ 161 Saya masih ingat lagi ketika Syeikh Muhammad Hussain Zamloot datang menemui saya di sekolah. Dia kelihatan sangat marah. Setelah meminta kebenaran Pengetua, dia pun membawa saya keluar dari bilik darjah. Perlahan-lahan kami pun keluar dari kawasan bandar. Dia pun mula menyoal saya mengenai kenyataan yang dia dengar dari beberapa penentang Ikhwan tadi. Dia memberitahu saya, ‘Awak kembali ke bandar serta merta. Jika apa yang mereka kata itu benar, awak seharusnya mengatur langkah-langkah untuk menyelamatkan diri awak. Andainya awak betulbetul menjalankan kegiatan sulit, awak perlu berjaga-jaga agar sesiapa pun tidak mengetahuinya. Jikalau rahsia kegiatan itu telah didedahkan, hendaklah awak membuat pengakuan tidak menjadi ahli Ikhwan lagi. Awak beritahu mereka bahawa Yang Di Pertua Ikhwan ialah Muhammad Aboo Hussain Zamloot.’ ‘Saudara ku, awak masih muda. Awak ada masa depan untuk difikirkan. Lagi pun awak adalah kakitangan kerajaan. Pihak kerajaan mungkin mendatangkan kesusahan kepada awak. Awak adalah tetamu di bandar kami. Awak telah menjalankan usaha kerana Allah. Awak layak menerima penghargaan dan kesyukuran.’ Saya terus mendengar kata-katanya yang sangat menarik itu. Kemudian saya berkata kepadanya, ‘Tuan, bertenanglah, sesungguhnya apa yang sedang kami lakukan secara terang-terangan. Orang-orang tadi telah berdusta. Kegiatan mereka untuk menyusahkan perjuangan kita ini bukanlah perkara baru. Sebenarnya, mereka tahu awak telah dan sedang membelanjakan kekayaan awak untuk perjuangan kita ini. Mereka juga tahu awak adalah seorang yang berakhlak mulia di bandar ini. Oleh itu, langkah pertama mereka ialah menyekat Ikhwanul Muslimin dari menerima sokongan awak. Lepas itu, barulah mereka akan mencanangkan kepada umum bahawa Ikhwanul Muslimin itu merbahaya. Saya sangat berterima kasih kepada awak kerana telah memberi nasihat yang baik itu.’ Selepas perbualan tadi dia berkata, ‘Saya pernah dengar bapa saudara saya, Syeikh Eid berkata, ‘Saya berdo'a kepada Allah agar dia tidak mengambil nyawa saya sehingga saya dapat melihat undang-undang Islam ditegakkan dan negara Islam berjaya diwujudkan.’ Dia mati tanpa mencapai hasratnya itu. Saya juga ingin melihat Islam gemilang semula sebelum saya menemui maut. Tetapi saya rasa cita-cita ini terlalu jauh untuk dicapai kerana orang-orang Islam masih menganggap setitis darah mereka sebagai sesuatu yang sangat berharga. Selagi mereka beranggapan bahawa darah mereka sangat berharga, selagi itulah mereka tidak akan berjaya. Harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan kebebasan dan kemuliaan darah. Al Quran telah menyatakan hal ini di berbagai ayat. Sejarah hidup Rasulullah s.a.w. dan para sahabat juga membuktikan hal ini. Bukankah begitu?’ Saya berkata kepadanya, “Ya, apa yang awak katakan itu memang benar. Tetapi saya ingin memperingatkan awak bahawa iman yang teguh saja yang dapat menentukan nilai darah yang dikorbankan. Darah yang mengalir kerana Allah akan mendatangkan ganjaran yang besar di Akhirat kelak. Lantaran itu, saya dapat melihat api iman sedang membakar hati-hati para penyembah Allah. Insya Allah, kumpulan ini akan menyebarkan cahaya Islam. Mereka ini sangat suka kepada setiap amalan yang baik (amal soleh). Semoga Allah memberi awak umur panjang agar awak dapat melihat kegemilangan Islam tertegak di seluruh dunia.” 162 Syeikh Zamloot membalas, ‘Tetapi kumpulan ini sangat kecil.’ Saya pun berkata, ‘Jumlahnya akan membesar di masa depan. Menurut Al Quran, kumpulan yang berpendirian tegas mendapat berkat dari Allah: Maksudnya: “Orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah berkata; ‘Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al Baqarah: 249) Syeikh Zamloot menjawab, ‘Semoga Allah melimpahi awak dengan segala yang baik. Kita yakin sepenuhya kepada Allah. Kita memohon dan berharap dari Nya.’ Kemudian dia menambah lagi, pihak pendakwa bertanya saya mengenai suratsurat yang dihantar oleh penentang tadi. Saya menasihatinya supaya melemparkan surat-surat itu ke dalam tong sampah. Jika aduan mereka itu benar, mereka sepatutnya menulis nama serta alamat mereka dan berani menghadapi kenyataan:’ Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Syeikh Zamloot. Sepanduk dan Bahan Penerbitan Yang Mengandungi Kenyataan Palsu Para penentang tadi mencari jalan lain untuk memburukkan Ikhwanul Muslimin. Mereka mula membuat majalah dan buku-buku kecil yang mengandungi tuduhan-tuduhan palsu. Di antara tuduhan mereka ialah: ‘Tidak ada kebebasan bersuara di dalam pertubuhan Ikhwan. Ikhwan tidak mengamalkan syura.’ Mereka sendiri menentang kenyataan ini apabila mereka berkata bahawa Jawatan Kuasa Kerja dan Majlis Tertinggi tidak menentang sebarang cadangan saya (Hasan Al Banna), bahkan meluluskannya secara membuta tuli. Jika sesuatu cadangan itu telah dirujuk kepada Jawatan Kuasa Kerja dan Majlis Tertinggi, bagaimanakah boleh dikatakan Ikhwan mengenepikan syura? Lagipun, membangkang semata-mata kerana hendak membangkang tidaklah termasuk di dalam adab syura. Mereka juga berkata wang Ismailiah dibelanjakan di Kaherah dan Hasan Al Banna menghantar wang tersebut kepada adiknya di Kaherah. Mereka juga menuduh Hasan Al Banna membelanjakan wang Ismailiah untuk Aboo Suwair dan Pelabuhan Sa’id. Ini bermakna seseorang itu tidak boleh meminta bantuan atau kerjasama dari mana-mana saudara maranya untuk kepentingan pertubuhan walaupun saudaranya itu sangat berguna kepada pertubuhan. Ini tidak adil kerana saudara maranya itu tidak patut dikecam atas kesalahan yang tidak dilakukan oleh mereka. Para penentang tadi juga berkata, ‘Penyata kewangan masjid tidak dibentangkan kepada orang ramai. Kita tidak tahu pendapat masjid dan bagaimana ia dibelanjakan. Barang-barang sekolah dibeli tanpa megeluarkan tawaran (tender) dan hal ini tidak sah di segi undang-undang. Orang ramai berkewajipan meminta penyata kira-kira dari orang-orang yang bertanggungjawab di dalam Ikhwanul Muslimin.’ Akhirnya saya mendapat tahu mengenai laporan yang palsu dan tidak berasas yang diterbitkan oleh para penentang tadi. Saya pun pergi ke rumah ketua mereka. Dia seorang yang bijak. Saya menghormatinya. Saya berkata kepadanya, ‘Saya mendapat tahu awak telah menerbitkan kenyataan-kenyataan sebegini. Betulkah begitu?’ Dia 163 enggan menjawab soalan saya itu. Akhirnya dia mengaku setelah saya menunjukkan beberapa rangkap kenyataan yang telah dicetak itu. Saya menyambungkan, ‘Tidak mengapa Pak Cik. Awak boleh buat apa yang awak suka. Saya datang ke sini bukan untuk meminta awak berhenti mencetak dan menerbitkan laporan ini. Saya juga tidak akan meminta awak berhenti dari menjalankan usaha menentang gerakan Ikhwan. Awak adalah tuan bagi segala pendapat-pendapat awak. Oleh itu awak boleh lakukan apa saja yang awak suka. Setakat yang saya tahu dan ingat, awak adalah seorang yang bertimbang rasa. Setiap tindakan ada tindak balasnya. Membalas dendam tidak menguntungkan sesiapa. Apakah yang awak inginkan dari laporan ini?’ Dia menjawab, ‘Kami hendak menerangkan perkara yang sebenarnya kepada orang ramai.’ Saya membalas, ‘Perkara yang awak anggap benar itu adalah satu dusta. Saya tidak mahu bertengkar mengenai perkara ini. Awak silap jika awak fikir kami tidak berupaya menjawab tuduhan itu dan meyakinkan orang ramai kepada perkara yang sebenarnya. Insya Allah, kami akan membuktikan awak adalah seorang pendusta dan kami di pihak yang benar. Awak hanya mempunyai alasan-alasan palsu dan tidak berasas tetapi kami ada surat-surat yang sah di segi undang-undang. Lagi pun awak lebih tahu perkara yang sebenarnya. Awak sendiri pernah menjaga buku kira-kira masjid. Segala barang-barang yang dibeli untuk sekolah diketahui oleh awak. Kebanyakan pembelian barang-barang untuk masjid dan lain-lain institusi dibuat melalui awak. Oleh itu, apabila awak menghadapi orang ramai, kamilah yang memiliki kelebihan dan bukannya awak. Lagi pun, kami ada bukti yang tidak awak miliki. Kami lebih rapat dengan orang ramai dan hubungan kami dengan mereka adalah lebih kuat dari awak. Kami boleh menjelaskan perkara ini kepada orang ramai melalui penulisan, ceramah ceramah umum, persidangan dan perjumpaan. Kami boleh menyatakan pendapat kami kepada orang ramai di masjid, kedai-kedai kopi, jalanjalan raya, pasar-pasar dan lain-lain tempat umum. Kami mempunyai beberapa lidah dan pena untuk menyatakan kebenaran. Lagi pun, kebenaran itu tetap ketara. Ia tidak dapat disembunyikan. Ada satu perkara yang menyakitkan saya. Selama ini saya memaparkan awak kepada orang ramai dengan penuh penghormatan seperti anak memuliakan bapanya. Saya telah memperkenalkan awak kepada mereka sebagai orang yang cintakan Islam. Tetapi sekarang saya terpaksa mendedahkan peribadi awak yang sebenarnya kepada orang ramai. Saya akan berkata awak telah mengkhianati pertubuhan Ikhwan dan terbukti sebagai seorang pendusta dan berpurapura. Perkara inilah yang membuat hati saya merasa tersangat pedih. Semoga Allah memberkati penyair Arab yang telah berkata: Maksudnya: “Kita kerap memenggal kepala orang orang yang sangat kita kasihi kerana mereka telah menjadi kejam.” ‘Usaha membalas dendam ini tidak akan mendatangkan hasil yang. baik kepada kita berdua. Usaha awak untuk memburukkan nama ahli-ahli Ikhwanul Muslimin akan gagal. Adalah lebih baik awak tahu akibat tindakan awak itu terlebih dahulu. Andainya awak ingin meneruskan kegiatan awak itu kerana hendak membalas dendam, maka kerugian tetap berada di pihak awak. 164 Orang ramai telah tahu apa yang hendak awak katakan. Sudah cukup bagi awak jika awak sedar Allah itu Maha Mengetahui. Jika awak fikir awak melakukan semua ini kerana Allah, maka Allah lebih mengetahui mengenai perkara ini. (Wallahualam) Orang alim ini telah terpengaruh dengan kata-kata saya itu. Akhirnya dia berjanji hendak berhenti mencetak risalah palsu itu dan mengambil balik naskah asalnya dari kedai cetak. Saya menerima janjinya itu dan terus pulang. Ceramah-Ceramah dan Kesan-Kesannya Saya masih ingat satu ceramah yang saya berikan atas tajuk ‘Pentingnya Kebersihan Hati'. Dalam ceramah ini, saya menekankan betapa perlunya kesejahteraan itu wujud di kalangan semua manusia dan betapa pentingnya didamaikan pihak pihak yang bersengketa. Selepas menyampaikan ceramah ini, saya duduk di satu sudut dan mula bertafakkur. Saya mempersoalkan diri saya sendiri, Wahai Hasan Al Banna. Awak menyuruh orang lain berbuat baik tetapi lupa kepada diri sendiri. Apakah maksudnya ini? Allah mengasihi orang yang benar dan orang yang berkata benar. Allah tidak suka kepada orang yang tidak patuh dan gemar bertengkar. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, Maksudnya: “Mahukah kamu sekalian aku menunjukkan kamu kepada sesuatu yang lebih tinggi darjatnya daripada sembahyang, puasa dan sedekah.” Mereka menjawab, ”Tentu, wahai Rasulullah!” “Memperbaiki hubungan sesama manusia sesungguhnya rosaknya hubungan sesama manusia suatu perkara yang ‘mencukur’. Maksud aku bukan ia mencukur rambut tetapi ia mencukur agama.” Allah telah berfirman di dalam Al Quran (4: 128). Maksudnya: “Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu menggauli isterimu dengan baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” ‘Allah dan RasulNya telah memperkatakan yang benar. Bagaimana dengan diri saya? Saya menyuruh orang lain tetapi saya sendiri tidak mengamalkannya. Sikap saya ini tidak betul. Hati dan rohani perlu bersih dan suci. Perasaan marah mesti dihancurkan. Saya dahulu perlu mengamalkan kebenaran. Walaupun saya tidak melakukan dosa atau bertindak ganas terhadap seseorang, namun begitu saya perlu. menguji diri saya.’ Saya mengambil pena dan mula menulis surat kepada ketua para penentang tadi. Dalam surat itu, saya menulis, ‘Saya sedia melupakan perkara yang lepas. Para 165 penentang juga diterima kembali ke dalam Ikhwanul Muslimin jika mereka inginkan demikian. Andainya mereka menerima tawaran saya ini atas dasar persaudaraan Islam (Ukhuwwah Islamiah), maka Allah saja yang akan memberi ganjaran kepada mereka. Saya telah memaafkan mereka. Sekarang mereka pula patut memaafkan saya pula. Jika mereka sanggup, saya sedia mengalu-alukan mereka. Saya memberi mereka hak untuk memilih wang atau sekumpulan orang sebagai orang tengah. Mereka boleh memilih sesiapa pun yang mereka suka. Kita akan bentangkan masalah kita ini kepada orang tengah tadi. Saya akan menerima apa saja keputusan yang bakal dicapai.’ Saya juga menulis sebab yang mendorong saya berbuat demikian. Ini adalah kesan dari ceramah saya sendiri terhadap diri saya. Saya melakukan perkara ini kerana takut kelak saya dimasukkan di kalangan orang-orang yang Allah ceritakan di dalarn Al-Quran (Saff:2-3): “Hai orang orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?” “Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.” Kenapa (mengapa) kamu katakan sesuatu sedangkan ianya tidak kamu lakukan. Ini adalah satu dosa besar bagi mereka yang berkata apa yang mereka tidak lakukan. Surat saya itu tidak membawa sebarang perubahan kepada mereka walaupun saya telah berterus terang dan jujur. Saya mengambil keputusan hendak membawa surat itu sendiri kepada Ketua para penentang tadi. Ahli-ahli Ikhwan membangkang keputusan saya itu dan mereka keberatan membenarkan saya berbuat demikian. Tetapi saya tetap bertegas dengan keputusan saya itu. Saya juga bertegas hendak membawa surat itu kepadanya seorang diri. Para anggota Ikhwan terkejut dengan keputusan saya ini. Namun begitu, saya dapat merasa satu kekuatan yang hebat di sebalik kelemahan saya ini kerana kelemahan ini menepati kepatuhan kepada Allah. Kata Kata Yang Benar Surat saya tidak dapat mempengaruhi orang-orang yang berhati keras tadi. Ketua mereka tidak dapat berpegang kepada janjinya untuk tidak mencetak laporan palsunya kerana salah scorang dari ahli kumpulannya telah pecah amanah. Walaupun mendapat tentangan dari rakan-rakannya, orang tersebut menerbitkan juga laporan itu di bawah namanya sendiri. Laporan itu kemudiannya disebarkan kepada orang ramai. Dia sendiri telah membawa beberapa salinan laporan tersebut ke Aboo Suwair dan Pelabuhan Sa’id yang terletak tidak jauh dari Ismailiah. Selepas saja laporan ini diterbitkan, Jawatan Kuasa Kerja Ikhwanul Muslimin telah menyediakan risalahrisalah untuk menjawab segala tuduhan di dalam laporan palsu itu. Risalah Ikhwan ini diberi tajuk ‘Kebenaran’. Risalah ‘Kebenaran’ ini telah menghilangkan salah faham yang disebabkan oleh laporan palsu para penentang tadi. Kini, lebih ramai lagi orang berminat dengan kegiatan Ikhwanul Muslimin. Berikutan itu, ramailah orang menyertai Ikhwanul Muslimin. Kelembutan 166 Dalam satu mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Ikhwan, satu keputusan telah dicapai. Keputusan itu ialah saya diminta berunding dengan ahli-ahli Ikhwan sama ada perlu atau tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas para penentang tadi atas alasan memburukkan Ikhwanul Muslimin. Satu hari, selepas solah Isyak, kami berhimpun di dalam masjid. Saya telah merasmikan mesyuarat itu. Sebelum sempat saya memberi penjelasan mengenai tajuk yang hendak dibincangkan, salah seorang yang sedang solah di masjid itu telah membaca ayat-ayat Al-Quran berikut: (6: 112 115) Maksudnya: “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitansyaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan perkataan yang indahindah untuk menipu (manusia). Kalau Tuhan Mu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka adakan. Dan juga agar hati kecil orang orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat cenderung kepada bisikan itu, mereka merasa senang kepadanya dan supaya mereka mengerjakan apa yang mereka (syaitan) kerjakan. Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran) kepadamu dengan terperinci? Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahawa Al-Quran itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang-orang yang ragu-ragu. Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran), sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merobah robah kalimat-kalimat- Nya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Dia membaca ayat-ayat suci itu dengan nyaring dan kami begitu khusyuk mendengarnya. Selepas membaca ayat-ayat itu, dia pun diam. Saya juga turut berdiam diri. Para anggota Ikhwan bertanya, ‘Mengapa kita berhimpun di sini?’ Saya menjawab, ‘Perkara ini telah pun selesai, adakah terdapat hakim selain daripada Allah s.w.t.?’ Saya pun menerangkan tujuan mesyuarat kita. Sekarang saya menarik balik cadangan saya hendak membuat saman di mahkamah. Perintah Allah sudah cukup bagi kita. Ia merupakan keputusan muktamad kita. Berakhirnya Gangguan Ulamak Pengacau Ulamak yang bercita cita hendak menjadi Ketua Ikhwanul Muslimin Ismailiah itu bertugas sebagai guru di sekolah Ikhwanul Muslimin. Dia menjalankan segala cara-cara yang buruk di dalam usahanya itu. Dia begitu terpengaruh sekali sehingga dia boleh menafikan segala tuduhan yang dihadapkan kepadanya. Para Penyokongnya juga terlibat di dalam kegiatan ini dan mereka semua telah menemui kegagalan. Saya berharap ilmu dan kecerdikannya dapat membetulkannya. Dengan demikian, dia akan kembali ke jalan yang benar dan membantu saya memimpin orang lain. Saya tidak menyangka dia begitu jauh sekali dari apa yang diikutinya (dipelajarinya). Satu malam kegiatannya itu terdedah. Malam itu, saya tidak dapat tidur langsung. Saya pun pergi ke masjid Abbasi sejam sebelum waktu solah subuh. Dalam perjalanan ke masjid, saya telah lalu dekat rumah salah seorang penentang tadi. Saya lihat lampu 167 rumah itu terang benderang. Tingkapnya terbuka. Terdengar suara orang berbincang dengan lantangnya. Melalui tingkap yang terbuka itu, saya nampak ulamak itu sedang dikelilingi oleh para penentang Ikhwanul Muslimin. Selepas melihat ini semua, saya pun beredar dari situ. Pada esok paginya, saya memanggil ulamak itu. Saya menyoalnya dengan lemah lembut, ‘Di manakah awak malam tadi?’ Selepas bercerita panjang, dia pun menjawab, ‘Saya berada di rumah.’ Kemudian saya pun menyebut komplot yang telah dirancangkan itu. Saya memberitahunya bahawa ada orang mengatakan dia terlibat di dalam komplot itu. Dia berpura-pura tidak tahu dan menafikan tuduhan-tuduhan terhadapnya itu. Dia berlagak seolah-olah dia tidak bersalah langsung. Dia juga memberi berbagai alasan untuk mempertahankan dirinya. Saya terpegun melihat akalnya yang pintar dan hatinya yang busuk itu. Akhirnya, dia menyatakan kesanggupan hendak bersumpah menceraikan isterinya jika dia bersalah. Sampai ke peringkat itu saya tidak dapat mengawal diri saya lagi. Saya naik radang dan menutup mulutnya sambil berkata, ‘Takutlah kepada Allah dan janganlah bersumpah. Di mana awak malam tadi?’ Dia terkejut mendengar soalan saya itu dan cuba mencipta alasan tetapi sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutnya. Saya tidak memberi peluang kepadanya lagi dan terus menceritakan kesemuanya. Saya menghurai segala butir-butir peristiwa malam itu sehingga dia tidak berupaya menarikannya lagi. Terus terang saya memberitahunya bahawa sesiapa pun tidak melapurkan perkara itu kepada saya; saya sendiri yang menyaksikannya. Akhirnya dia mengaku salah. Katanya, ‘Saya sangat malu. Kasihanilah saya.’ Saya pun memberitahunya, ‘Jangan takut kepada saya. Saya tidak pernah terfikir hendak menyusahkan awak. Saya selalu meminta awak menjadi imam solah dan saya bersolah di belakang awak. Saya menghadiri majlis ceramah awak dan mengajak orang lain turut serta. Bagaimanakah saya boleh mengutuk awak sekarang dan mendedahkan perbuatan awak itu? Patutkah saya mencuci kain kotor awak di hadapan khalayak ramai (yakni mendedahkan aib awak di hadapan khalayak ramai)? Tidak terlintas di fikiran saya untuk bertindak begitu. Walau bagaimanapun saya tidak boleh biar awak berada di kalangan kami. Ada dua pilihan untuk awak. Awak boleh pilih salah satu darinya. Salah satu darinya ialah awak boleh terus tinggal di Ismailiah dan saya sendiri akan membuat persediaan bagi awak tinggal di sini; tetapi awak tidak boleh berada di dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin lagi. Di samping itu, awak juga dikehendaki berhenti dari jawatan yang sedang awak pegang sekarang. Pilihan kedua ialah awak boleh kembali ke kampung halaman awak. Saya sendiri akan menghantar awak ke situ. Saya juga akan membantu awak sehingga awak boleh berdikari. Allah Maha Besar dan Dia mentakdirkan segala sesuatu. Dia menjadi saksi kita. Dia bersetuju dengan pilihan kedua dengan syarat saya menjelaskan hutangnya. Saya setuju dan terus menjelaskan hutangnya. Setelah itu, dia pun meletakkan jawatan secara rasminya. Justeru itu, terputuslah hubungannya dengan pihak sekolah dan juga pusat Ikhwanul Muslimin. Ulamak Itu Mengadu di Mahkamah Ulamak itu tidak kembali ke kampung halamannya sepertimana yang telah dijanjikan. Tidak lama kemudian, saya mendapat tahu sebuah sekolah baru telah dibuka di Ismailiah yang diurus oleh ulamak tersebut. Lembaga Pengurus sekolah itu terdiri dari lima orang penyokongnya. Mereka telah mengecam Ikhwanul Muslimin dengan hebatnya di dalam satu pengumuman. Saya berkata kepada diri saya sendiri, ‘Baiklah. Yang penting sekarang ialah dia jangan ganggu kita dan menjalankan kerjanya sendiri.’ Tiba-tiba, saya menerima surat saman dari Mahkamah Tempatan yang 168 menyatakan ulamak tadi menuntut tunggakan gaji selama dia berkhidmat dengan Ikhwanul Muslimin.Walaupun jumlah wang itu sedikit, dia masih ingin menuntutnya melalui mahkamah. Saya mempunyai surat surat yang membuktikan dia berhutang dengan Ikhwanul Muslimin sejumlah wang yang lebih dari yang dia minta itu. Saya pun menghadirkan diri ke mahkamah. Ulamak tadi membentangkan aduannya kepada tuan hakim. Saya setuju dengan tuntutannya itu. Kemudian saya menyerahkan segala surat-surat tadi dan menamatkan perbicaraan. Ulamak tadi juga diarah membayar perbelanjaan mahkamah. Ulamak itu gagal sekali lagi. Sekolah yang dibukanya menerima nasib yang sama. Berikutan itu, dia tidak dapat menetap di Ismailiah. Dia pun terus meninggalkan Ismailiah. Saya memohon maaf kepada ulamak tersebut kerana terpaksa mencatit peristiwa-peristiwa ini di dalam buku harian saya. Hari ini, dia dianggap sebagai salah seorang ulamak terkemuka di Mesir. Sekarang, dia juga menjadi salah scorang sahabat kami yang rapat. Apa yang tercatit di dalam buku harian saya ini telah berlalu. Semuanya telah menjadi kenangan silam. Mungkin dia terpaksa berlagak begitu dan mungkin gangguan kami terhadapnya itu telah keterlaluan. Allah saja mengetahui rahsia hati manusia. Perkahwinan dan Pertukaran Saya Mungkin Allah ingin meringankan bebanan harakah yang saya pikul. Sebenarnya, setiap kesukaran yang menimpa saya telah meningkatkan peribadi saya. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana menyelamatkan saya dari semua bahaya. Saya memang sedar bahawa usaha Dakwah Islamiah itu seumpama peperangan yang mempunyai medan pertempuran. Penentangan datang dari musuhmusuh yang bodoh dan orang orang yang tidak ada kaitan langsung. Maka yang menentang termasuk juga orang orang yang faham. Ada pula orang yang menyertai harakah untuk mencapai matlamat peribadi sendiri. Walau bagaimanapun saya telah berjaya memperlengkapkan diri saya dengan senjata-senjata untuk menghadapi musuh. Senjata-senjata itu ialah; kesabaran, pengawalan hati dan akhlak yang baik. Sangat jarang sekali berlaku penentangan dari beberapa orang dari kalangan kami tanpa rnempunyai tujuan tujuan apa-apa. Mungkin Allah hendak meringankan kesedihan saya. Dengan rahmat Allah, saya diberi-Nya peluang untuk berkahwin. Saya mengikat tali pertunangan pada 1 haribulan Ramadhan. Majlis akad nikah saya dilangsungkan di dalam masjid dengan cara yang penuh kesederhanaan dan pada 27 Ramadhan. Tarikh keberangkatan saya ialah 10 Zulkaedah. Dengan demikian terlaksanalah salah satu taqdir Allah. Puji-pujian bagi Allah Selepas berkahwin, saya pun sedar bahawa tugas saya di Ismailiah telah selesai. Gerakan Ikhwan telah mula berkernbang pesat dan berbagai cawangan, telah ditubuhkan. Hampir kesemua penduduk Ismailiah telah menyertai Ikhwanul Muslimin. Perkara kedua dari agama (ad-Din) saya, iaitu perkahwinan, telah pun dipenuhi. Oleh itu, tidak ada apa lagi untuk saya tinggal di Ismailiah lebih lama. Saya rasa sekarang sudah sampai masanya saya ditukar ke tempat lain. Cuti musim panas pun tiba. Waktu itu ialah tahun 1932. Saya bertemu tuan guru saya, Syeikh Abdul Wahab An-Najar dan kami berbual panjang. Perbualan kami menyentuh Ismailiah dan dakwah Islamiah di bandar itu. Ketika inilah saya menyatakan kepadanya bahawa detik perpisahan kami telah tiba. Saya memintanya bercakap dengan Ustaz Bathrawi 169 pengarah bahasa Arab di Kaherah mengenai penukaran saya ke sana. Bathrawi adalah seorang ulamak yang pakar di dalam bahasa Arab. Syeikh Abdul Wahab setuju dengan permintaan saya itu dan dia pun bercakap dengan Bathrawi mengenai perkara tersebut. Kemudian dia menyuruh saya menulis surat itu secepat mungkin. Keinginan saya itu dikabulkan Allah dan saya pun ditukarkan ke Kaherah pada bulan Oktober, 1932 M. 170